Selasa Yang Confuse


hello sweetie

tak suka hari Selasa. to be specific, Selasa malam. sebab???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






haaa...saya berbelah-bahagi nak tengok cite yang mana. normally, Vanilla Coklat selalu menang laaa. tapi, memang tukar² channel tiap kali iklan. pastu ter'miss' beberapa part. hahaha

really thankful pada sesiapa yang rajin upload cite Bicara Hati dalam YouTube. so, saya dapat balas dendam tengok. nasib baik gak ada tonton.com.my, si boleh tengok Ariana Mikhail later. ahakssss!

kalau tak dapat nak buat pilihan, saya buka Disney Junior & layan TV dengan Iskandar. hahahaa

Colorful Veggie Chic Porridge


Happy Monday!

saya sangat suka hari Isnin sebab hari ni & esok, saya boleh try macam² resepi untuk Iskandar. perut sendiri tak fikir, makan apa ada je. yang penting, perut Iskandar. kena makan yang berkhasiat & yummeh!

baru² ni Iskandar demam. tiap kali lepas tak sihat, either demam or diarrhea, memang payah sikit nak dapatkan selera makan Iskandar semula. amat mencabar sebab kena try macam² & tengok mana yang boleh buka selera dia. Mommy bagi KFC nak?

Ingredients (untuk sekali hidangan)

1/4 cup rice
1/4 cup frozen carrot, peas & sweet corn
1/2 potato (diced)
Few slices of ginger
1 tbs chicken stock
Chopped chicken breast
1 cup plain water

Step

[1] Basuh bersih² semua bahan tadi.
[2] Campur semua sekali dalam periuk kecik.
[3] Rebus/masak sehingga jadi bubur.
[4] Sejukkan & boleh dimakan!

OK tak? step senang je weh. ni style saya masak lepas balik kerja. kena sediakan sepantas mungkin. sebab Iskandar sekarang tidur awal. takut tak sempat nak suap dia makan.

alhamdullillah, Iskandar makan banyak juga. mungkin sebab manis sweet corn tu buka selera dia. tak pun, sebab porridge dia colorful. agagagaga

Pavlova by Loova

hi hi hi

hari ni banyak entry makanan plak. sila stand-by tisu or besen or mangkuk bawah dagu/mulut masing² ye. saya tak bertanggungjawab jika PC or laptop or Tab or iPad anda rosak kena air liur. hahaha

sejak² pandai ber-Groupon, ber-Milkadeal ni, memang tiap hari la tengok promosi terkini & ter-best yang ada. sekali tu ada pasal pavlova. selalu dengar or baca orang makan pavlova, buat pavlova. saya ni tak penah buat apatah lagi makan. so, just give a try.






yummeh! terbaik dari ladang. ordered pavlova classic flavor with strawberry topping. hahaha seriously, 1st time cuba tak menghampakan. Hubby Sayang pun suka. siap tanya, ada lagi tak pavlova. hahaha

boleh order lagi lepas ni. credit to Diah yang introduced Milkadeal & Groupon ni pada den. gigih every morning check apa yang menarik. hohohohoho

for inquiries regarding this Pavlova, can call Loova at 017-325 3936 or email dearloova@gmail.com

Iceroom

hi dearie

selama ni tak pernah tau pun tentang Iceroom ni. bila Dila ajak lepak Iceroom Shamelin, I just said JOM! dekat rupanya dengan rumah. betul² sebelah KPTM Shamelin tu.

bila dengar Iceroom, saya terbayangkan bilik berciri ais & sejuk-beku. pastu, menu dia semua berciri sejuk-beku-ice. makan pun dalam bilik sejuk-beku-ice. gilor! rupanya makan ABC je takde bilik berciri ais & sejuk-beku. ngeeeeeeeeeeee


ada discount till today


left: strawberry flavor, middle: blueberry flavor & right: tropical mix flavor


Iskandar & cermin with Mak Ngah


excited tengok fan (kipas yer bukan peminat)








yummeh tau ABC-Iceroom ni. dunno what should I call the menu. ia macam ABC but got lots of flavor & ice yang dikisar tu pun amat lembut. cair dalam mulut. hahaha

nanti nak gi lagi. siapa nak ikut????

