Iskandar & Pool

holla mi amor

saya kadang kasihankan anak bujang saya tu. umah dah la tinggi menggapai awan. nak turun ke bawah untuk jalan² di taman amatlah jarang. apatah lagi nak turun bermain di park, phew! I should try to manage my own time wisely.

so, as birthday present, bought him inflatable pool with ball. di Tesco ada jual, balls pun murah compared to Toys 'R' Us. haaa...gigihlah Papa pam masukkan angin dalam pool tu. jenuh! Iskandar pun tolong Papa, tolong kacau je. hehehehe




layan Pocoyo




main tayar


Iskandar sometime OK sometime not bila diletakkan dalam tu. mungkin boring sebab sorang² je main dalam tu. bila kawan datang, seronok je Iskandar duduk dalam tu.

memang penuh dah living hall cinonet Mommy dengan toys Iskandar.

First Experience Warded

hola mi amor

entry tertangguh actually.

nak share pengalaman Iskandar admitted a few month ago. tak ada yang lebih membimbangkan bila tengok anak lemah lembik tak bermaya. seriously!

puncanya, Iskandar cirit-birit. dah ke klinik, doc cakap normal. viral infection & takde specific ubat untuk baby yang cirit-birit. just let his body flush out everything. tapi, Ibu mana yang tahan tengok anak cirit-birit every hour sampai melelas bonbon dia?

almost a week juga Iskandar cirit-birit. sometime termuntah air. bawa Iskandar ke Hospital Ampang pula. got the same advise as previous doctor. tapi kali ni, Iskandar demam sedikit. doctor just bagi ubat demam. argh! tunggu berjam tapi jumpa doctor tak sampai 1/2jam.

esoknya, keadaan Iskandar semakin lemah. tak bermaya je Mommy tengok. sampai satu ketika, Iskandar datang pada Papa & slept on Papa's shoulder! tak tunggu lama, Mommy & Papa decided to bring Iskandar to KPJ Ampang Puteri. mengenangkan Iskandar dah ada insurance, Mommy tekad bawa Iskandar ke sana. soal money belakang cerita, yang penting kesihatan Iskandar.


lemah tak bermaya before ke KPJ Ampang Puteri

terus ke ER. demam Iskandar makin tinggi rupanya. Iskandar was immediately admitted. doctor bagi nebulizer sebab nafas Iskandar berbunyi & Iskandar pun batuk². lepas nebulizer, nurse masukkan ubat demam kat bonbon tu. apa tah nama ia, lupo!




nebulizer session, good boy

kami orang paling lama kat ER. sementara nak tunggu katil kosong, kami jadi lama di ER sebab susah nak cari urat tangan Iskandar. nak cucuk jarum. adeh! sedih tengok Iskandar menjerit² menangis masa nurse cari urat tu. lawak tau Iskandar ni. nurse baru pegang tangan tapi Iskandar menjerit menangis macam dah kena cucuk jarum.

malam tu gak Tok, TokWan & MakChu datang. lepas settle semua di ER, kami masuk ward. Iskandar tak macam budak sakit pun. happy main & panjat² baby-cot. sampai memancut darah keluar dari tempat cucuk jarum tu sebab Iskandar tarik tiubnya. aiyak!

2 malam juga kami tidur di hospital. last day, Iskandar kena buat physiotherapy, nak keluarkan kahak. huwaaaa part ni Mommy tak sanggup tengok sebab Iskandar meraung sakit. ye la, masukkan tiub ikut hidung & mulut untuk sedut kahak keluar. nasib baik Papa ada untuk pegangkan Iskandar.

2 malam tu juga demam Iskandar turun naik. temp naik je, nurse masukkan ubat kat bonbon. doctor bagi Iskandar antibiotic. alhamdullillah, cirit-birit Iskandar berkurangan since admitted. doctor buat segala test & alhamdullillah takde virus² menakutkan dalam badan Iskandar. phew!

Iskandar might be allergy with potato. dah 2x kena kes macam ni. masakkan potato, Iskandar akan cirit-birit. since admitted, Mommy stop masakkan potato untuk Iskandar. alhamdullillah, no more cirit-birit.






amat amat berterima kasih pada Diah sebab sama² tolong uruskan admission Iskandar. sanggup datang ke Ampang untuk hantarkan kad insurance Iskandar. ouh ye, siap bagi present sebab masuk hospital. ihikss...no lah. present sempena birthday Iskandar. thanks a lot Diah!

