Holiday 2013: Day 2 (Tour 4 Island) - Part 2

mari kita sambung cerita activity day 2.

1st island yang kami singgah adalah Phranang Island or also known as Railay Island. subhanaALLAH. cantik sangat² view pulau ni. tourist guide advise tak perlu pakai kasut/selipar turun ke pantai sebab pasir pantainya amatlah lembut & halus. seriously...macam pijak tepung. saya lebih banyak snap pic & Iskandar dengan Papa mandi laut. Iskandar pada awalnya takut bila ombak datang. lama² dia yang gi kejar ombak tu. hahaha...seronok sangat main air & tak mau jalan atas pasir. nak gak jalan dalam air tu ke boat. btw, air laut ia amat jernih. macam air dalam kolam pantai buatan manusia.


during arrival


nampak tak omputih tu cuba panjat batu² ni


the beautiful scenery


restaurant yang ada which is private area


Papa with Iskandar Umar




Mommy with Iskandar Umar




budak suka main air




nampak tak kejernihan air laut tu?




bye² Railay Island

kami berjimba² di island tu lebih kurang 45 minutes. Mommy tak mandi laut la. takat main² air je. yang penting anak happy.
next destination was Chicken Island!

Holiday 2013: Day 2 (Tour 4 Island) - Part 1

tibalah kita di hari ke-2 bercutian di Krabi. eceh! kawan² jangan muntah ye. comeback entry adalah penuh dengan picca & cerita percutian. hohohoho

seawal jam 5AM saya dah bangun. get ready for our 2nd day activity. ada anak kecil ni, segala keperluan dia kena disediakan selengkap mungkin. susu, botol, air masak, snek kudap², towel, baju tukar, blablabla. bila semua dah ready, baru kejutkan Iskandar & Papa. taxi datang tepat jam 7AM. kami tak mau jadi orang paling lambat sebab sama² dengan kami, ada another 2 couples. ngeeeee

perjalanan kami adalah dari resort ke Krabi Town. to be specific, kami ke travel agency. dari travel agency, kami ke Ao Nang, ke jeti di mana kami akan naik boat untuk tour islands. at first we thought will tour Phi-Phi Island. rupanya, hanya tour 4 islands. kami dinasihatkan oleh travel agency untuk tidak ke Phi-Phi Island sebab ada anak kecil & perjalanan ke sana will took about 2 hours plus. weh lupa nak bagitahu. all this tour thingy cost us THB3400. they served us breakfast (prepared by resort), mineral bottle (unlimited), local fruits & lunch. not bad laa for that amount. i can say it worth it!

while waiting for the boat, Iskandar amatlah riang-ria menyapa semua orang di jeti. peramah weh anak teruna ai. selamba je duduk dengan mat saleh. siap beriba, dipeluk². haiyoh! he was so sporting & energetic. bangun awal pun takde tantrum nak tidur ke menyusu ke. on the way from resort to Krabi Town, saya dah kenyangkan dia dengan sandwich telur.

takmo la bebel panjang². kita layan je picca yang ada eh.



left: bantal ucuk tak boleh tinggal. right: muka baru bangun tidur. Mommy touch-up dengan bedak okeh?


"hah, baru jam 6pg!!! awalnya kita nak berjalan"


kena dukung sebab girang sangat tak dok diam


the jetty


tourist yang ramai. mostly ke Phi-Phi Island


Mommy's turn


kami anak beranak termenung mengenang bilakah kami akan berangkat


jom cepat naik boat


kami & tourist yang lain & tourist guide & driver boat & ahli baywatch Thailand


aksi Iskandar dalam boat


Railay Island. pasir pantai yang soft sangat, macam tepung

eeh, stop dulu kat Railay Island ni. next entry sambung tepek² pic. pic keindahan alam.
argh!!! rindunya Krabi. nak gi lagi esok boleh????

ok, till next entry. tatah.

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009