21 months old Iskandar

[1] Kuat memanjat. Dah la memanjat, then melompat² atas sofa or katil. pernah jadi stuntman, jatuh dari sofa. luckily tak sakit sebab jatuh atas ABC eva-mat dia tu. latest, dia dah start memanjat meja depan TV & berdiri sambil tepuk² screen TV

[2] Manja, only if Mommy at home. Siap berpaut pada kaki Mommy or berdiri menangis² macam budak kena dera di pagar dapur. alahai....

[3] Suka duduk dapur. abes semua periuk belanga Mommy dipunggah. keletang-keletung bunyi bising macam tengah buat kenduri

[4] Takut bunyi kuat such as guruh, bunyi blender, vacuum. nampak cahaya petir pun dah berlari² hug Mommy

[5] Pandai pujuk Mommy bila Mommy marah. bila Mommy marah Iskandar, dia akan buat senyum menggoda. aduh...cair & langsung tak sampai hati nak marah

[6] Kuat bercakap tapi dalam bahasa Jerman dia. hanya dia seorang yang faham but I can guess sometime. contohnya, saya ajar dia 1,2,3 siap ada nada. then dengar dia cakap (in his language) with same tone. hehehe

[7] Kurang makan sekarang. mungkin perubahan selera. baru² ni selamber je Iskandar makan nasi goreng pedas Mommy. habis 1/2 mangkuk. fuyyoooo!

[8] Current weight 12.3KG. pergh!!! patut la Mommy senget² mendukung Iskandar. semangat yang amat. huhuhu








peneman Mommy di setiap waktu.

0 Comments:

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009