Tanah Tinggi Cameron

hi sweetie

before Ramadhan hari tu, mi little familia ke Tanah Tinggi Cameron, bercuti. dah lama berangan nak ke sana. ni semua penangan Nora Elena. at last sampai juga ke sana. kebetulan off-day saya sama dengan kedai Hubby Sayang tutup. yeay! mari kita berjalan².

we went on Friday. a night stay at Century Pines Resort, Tanah Rata. tak mampu nak stay di Strawberry Park Resort, tempat Nora Elena berlakon tu. agagagaga... btw, booked online slightly cheaper compared to booked thru Agoda. 1 night stay including breakfast. room review? spacious and comfortable. Iskandar dengan girang crawling merata dalam bilik. toilet pun luas & got bathtub. separate shower & toilet. everything was nice except no air-condition. mereka dah patut pasang air-condition sebab Cameron dah tak berapa nak sejuk macam dulu². buat lawak je, call receptionist asked for air-condition. LOL!

Iskandar very cranky bila sampai Cameron. takmo keluar jalan². nak stay in the room je. masuk je kereta, mulalah dia menjerit. suap makan takmo, bagi susu takmo. Mommy & Papa pening dah nak pujuk Iskandar. mungkin sebab tempat tinggi, Iskandar tak selesa. 1st time kot dia naik tempat tinggi.






Papa with cranky boy


spacious room


Jumaat malam tu ada pasar malam di Brinchang. lepas Maghrib kami keluar ke pasar malam. ya ampun! ramainya orang. jalan sampai jammed. mungkin sebab cuti weekend, so ramai naik Cameron bercuti.

after memborong strawberry, jagung manis & cactus, we had our dinner at steamboat restaurant bersebelahan Hotel De La Ferns. suggested by my friend who wished to stay at Cameron. not bad la steamboat dia. banyak sangat untuk 2 orang makan. strawberry juice dia yummeh sangat. very recommended! tapi kami tak berapa nak enjoy makan steamboat sebab Iskandar tak boleh dikawal langsung. dang!

esok pagi² dah kejut bangun Iskandar. sebab kena kejut bangun, Iskandar for the first time, menangis time mandi. ihiksss... after done with our breakfast at hotel (simple menu & tak berapa nak sedap), we went to Sungei Palas tea plantation. best-nya tengok scenery hijau. rasa nyaman tenang. subhanAllah, cantik sangat² ciptaan ALLAH. argh!! memang rasa nak duduk buat rumah di Cameron, seriously!

overall, our holiday was short & quick but really enjoy even Iskandar not sporting at all. tips to other, better stay area Brinchang sebab area sana more happening compared to Tanah Rata (at least for me). sila juga buat lawatan ke tea plantation sebab ia tak merugikan. hahahaha






bluweeekkk




cubaan memanjat


bought him this cute gloves


pasar malam Brinchang


mainlah nak senduk tu janji dikau gumbira


strawberry juice


super banyak!


dah start dah


borong teh boh












I will definitely go to Cameron Highland again. serious rasa tak puas!

Kenapa?

wow!
dah lama tak hapdet blog ni. bukan je dah bersawang, berkarat segalanya. ihiksss..

hi semua!
macam mana perjalanan Ramadhan setakat hari ni? harap semuanya baik sahaja. cepat je dah hari ke-5 puasa.

ada banyak perkara nak diceritakan di lovely blog saya ini. masa tu ada tapi selalunya saya akan spend dengan my kenit. bila dah dok depan laptop plak, Iskandar pun ikut duduk sama. dia nanti yang menaip. haaa....jenuh tau nak translate apa dia type tu. hahaha


tengok la picca tu. macam mana Mommy nak blogging, Facebook-ing? Iskandar dah conquer dok depan laptop. dia dah pandai switch on laptop tu okeh. sometime bila ada masa selit² tu, saya cuba juga FB-ing guna BB. kalau Iskandar nampak, dia akan rampas BB & campak jauh². he just want me to spend my whole time playing with him, I guess.

haaaa inilah antara sebab kenapa lovely blog terbiar bersawang. masa dengan Iskandar lebih berharga dari mengadap blog.

missing him badly!
p/s: masa entry ini di-type, Iskandar ada di PA with his Tok & TokWan.

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009