Demam

morning sweetie

semalam tak sempat langsung nak update. semua save letak dalam draft. Iskandar been soooo clingy. rupanya dia demam. demam tumbuh gigi agaknya. 4 batang sekali serentak nak tumbuh. plus, dia berak tak lawas. doc kata tu mungkin juga faktor menyebabkan demam.


muka monyok tak sihat

get well soon dear. Mommy sedih siap nanes² bila tengok temp Iskandar 38°. ngeeeeeeeeeee

Smile

Happy Monday!

pagi² Isnin ni sure lemau je kat office. yer la, lepas cuti 2 hari. malas je nak kerja. kenapalah tak cuti lelama sket kan kan.


pandai dah snap pic sendiri (okeh tipu!)


nampak gigi dia




I'm melted!

haaa inilah wajah chenta hati saya. kalau saya rindu & boring di office, ambil BB & ngadap picca or video dia. hilang sekejap rindu. hilang juga mengantuk. huhuhuhu

paling suka tengok budak kenit ni senyum. huwaaaa memang cair hati Mommy. daripada letih penat balik kerja, semua hilang bila tengok senyuman dia. he knows how to cheer up his Mommy.

Iskandar & Talking Tom


canggih kan budak² sekarang. kecik² dah main iPad, Galaxy Tab. masa kita dulu nan ado yer. main frying pan je mampu. okeh, tu anak bos je yang main.

Iskandar suka bila tengok Tom tu kena kentut. ahahaha

Bestie of Pororo


budak kenit ni suka sangat cerita Pororo the Little Penguin. sebab nak geng dengan Pororo, Iskandar jadi clone Crong, bestie Pororo tu. hahahaha

I'm An Ordinary Person

hi dearie

actually tak tau nak letak title apa untuk entry ni. just nak merapu meraban in middle of kerja yang banyak. take 5!

I wish I could travel to London, Paris, Venice & all around the world one fine day...
I wish I could buy lots of designer handbag, wallet - Gucci, Chanel, Coach, LV, YSL, Marc Jacob, Burberry, blablabla...banyak benor!
I wish I could buy my dream house, BUNGALOW 10 bilik!
I wish I could buy my dream car...
I wish I could wear top-brand clothes, shoes, watches, blablabla...
I wish I could buy Habib Jewels!


too many wishes right? ouh well, I am an ordinary person who always daydreaming. indah kan? siapa yang tak berangan, sila lempang muka laju² sebab saya rasa anda tak normal. hahahahaha

saya hope one fine day saya boleh penuhi semua impian saya tu. pergh! memang melampau bila tengok wish-list tu kan. don't say to me all of it duniawi. ada ke yang tak pernah angankan semua tu? at least to have one of it. sure ada kan kan.

bila kita cakap impian kita pada orang sebelah, sure orang tu cakap "mampoooo ke ko kalau setakat kerja cleaner je?". ouh! saya tak hina kerja cleaner yer. just an example. kalau orang cakap macam tu pada saya, definitely I'm down. seriously! well, tak semestinya kerja cleaner tak mampu. who knows that cleaner have another side-income. betul tak?

bila kita dah set impian, sure kita akan work hard to make it come true. again, we might down or demotivated bila orang sekeliling kita under-estimated kita. akan bagi macam² alasan untuk buat kita STOP. betul tak? argh! semua tu faktor negatif yang tak menggalakkan orang untuk maju. benci weh orang macam ni. why don't just give a little support & courage. bila dah berjaya nanti, baru nak ngendeng² kan. adat manusia...

for me, bila kita nak berjaya or berubah or mencapai impian, kita kena KERINGKAN HATI. peduli la kata² negatif orang sekeliling. mereka mungkin dengki tak nak tengok kita berjaya. dugaan memang banyak. tapi tu bukan sign yang kita kena stop segala usaha & pendam segala impian kita. setiap yang terjadi mesti bersebab, betul tak? takde jalan mudah nak berjaya. takde duit yang turun dari langit. takde Gucci handbag datang gedebuk depan mata. nak makan pun kena guna tangan...

but for a GOD sake, susah sangat ke nak bagi sedikit galakan & semangat????

