Hot Safe Spoon

holla!

parah betul bila mana office dekat dengan mall. asal lunch break, sure ke Ampang Point. kalau tak lunch break, lepas kerja. pastu, tak sah kalau tak membeli. paling koman, masuk Giant beli lauk Iskandar. bertabahlah wahai hati. iman tak kuat sungguh

weekend baru ni, since kerja pun tidak la berapa banyak, lunch break je, kaki saya terus menapak & merayau² ke Ampang Point. masuk Mom's Care, masuk Anakku. masuk kosong, keluar berisi. argh!!!!

apa yang saya TERbeli??? taraaaaaaaaaaaaaaa


hot safe spoon, sudu makan baru untuk Iskandar. alaaa sudu biasa² pun boleh pakai actually. tapi terberkenan dengan extra function sudu ni. sudu ni ada heat sensor to detect food temperature. waaaa bagus ni! tak perlulah saya sendiri rasa tahap kepanasan makanan Iskandar before feed dia. anak tak melecur mulut tapi Mommy yang melecur. hahaha
saya test dengan merendam sudu ni dalam air panas. eeh, tiba² color blue tu tukar putih. saya pun dengan rasa kagum belek² sudu tu. bijak sungguh! see the different?



one more thing, sudu ni pada saya sangatlah best sebab bila saya cedok food Iskandar, elok terletak food-nya & mudah untuk disuap masuk ke dalam mulut Iskandar. takde sepah² sememeh sana sini.

RM17.90 untuk 2pcs. cepat dapatkan di kedai Anakku berhampiran.

Cabaran Adam & Hawa

morning loveliness

sekarang ni rasanya semua tengah demam drama Adam & Hawa. kalau dulu semua tak suka Isnin, sekarang semua tak sabar tunggu Isnin. semua kerana drama Adam & Hawa ni. mentang² Aaron Aziz berlakon kan. hehehhee

luckily already subscribed Mustika package. pandai Astro nak cari customer. tayangkan drama Aaron Aziz as main actor, then siarkan di channel Mustika HD. so, nak tak nak, orang kena upgrade ke Byond & subscribe pakej Mustika. well done!

saya tak pernah baca novel tulisan Aisya Sofea ni. bila office-mate ada, terus meminjam. guess what? dah almost 2 weeks pinjam, still tak habis baca. hahaha... macam mana nak habis baca kalau saya hanya sempat baca 4 hari/week. tu pun selak² sambil tengok dramanya. ada orang bersifat pendengki bila tengok Mommy pegang novel.

normally before 10PM, Iskandar dah tidur. so, sambil buaikan dia, saya layan drama. time iklan je, cepat² mute-kan TV. if not, Iskandar akan terjaga. telinga lintah betul. ada 1 hari tu, Iskandar terjaga right before drama start. aik, nak layan Aaron Aziz gak ke? 1 hari tu la Iskandar temankan Mommy tengok Adam & Hawa. macam² gaya my kenit layan drama ni.


belum start dah menguap?

memula duduk atas riba Mommy. bila iklan, Iskandar cranky. mungkin masih mengantuk. buatkan susu then letak dalam buaian semula. sambil menyusu & selesa dibuaian, Iskandar layan drama. pergh! tiket 1st class sungguh.




tu la cabaran saya bila tiba masa tayangan Adam & Hawa. haish! Astro should change the time la. tukar ke 7pm ke. eeh cannot! nanti lewat nak Maghrib. why not change to 9pm & extend it to 1 hour. baru nak feeling, dah habis. kena sambung esok.

potong betol laaaa!!!

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009