Javachip Ice-Cream

holla!

siapa peminat tegar Javachip Starbuck, sila angkat kaki kanan. hahahaha saya salah seorang peminat tegar Javachip. masa mengandungkan Iskandar, boleh kata every week beli. siapa suruh Starbuck buka outlet kat Ampang Point. if not mistaken, time tu Starbuck Ampang Point baru buka. macam tau² je peminat dia ada berdekatan. yang jadi mangsa tolong belikan, office-mate! hahahah big thanks dude. nasib baik tak kena diabetic time pregnant. phew!

lately dah kurang ber-Java. sejak teman ber-Java cuti sakit lama sampai 3m. mengalahkan orang cuti beranak tau ko ni Dd. hahaha sejak tu, mood ber-Java merundum jatuh. sekali sekala je ber-Java ngan Hubby Sayang, tu pun sebab pau dia. kalau tak, jangan harap nak ber-Java sendiri. mode kedekut menguasai diri sendiri ketika di depan Starbuck bila bersama suami. kehkehkeh

sekarang, tak dapat minuman pun tarak hal. sebab, Javachip dah keluar version ice-cream. yeay! boleh beli banyak² & buat stock kat rumah. anytime boleh makan. nak rasa macam minum Javachip, cairkan & letak dalam cup Starbuck. hahaha save giler.

agak pricey ice-cream ni. RM21++ if tak silap. ada jual kat Tesco (ai beli kat Tesco Ampang). kecik cinonet je pun. tapi puas hati la gak kalau hadap sengsorang. rasa ia memang marbeles, tak lari jauh dari rasa Javachip versi air. choc-chip dia lagi besar dari yang minuman punya. best woooooooo




cepat dapatkan di pasaraya berdekatan anda.

Premium Beautiful Corset & F.I.R

hi sweetie

hari ni nak share dengan semua kelebihan Premium Beautiful corset ni. seperti yang dah diceritakan dalam entry sebelum ini (here), PB terbahagi kepada 3 pieces; bra, waist nipper & long girdle. apa yang membezakan PB dengan corset lain yang ada di pasaran adalah teknologi yang diguna untuk menghasilkannya; F.I.R dan Akwatek & Akwadyne

saya cerita dulu mengenai F.I.R

F.I.R or nama panjangnya Far Infrared Rays ditenun-sulam semasa proses penghasilan PB. F.I.R tak mampu dilihat dek mata kasar manusia tetapi mampu menembusi jauh ke dalam tubuh badan manusia. merupakan salah satu gelombang tenaga cahaya semulajadi yang terdapat dalam sinaran matahari. tak seperti ultraviolet & gelombang mikro yang berbahaya, F.I.R mempunyai kesan positif & terbukti memberi kebaikan kepada manusia. F.I.R diterima secara meluas sebagai terapi alternatif bagi pelbagai penyakit

badan manusia memerlukan F.I.R dalam dos yang mencukupi untuk berfungsi dengan sempurna, begitu juga dengan kehidupan yang lain. F.I.R penting untuk kesihatan kita dalam jangka masa panjang. untuk pengetahuan semua, badan kita teridiri daripada ber-billion sel² individu yang mana F.I.R mempunyai pengaruh secara langsung kepada fungsi² setiap sel. maknanya, kalau kita dapat meningkatkan kesihatan metabolik setiap sel di dalam badan kita, bayangkan apa kebaikan yang kita boleh rasai. kesimpulannya, F.I.R membantu meningkatkan & memperbaiki kesihatan sel² individu dalam tubuh badan kita sekaligus memberi kesihatan yang baik

dah tahu serba sedikit apa itu F.I.R, sekarang nak cerita macam mana F.I.R ni berfungsi.

It turns out; specific wavelengths of F.I.R light (9-14 microns) are vibrating at the same intrinsic frequency as your own cells. So through a natural phenomenon, know as “resonance absorption”, you get a boost or “spark” to your internal engine.F.I.R fire up your cellular metabolism.

The really cool part of all this biological occurrence is your cells only absorb rays of F.I.R light that match it’s own frequency. So if the light energy waves aren’t the same, they pass harmlessly through the tissues. The F.I.R energy that is absorbed improves overall cellular performance. The whole metabolic process perks up everything from better enzyme production to the elimination of waste byproducts and toxins.

What does F.I.R mean to you? Well, the healing process is constant. Your body is continually in a state of repairing itself. New cells are replacing old damaged ones and F.I.R light plays a major role in this process. Whether you’re perfectly healthy or suffering from some kind of ailment. F.I.R helps improve your health from the “inside out.” Google Translate
nak lebih jelas macam mana F.I.R ni berfungsi, jom tonton video berikut.


see, F.I.R boleh membantu mengeluarkan toxin & acid dari dalam badan kita selain meningkatkan metabolisma tubuh badan kita. itu sebablah mereka yang memakai PB ni akan kuat berpeluh. bila kandungan toxin & acid dalam badan kurang, secara tak langsung kita akan lebih bertenaga & segar.

F.I.R ada pada kesemua bahagian PB tapi lebih banyak ada pada Waist Nipper. so, jangan tak pakai waist nipper. kuasa F.I.R lebih berganda di situ.

mari rasa sendiri kesan F.I.R ni pada tubuh badan kita. selain kekal cantik, kita boleh mengekalkan kesihatan dalaman kita. jangan malu, jangan segan. hubungi Anor sekarang!