Spot Check

morning dearie

mari kita tengok lagak budak kenit buat spot-check umah tinggi.


langsir ni kotor Mommy


bunga tayar dah habis ni Papa


OK, pintu dah tutup rapat. GOOD!


tiada keretakan dinding


macam mana nak amik penyapu ni??? nak tolong Mommy sapu umah tinggi

amacam, ada gaya tak??

Di Mana Iskandar?

haaaaaaa tu dia. tengah menangis plak dah dia. nak suruh dukung la tu


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

diam dah. anak teruna Mommy busy study plak!

Personal Computer

hi loveliness

orang kata, "anak ibarat sehelai kain putih. terserah pada ibu & bapa untuk mencorakkan kain putih itu". aiseh, Mommy tak pandai melukis tau Iskandar. even lukis orang lidi pun Mommy fail! hehehehe

mungkin zaman lampau boleh kot diibaratkan anak sebagai sehelai kain putih. pada zaman teknologi ni, rasanya more relevant if anak diibaratkan seperti PERSONAL COMPUTER.

akal fikiran anak kita ibarat CPU. kita sebagai mak pak pula sebagai programmer/developer. pilih la nak job yang mana, both job memang memeningkan & stressful. but, bila task berjaya disiapkan, memang happy tak terkata. setiap apa yang diajar pada anak kita ibarat computer program or computer application which will operating the computer. anasir² buruk ibarat computer virus & anti-virus pula ibarat ajaran/didikan agama yang menjadi pegangan hidup anak kita kelak.

masa awal² computer siap, I mean siap dipasang di kilang tu kan, ia just ada CPU & component² dalaman tu. same as our child's brain. kosong. CPU akan di-install dengan operating system such as Windows 7 blablabla. basic thing for CPU. macam anak kita, mereka dari sekecil bayi sudah tau basic tanpa perlu kita ajar. menyusu, menangis, kencing, berak. ada ke kita ajar mereka untuk menangis? kalau boleh diajar, sure nak ajar anak kita jangan menangis kan kan? hehehehehe

dah ada basic thing, kita install plak macam² program dalam computer such as Word, Skype, Winamp, blablabla. program ini semua nanti akan melancarkan lagi function computer tu. macam anak juga. kita akan ajar mereka pelbagai perkara supaya mereka tahu bagaimana untuk menjalani kehidupan ni. kita ajar mereka cara untuk makan menggunakan sudu, ajar mereka membaca, mandi, minum, berak, lipat kain, cuci pinggan, mop lantai, blablabla...erk! but the truth is we as their parent will teach them a lot of things. teach them to be smart & good kid.

computer senang diserang virus. so, kita install anti-virus program. tak dapat nak halang semua virus, halang most of it kira dah OK. same with our kids. anasir² buruk amat banyak di luar sana. TV, Internet, kawan² & persekitaran semua boleh bagi bad/good impact pada si kecil. anti-virus kita of course didikan agama yang sempurna. kita bekalkan mereka dengan pengetahuan agama sebagai pegangan & pedoman untuk si kecil menjalani kehidupan seharian.

kita as parent which acting as programmer/developer of course nak hasil yang baik. mungkin tak perfect, at least complete. apa² pun, kena ada ada design plan yang perfect & follow all the steps. macam step yang kita guna bila nak buat program/system. kena ada planning, analysis, development & implementation. SDLC, software development life-cycle.

walau apa pun perumpamaan kita untuk si kecil, kita nak yang terbaik, betul tak? macam software or computer program, ia sentiasa berubah & updating. so, "software/program/anti-virus" yang kita guna untuk anak² pun kenalah sentiasa up-to-date. insyaALLAH, dengan usaha yang berterusan & doa yang tak putus² padaNYA, kita kelak akan berbangga dengan hasil kita. anak² yang berjaya dunia & akhirat!

