Hot Safe Spoon

holla!

parah betul bila mana office dekat dengan mall. asal lunch break, sure ke Ampang Point. kalau tak lunch break, lepas kerja. pastu, tak sah kalau tak membeli. paling koman, masuk Giant beli lauk Iskandar. bertabahlah wahai hati. iman tak kuat sungguh

weekend baru ni, since kerja pun tidak la berapa banyak, lunch break je, kaki saya terus menapak & merayau² ke Ampang Point. masuk Mom's Care, masuk Anakku. masuk kosong, keluar berisi. argh!!!!

apa yang saya TERbeli??? taraaaaaaaaaaaaaaa


hot safe spoon, sudu makan baru untuk Iskandar. alaaa sudu biasa² pun boleh pakai actually. tapi terberkenan dengan extra function sudu ni. sudu ni ada heat sensor to detect food temperature. waaaa bagus ni! tak perlulah saya sendiri rasa tahap kepanasan makanan Iskandar before feed dia. anak tak melecur mulut tapi Mommy yang melecur. hahaha
saya test dengan merendam sudu ni dalam air panas. eeh, tiba² color blue tu tukar putih. saya pun dengan rasa kagum belek² sudu tu. bijak sungguh! see the different?



one more thing, sudu ni pada saya sangatlah best sebab bila saya cedok food Iskandar, elok terletak food-nya & mudah untuk disuap masuk ke dalam mulut Iskandar. takde sepah² sememeh sana sini.

RM17.90 untuk 2pcs. cepat dapatkan di kedai Anakku berhampiran.

2 Comments:

Cik Puan Fara said...

wah canggih.. nak jugak!

♥♥relyza♥♥ said...

diane, sila ke Anakku lunch time.
hehehe

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009