Cheesebaked Rice Ala Pizza Hut

holla!

off-day last week, terlebih rajin Mommy Iskandar ni. kerana memahami selera si kenit yang more to western food, gigih Mommy tanya kawan² any recipe for cheesebaked rice. siap on Tab kat dapur, Google for the recipe. Papa Iskandar pun suka cheesebaked rice Pizza Hut. sama je selera anak dengan bapa.

Ingredient

Nasi (ikut la untuk berapa orang makan)
Ayam/daging/seafood (saya guna ayam)
Bawang putih (dimayang halus)
Bawang besar (potong dadu)
Mixed veggie
Button mushroom (saya guna yang dalam tin tu, brand Ayam Brand)
Mushroom cream (saya guna mushroom cream powder brand Campbells)
Oregano powder
Black-pepper powder
Garam
Cheddar/parmesan/mozzarella cheese (saya guna cheddar cheese slice & shredded cheddar cheese Emborg favorite Iskandar)

Steps

[1] Masak nasi sampai masak hehehe
[2] Tumis bawang putih & bawang besar hingga naik bau
[3] Masukkan ayam/daging/seafood, garam, black-pepper & oregano. Kacau hingga rata & empuk.
[4] Masukkan nasi & kacau sekali dengan ayam/daging/seafood tadi
[5] Masukkan button mushroom, mixed veggie & mushroom cream (3/4 cup sahaja) & gaul rata semua bahan
[6] Sediakan bekas yang dah disapu dengan butter (nak elak melekat² nasi tu)
[7] Masukkan nasi yang dah siap tadi ke dalam bekas tersebut
[8] Sapu baki mushroom cream atas nasi (macam topping)
[9] Susun molek² slice cheese atas nasi tadi (mudah if guna shredded cheddar cheese, taburkan sahaja). Nak rasa macam likat² bergetah, letak mozzarella cheese
[10] Bakar dalam oven selama 20-30 minit pada suhu 200°C or hingga cheese nampak keperangan


Mommy sekalian, sila gigih seperti saya untuk menggemokkan anak & juga diri sendiri. hahaha selamat mencuba & don't forget to tell me the result!

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009