Iskandar Jumpa Kawan

Happy Wednesday!

so sorry sebab tak ber'hapdet' selama 4 hari ni. public holiday. so, blog pun cuti. kalau tak, kena bayar blog triple. hahaha tak koser tau.

semalam Iskandar jumpa kawan. well, Iskandar jarang keluar jumpa kawan². makanya, kawan kena datang jumpa Iskandar. maknanya, kawan datang jenguk Iskandar di umah tinggi. kenapa ayat saya belit² ni ek??? *garu kepala tak gatal*


Iqbal: Iskandar, tengok ni jap *sambil cuit bahu Iskandar*
Iskandar buat dunno jek


Iqbal main sengsorang
Iskandar meneruskan kekusyukkan tengok TV


Iqbal tanjat tengok camera
Iskandar memang selamber tak peduli apa pun

nanti kita dating lagi ye Iqy....Mama Iqy. ihiksss

Iskandar at 12.:21AM




still standing?


last entry before sleep. Iskandar dah lama belayar pun. hehe

semua picca tu 2,3 malam lepas. Mommy dah juling mata menahan mengantuk. terlelap² sekejap. sedar² Iskandar dah depan toilet. hahahaha main tepuk² air. aiyaaaaa ini budak kenit. bantal² semua tak boleh jadi penghadang dah. Iskandar dah pandai lepaskan diri.

nite sweetie...mimpi indah² & manis² ye. jadi macam kawan saya, mimpi Aaron Aziz uolllssss....hahahahah

Jadual Harian Mommy

6am: Wake-up! sempurnakan yang wajib, basuh botol Iskandar, masak air & get ready for work
7am - 4pm: Full-time makan gaji
4pm: full-time wifey & Mommy
12am/1am - 6am: Sleeping beauty


hi loveliness

haaaa tu dia jadual padat seharian saya. hanya Monday & Tuesday je bangun lewat sikit. but, it's depend on my off-day actually. kalau off hari Khamis, bangun lambat hari Khamis. ehehehehe

well, kalau ada sesiapa musykil macam mana saya boleh bangun & get ready 1 hour before work, office dekat saja maaa. driving less than 10min. hehehe no jammed! no traffic light.

lepas kerja office, sambung kerja rumah. everyday I'll cook for Iskandar. yer, setiap hari okeh! saya tak yakin nak buat stock a week. frozen food segala. eden tak yakin, takut anak eden allergic. macam saya. sometime makanan yang bersimpan lama pun boleh buat badan gatal². sebab risau allergic saya menurun ke Iskandar, saya gigihkanlah diri masak everyday for him.

time Mommy masak, Iskandar kena main sengsorang. Papa dah pergi work. alhamdullillah, Iskandar tak banyak kerenah. dah biasa main sengsorang agaknya. done cooking, baru golek² layan Iskandar. then mandi petang Iskandar. sometime after mandi, dia tidur. so, relax sekejap Mommy.

around 7pm-8pm, dinner time Iskandar. kalau dia tidur petang yang terbabas sampai malam, bangun tidur tu la dinner time dia. lepas dinner & susu 1 botol & round² 1 rumah, Iskandar akan tidur. around 10pm-11pm.

time tidur Iskandar adalah time saya mengambil kesempatan untuk mesin baju, kemas dapur, check email, update blog, etc etc. sometime, saya join tidur gak. kes mengantuk tahap gaban laaaa ni.

nasib baik juga Iskandar takde berjaga malam sangat. if before this, dekat time Papa nak balik kerja, time tu Iskandar bangun. walhal dah tidur pukul 10pm lagi. dia akan berjaga dari 12am/1am till 3am/4am. haaaa...Papa kena take over lak sebab Mommy kena tidur. esok kerja woooooooo


anak teruna saya

alhamdullillah, dari sehari ke sehari makin adapt dengan status as Mommy. biarlah tak cukup tidur, tak sempat makan, tak dan nak mandi kencing berak, janji anak depan mata terjaga elok.

Divorcee at Young Age

hi semua

title macam sesuatu plak kan? ngeeee..just wanna talk about this in general, based on my experience & knowledge. perkahwinan itu indah & BEST, betul tak? siapa cakap tak best sila angkat kaki & tangan. LOL! sah korang ni tak siuman.

just a joke! takyah nak sentap yer.

mungkin buat sesetengah orang, perkahwinan ibarat neraka dunia. manakan tidak. dapat suami jenis kaki wrestling. test power kat bini. saya sendiri pun tak sanggup & akan cakap "menyesal giler aku kahwin dengan ko....jahanam!". OK, kasar benar bunyi ayat tu tapi in reality, bila dalam situasi macam tu, hilang rasa hormat pada suami sendiri, eventho sedar jatuh hukum DOSA bila cakap macam tu, am I right?