14 months

Harith Iskandar Umar pada usia 14 bulan:

(1) suka berendam. tak kisah kalau lama dalam bath-tab tu.
(2) suka Mac & Cheese je. makanan orang Melayu tak berapa nak sangat. ouh ye, suka gak roti Twiggies vanilla tu.
(3) mulut riuh nak bercakap. kuat membebel.
(4) kejutkan Papa setiap pagi dengan mengorek mata, hidung atau mulut. akan buat sampai Papa bangun & main dengan dia.
(5) malas jalan! jenuh Papa & Mommy ajar tatih² tapi tak mau gak.
(6) dah pandai marah orang balik. garang ni.
(7) manja & dah pandai mengada².
(8) pandai senyum² menggoda dengan para gadis. ouh my son!
(9) tidur lasak. sedar² dah kat hujung kaki Mommy.
(10) suka main tayar/roda. kalau boleh, troli shopping tu dia nak main rodanya. naluri budak lelaki.
(11) suka senyum
(12) pandai pujuk kalau Mommy marah or menangis. melted!
(13) pandai tanggalkan seluar dari kaki dia. dengan syarat, kena londehkan dulu seluar dari pinggang dia.
(14) pandai main sorok² dengan Mommy
(15) pandai hijack Blackberry Mommy. kes tak bagi Mommy twit, FB & BBM la tu
(16) start kena nappy rashes!
(17) pandai memanjat. paling suka panjat tangga rumah Tokwan

Tempat Main Baru

morning loveliness

disebabkan bahagian rumah yang lain telah berselerak dengan segala macam mainan dia, Iskandar menjadi amat kreatif dengan menjadikan bawah walker sebagai tempat main yang baru. taraaaaaaaaaaaaa








rindu budak kenit ni

Mac & Cheese Ala Kenny Rogers

hi loveliness

anak teruna I tu kan suka sangat Mac & Cheese Kenny Rogers. saya pun dengan gigih mencuba macam² jenis cheese dengan harapan ada yang berasa ala² KR. akhirnya ketemu gak. sejenis cheddar cheese, brand Emborg.


pricey weh, tercekik sekejapan Mommy nak membayar. 200gram cost Mommy RM17++. tapi demi memenuhi selera omputih anakku, Mommy pejam mata je bayar. phew!

bahan² lain & steps semua sama dengan menu Traditional Mac & Cheese dalam previous entry. cuma tak letak mixed veggie je. terlupa nak keluarkan dari fridge, keras kejung lagi. hehehe

bila dah siap, rasa memang ada ala² KR punya. menjadi gak Mac & Cheese ala KR. memang akan menjadi menu mingguan Iskandar la nampak gayanya.

now u see


now u don't!

licin! laju Iskandar makan. memula macam pelik gak. saya rasa la sket. no wonders laju je Iskandar ngap. sure Iskandar ingat Mommy beli kat KR. Papa pun dah tau menu kesukaan anak teruna beliau ni. Mommy dah turunkan ilmu pada Papa. so, senang nanti Papa siapkan makan Iskandar.

simple menu with simple step. try la. but make sure bagi anak makan dulu baru Mommy ngap. hehehe

DJ in da Houz




Mak Ngah buli Iskandar. pakaikan head-phone TokWan. tu la, sape suruh Iskandar sibuk sangat nak main barang TokWan.

besar nanti jangan lak jadi DJ betul² ek. ni olok² je tau.

Main Air

budak yang amat riang bila bermain air. siap marah bila bawa dia keluar dari bathtub dia.






I'm melted!

Theme Color




i guess both blue is almost same


soft color, all time favorite




same color with SchAwal reception dress, right?




love this most!


this? Or..


this? Or...


this?


which color is nice? if possible, I want to have all color.

Traditional Mac & Cheese

hello dearie

selera Iskandar sekarang berciri omputih. dah lama noticed sebab Iskandar start reject nasi. kalau bagi roti or pape bun, laju je dia makan. habis 1 packet dia makan. mentang² boss Mommy omputih, menu pun mau western eh.

Iskandar cukup gemar Mac & Cheese buatan Kenny Rogers tu. haaaa jangan memain. kecik² dah layan KR okeh. side-dishes tu Iskandar sengsorang habiskan. sobs..sobs..sobs..Mommy tak dapat nak merasa. even macaroni tu besar gabak, selamba aje Iskandar kunyah² & telan. kenyang!

dah anak suka, of cos la Mommy gigih mencari recipe. if possible, sebijik sejibun sama dengan KR punya. payah betul nak cari. sebab nak color tu semua sama. hahaha banyak cekadak lak. so baru² ni, aunty Julia share dengan Mommy super simple Mac & Cheese recipe.

Ingredient Traditional Mac & Cheese

Baby macaroni/baby pasta star
Fresh milk
Shredded cheddar cheese
Butter
Pepper
Mixed veggie

Steps

[1] Rebus baby macaroni/baby pasta till lembut. Kemudian, toskan air.
[2] Stim/rebus mixed veggie till tender.
[3] Gaulkan baby macaroni/baby pasta & mixed veggie dengan butter & fresh milk sampai sebati.
[4] Kemudian gaulkan shredded cheddar cheese sampai nampak cheesy
[5] If nak, masukkan sedikit pepper (untuk perasa)

alhamdullillah, berselera Iskandar makan. Mommy pun! ihikssss

Alahai Anak

hi loveliness jom kita tengok apa Iskandar buat time Mommy busy di dapur.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
patut la Iskandar senyap je kat depan. rupanya tengah "mengemas" rumah. habis semua toys Iskandar sepahkan tapi end-up main car & tire je. alahai anak!

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009