First Experience Warded

hola mi amor

entry tertangguh actually.

nak share pengalaman Iskandar admitted a few month ago. tak ada yang lebih membimbangkan bila tengok anak lemah lembik tak bermaya. seriously!

puncanya, Iskandar cirit-birit. dah ke klinik, doc cakap normal. viral infection & takde specific ubat untuk baby yang cirit-birit. just let his body flush out everything. tapi, Ibu mana yang tahan tengok anak cirit-birit every hour sampai melelas bonbon dia?

almost a week juga Iskandar cirit-birit. sometime termuntah air. bawa Iskandar ke Hospital Ampang pula. got the same advise as previous doctor. tapi kali ni, Iskandar demam sedikit. doctor just bagi ubat demam. argh! tunggu berjam tapi jumpa doctor tak sampai 1/2jam.

esoknya, keadaan Iskandar semakin lemah. tak bermaya je Mommy tengok. sampai satu ketika, Iskandar datang pada Papa & slept on Papa's shoulder! tak tunggu lama, Mommy & Papa decided to bring Iskandar to KPJ Ampang Puteri. mengenangkan Iskandar dah ada insurance, Mommy tekad bawa Iskandar ke sana. soal money belakang cerita, yang penting kesihatan Iskandar.


lemah tak bermaya before ke KPJ Ampang Puteri

terus ke ER. demam Iskandar makin tinggi rupanya. Iskandar was immediately admitted. doctor bagi nebulizer sebab nafas Iskandar berbunyi & Iskandar pun batuk². lepas nebulizer, nurse masukkan ubat demam kat bonbon tu. apa tah nama ia, lupo!




nebulizer session, good boy

kami orang paling lama kat ER. sementara nak tunggu katil kosong, kami jadi lama di ER sebab susah nak cari urat tangan Iskandar. nak cucuk jarum. adeh! sedih tengok Iskandar menjerit² menangis masa nurse cari urat tu. lawak tau Iskandar ni. nurse baru pegang tangan tapi Iskandar menjerit menangis macam dah kena cucuk jarum.

malam tu gak Tok, TokWan & MakChu datang. lepas settle semua di ER, kami masuk ward. Iskandar tak macam budak sakit pun. happy main & panjat² baby-cot. sampai memancut darah keluar dari tempat cucuk jarum tu sebab Iskandar tarik tiubnya. aiyak!

2 malam juga kami tidur di hospital. last day, Iskandar kena buat physiotherapy, nak keluarkan kahak. huwaaaa part ni Mommy tak sanggup tengok sebab Iskandar meraung sakit. ye la, masukkan tiub ikut hidung & mulut untuk sedut kahak keluar. nasib baik Papa ada untuk pegangkan Iskandar.

2 malam tu juga demam Iskandar turun naik. temp naik je, nurse masukkan ubat kat bonbon. doctor bagi Iskandar antibiotic. alhamdullillah, cirit-birit Iskandar berkurangan since admitted. doctor buat segala test & alhamdullillah takde virus² menakutkan dalam badan Iskandar. phew!

Iskandar might be allergy with potato. dah 2x kena kes macam ni. masakkan potato, Iskandar akan cirit-birit. since admitted, Mommy stop masakkan potato untuk Iskandar. alhamdullillah, no more cirit-birit.






amat amat berterima kasih pada Diah sebab sama² tolong uruskan admission Iskandar. sanggup datang ke Ampang untuk hantarkan kad insurance Iskandar. ouh ye, siap bagi present sebab masuk hospital. ihikss...no lah. present sempena birthday Iskandar. thanks a lot Diah!

1 Comment:

dialicious said...

hrp2 iskandar dah x sakit2 lg pasni k.bdk cerdik mmg kene sakit ;p hey dtgla raya kt rumah nnti k!

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009