I really don't understand situasi yang mana kahwin 2,3 bulan kahwin then cerai. oit! pas dah rasa suka² hati ek ceraikan isteri ko? this happened to my sister's friend. kawan adik saya tu baru berusia 19yr & now carrying title JANDA. wth! dari apa yang saya tahu, si lelaki yang beriya² nak si gadis. kiranya, si lelaki ni memang dah lama jatuh hati pada si gadis. mereka ni sepupu. parent si gadis ni simply agreed & accepted the proposal. ye la, anak saudara sendiri pinang anak mereka. mereka percaya anak saudara mereka mampu jaga anak gadis mereka. typical mind orang² tua. mampu ke nak jaga, bagi nafkah segala kalau both still studying??? silap² kahwin pun fully sponsored by family.

so now, your own daughter at the very young age carrying title JANDA. who should be blame? the parent, the son-in-law or the daughter? rasa²nya inai di jari masih ada lagi kot. penat masa kenduri tak habis lagi. worst part lak, duit yang banyak berhabis untuk kenduri tak cover lagi tau. barang hantaran silap² ada yang tak pakai lagi. senangnya lelaki tu buat keputusan. AKU CERAIKAN KAU!

OK, kita boleh cakap yang kita ni orang luar, tak tahu apa masalah sebenar mereka. yup, I admit it. can we put that statement aside first. the main point is WHY YOU AS HUSBAND EASILY MAKE BIG DECISION TO DIVORCE YOUR WIFE ONLY AFTER 2,3 MONTH OF MARRIAGE? sebelum kahwin, bukan main beriya² memikat & menambat hati si gadis. sanggup ulang-alik beribu batu every week semata nak menatap wajah kesayangan hati. konon! apa saja kemahuan si gadis dituruti. bawa ke Tutti Frutti everyday. makan Kenny Rogers tiap masa. Baskin Robins tiap lunch time. pergh! serba-serbi sanggup asalkan si gadis mahu menerima & membalas perasaan hati. but, after si gadis dah mula sayang & terima hakikat jodoh dia sampai awal, senang je diceraikan. before kahwin tak fikir sehangit²nya.

kahwin ni bukan macam main kahwin² masa kecik² dulu. jerang air, masak 'nasi' tapi berasnya adalah PASIR, masak 'sayur' tapi sayurnya RUMPUT² or DAUN² bunga. hellooooo...time main kahwin² memang semua best. budak² kot, fikir yang enjoy & baik je. ada ke budak² yang fikir sedih² & buruk²??? abnormal kot kalau ada.

once kadi kata SAH, terpikul tanggungjawab besar atas bahu si suami. bukan calang² orang berani pikul tanggungjawab ni. berat wooooo tanggungjawab suami ni. kalau ringan, takkan laaa ada lelaki kahwin lewat. part wang hantaran tinggi tu cerita lain. if lelaki tu betul² matured, dia akan rasa gentar kot dengan tanggungjawab sebagai suami. jaga seorang wanita bukan setakat semasa di dunia, tapi juga akhirat. mendidik & membimbing seorang dewasa ni bukan senang. degil lain macam. tak macam budak². pokok pangkal, SABAR & AMANAH.

saya kesian dengan kawan adik. she's too young to carrying the title. she's still studying. insyaALLAH will become doctor. her ex-husband also studying. not sure what course. betul² pengajaran hidup paling besar dalam hidup mereka.

for her, bawalah diri elok². bila berstatus JANDA ni, orang pandang serong. selalunya orang akan point salah pada si isteri, yang dikata tak pandai menjaga & mengambil hati suami. abaikan saja kata² keji tu dik. mereka boleh bercakap sedap rasa hati tapi awak yang tahu kisah sebenar. pelihara maruah diri, jaga tingkah-laku & selalulah berdoa pada ALLAH. habiskan study dengan cemerlang. insyaALLAH, ada sinar bahagia untuk awak kelak.

semoga ALLAH sentiasa mencurahkan rahmat & berkatNYA dalam rumahtangga kita semua...amin.

