Jadual Harian Mommy

6am: Wake-up! sempurnakan yang wajib, basuh botol Iskandar, masak air & get ready for work
7am - 4pm: Full-time makan gaji
4pm: full-time wifey & Mommy
12am/1am - 6am: Sleeping beauty


hi loveliness

haaaa tu dia jadual padat seharian saya. hanya Monday & Tuesday je bangun lewat sikit. but, it's depend on my off-day actually. kalau off hari Khamis, bangun lambat hari Khamis. ehehehehe

well, kalau ada sesiapa musykil macam mana saya boleh bangun & get ready 1 hour before work, office dekat saja maaa. driving less than 10min. hehehe no jammed! no traffic light.

lepas kerja office, sambung kerja rumah. everyday I'll cook for Iskandar. yer, setiap hari okeh! saya tak yakin nak buat stock a week. frozen food segala. eden tak yakin, takut anak eden allergic. macam saya. sometime makanan yang bersimpan lama pun boleh buat badan gatal². sebab risau allergic saya menurun ke Iskandar, saya gigihkanlah diri masak everyday for him.

time Mommy masak, Iskandar kena main sengsorang. Papa dah pergi work. alhamdullillah, Iskandar tak banyak kerenah. dah biasa main sengsorang agaknya. done cooking, baru golek² layan Iskandar. then mandi petang Iskandar. sometime after mandi, dia tidur. so, relax sekejap Mommy.

around 7pm-8pm, dinner time Iskandar. kalau dia tidur petang yang terbabas sampai malam, bangun tidur tu la dinner time dia. lepas dinner & susu 1 botol & round² 1 rumah, Iskandar akan tidur. around 10pm-11pm.

time tidur Iskandar adalah time saya mengambil kesempatan untuk mesin baju, kemas dapur, check email, update blog, etc etc. sometime, saya join tidur gak. kes mengantuk tahap gaban laaaa ni.

nasib baik juga Iskandar takde berjaga malam sangat. if before this, dekat time Papa nak balik kerja, time tu Iskandar bangun. walhal dah tidur pukul 10pm lagi. dia akan berjaga dari 12am/1am till 3am/4am. haaaa...Papa kena take over lak sebab Mommy kena tidur. esok kerja woooooooo


anak teruna saya

alhamdullillah, dari sehari ke sehari makin adapt dengan status as Mommy. biarlah tak cukup tidur, tak sempat makan, tak dan nak mandi kencing berak, janji anak depan mata terjaga elok.

0 Comments:

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009