Divorcee at Young Age

hi semua

title macam sesuatu plak kan? ngeeee..just wanna talk about this in general, based on my experience & knowledge. perkahwinan itu indah & BEST, betul tak? siapa cakap tak best sila angkat kaki & tangan. LOL! sah korang ni tak siuman.

just a joke! takyah nak sentap yer.

mungkin buat sesetengah orang, perkahwinan ibarat neraka dunia. manakan tidak. dapat suami jenis kaki wrestling. test power kat bini. saya sendiri pun tak sanggup & akan cakap "menyesal giler aku kahwin dengan ko....jahanam!". OK, kasar benar bunyi ayat tu tapi in reality, bila dalam situasi macam tu, hilang rasa hormat pada suami sendiri, eventho sedar jatuh hukum DOSA bila cakap macam tu, am I right?

I really don't understand situasi yang mana kahwin 2,3 bulan kahwin then cerai. oit! pas dah rasa suka² hati ek ceraikan isteri ko? this happened to my sister's friend. kawan adik saya tu baru berusia 19yr & now carrying title JANDA. wth! dari apa yang saya tahu, si lelaki yang beriya² nak si gadis. kiranya, si lelaki ni memang dah lama jatuh hati pada si gadis. mereka ni sepupu. parent si gadis ni simply agreed & accepted the proposal. ye la, anak saudara sendiri pinang anak mereka. mereka percaya anak saudara mereka mampu jaga anak gadis mereka. typical mind orang² tua. mampu ke nak jaga, bagi nafkah segala kalau both still studying??? silap² kahwin pun fully sponsored by family.

so now, your own daughter at the very young age carrying title JANDA. who should be blame? the parent, the son-in-law or the daughter? rasa²nya inai di jari masih ada lagi kot. penat masa kenduri tak habis lagi. worst part lak, duit yang banyak berhabis untuk kenduri tak cover lagi tau. barang hantaran silap² ada yang tak pakai lagi. senangnya lelaki tu buat keputusan. AKU CERAIKAN KAU!

OK, kita boleh cakap yang kita ni orang luar, tak tahu apa masalah sebenar mereka. yup, I admit it. can we put that statement aside first. the main point is WHY YOU AS HUSBAND EASILY MAKE BIG DECISION TO DIVORCE YOUR WIFE ONLY AFTER 2,3 MONTH OF MARRIAGE? sebelum kahwin, bukan main beriya² memikat & menambat hati si gadis. sanggup ulang-alik beribu batu every week semata nak menatap wajah kesayangan hati. konon! apa saja kemahuan si gadis dituruti. bawa ke Tutti Frutti everyday. makan Kenny Rogers tiap masa. Baskin Robins tiap lunch time. pergh! serba-serbi sanggup asalkan si gadis mahu menerima & membalas perasaan hati. but, after si gadis dah mula sayang & terima hakikat jodoh dia sampai awal, senang je diceraikan. before kahwin tak fikir sehangit²nya.

kahwin ni bukan macam main kahwin² masa kecik² dulu. jerang air, masak 'nasi' tapi berasnya adalah PASIR, masak 'sayur' tapi sayurnya RUMPUT² or DAUN² bunga. hellooooo...time main kahwin² memang semua best. budak² kot, fikir yang enjoy & baik je. ada ke budak² yang fikir sedih² & buruk²??? abnormal kot kalau ada.

once kadi kata SAH, terpikul tanggungjawab besar atas bahu si suami. bukan calang² orang berani pikul tanggungjawab ni. berat wooooo tanggungjawab suami ni. kalau ringan, takkan laaa ada lelaki kahwin lewat. part wang hantaran tinggi tu cerita lain. if lelaki tu betul² matured, dia akan rasa gentar kot dengan tanggungjawab sebagai suami. jaga seorang wanita bukan setakat semasa di dunia, tapi juga akhirat. mendidik & membimbing seorang dewasa ni bukan senang. degil lain macam. tak macam budak². pokok pangkal, SABAR & AMANAH.

saya kesian dengan kawan adik. she's too young to carrying the title. she's still studying. insyaALLAH will become doctor. her ex-husband also studying. not sure what course. betul² pengajaran hidup paling besar dalam hidup mereka.

for her, bawalah diri elok². bila berstatus JANDA ni, orang pandang serong. selalunya orang akan point salah pada si isteri, yang dikata tak pandai menjaga & mengambil hati suami. abaikan saja kata² keji tu dik. mereka boleh bercakap sedap rasa hati tapi awak yang tahu kisah sebenar. pelihara maruah diri, jaga tingkah-laku & selalulah berdoa pada ALLAH. habiskan study dengan cemerlang. insyaALLAH, ada sinar bahagia untuk awak kelak.

semoga ALLAH sentiasa mencurahkan rahmat & berkatNYA dalam rumahtangga kita semua...amin.

2 Comments:

k|ree said...

hi...i have one fren yang kawin...tapi,lama juga la baru dpt status janda tue...cuba bertahan...tapi, tak tertahan...akhirnye,minta cerai...dan dia muda lagi masa kawin...dan muda lagi dapat status janda...dan masih lg janda skng nie...semua kerana family husband...

urmm..apa2 pun...semoga gadis itu cekal menghadapi segala dugaan yg akan dtg...

♥♥relyza♥♥ said...

hi k|ree, sian kan bila diorg ni berstatus JANDA. mudah sgt lelaki ni guna kuasa mereka tu. nak² lak cerai sebab org lain. haish!
yup, kita doakanlah mereka ni tabah & berbahagia kemudia hari

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009