Baby Pasta With Lots of Love

Ingredients

8 sudu besar Heinz Baby Pasta Stars. ada jual di Tesco. harga tak ingat. ngeeee


1 batang carrot dipotong kecil
1 biji potato dipotong kecil
daging yang dicincang lumat
Cheddar cheese


Step

[1] Rebus baby pasta sehingga lembut. Dah lembut, toskan air.
[2] Rebus carrot, potato & daging sehingga lembut semua bahan. Saya masak sehingga kering air.
[3] Cheddar cheese di-grated
[4] Carrot, potato & daging tadi boleh di-blend or lenyek². Saya blend-kan saja. So nampak macam kuah nanti.
[5] Campur baby pasta dengan blended carrot, potato & daging. Masukkan juga grated cheese. Gaul sehingga sebati.
[6] Sedia dimakan!


Tips: Masaklah dengan penuh rasa cinta & kasih sayang. Sesekali berselawat juga. Perencah rahsia saya setiap kali memasak.

Alhamdullillah, habis 1 mangkuk Iskandar makan. selera Western budak kenit ni.
Selamat mencuba!


Tooth Paste & Brush

hello sweetie

budak kenit saya sekarang dah ada gigi. gigi yang sentiasa mengigit saya. jari ni dah kebal kena gigit tiap kali basuh mulut dia. lutut pun kena gigit juga. kadang tu ibu jari kaki saya pun Iskandar nak baham bila saya buat tak endah kat dia. hahahahha

gigi Iskandar ada 1 batang di bawah & 3 batang di atas. ada lagi 2 batang gigi atas yang nak tumbuh. dah nampak bayang² bentuk gigi tu. so, sebelum jari Mommy putus digigit Iskandar, Mommy dah standby tooth brush yang cute untuk Iskandar. siap dengan tooth paste perisa apple-banana. haaaa...dah tak boleh gigit jari Mommy lagi. padan muka!

saya beli di Guardian. tooth paste brand First Teeth, RM25.70. mahal okeh! tapi redah sajalah. saya memang cari tooth paste yang tak ada fluoride & yang selamat ditelan. since Iskandar senang sakit² perut, better be careful. dah rasmi guna tooth paste ni. nampaknya Iskandar suka. mungkin sebab ia berperisa. jangan Iskandar fikir ia makanan dah la yer. ada plak nanti minta ngan Mommy nak desert ubat gigi. erk!




tooth brush lak pakej sekali dengan teething ring. haaaa...Iskandar kan suka gigit² bahagian pemegang. tooth brush ni seswai sangat²lah. the tooth brush only cost me RM6.90. yang penting, color & design ia menarik. tu motip sebenar saya terbeli tooth brush ni. agagagaga

saya nak didik Iskandar dari kecil lagi supaya sentiasa menjaga gigi² dia. bangun pagi, gosok gigi. nak tidur pun gosok gigi. got tips from my friend. masa kita gosok² gusi baby kita, urut² lembut gusi dia. gusi bahagian hadapan, tolak² lembut ke dalam. tujuannya nak elak jongang & gigi tumbuh tak teratur. I will do this each time Iskandar mandi.

is it too early to train Iskandar all this thingy? i don't think so.

Bumbo Seat

hi dearie

SELAMAT HARI WILAYAH!

ok. saya kerja ye. border KL dengan office saya hanya beberapa meter je. alangkah bagus office declare cuti juga hari ni dengan alasan office betul² kat border KL-Selangor. aci tak???

saya rasa, semua Mommies belikan bumbo seat for your little one. tambah² bila anak dah boleh tegakkan kepala. betul tak? senang kot bila guna bumbo seat ni. especially time suapkan anak makan. advance sket, duduk dapur sesama kita main masak². hahahaha

i bought bumbo seat for Iskandar when he already 8m. blue color. adakah terlewat? ngeeeeeeeeee tak kot. sebab Iskandar still muat duduk dalam tu. tang peha dia tu sempit sket. peha ayam katakan. kehkehkeh...anak saudara Hubby Sayang yang dah nak masuk 3yr pun muat duduk dalam bumbo seat Iskandar. seat tu stretchable ke or anak saudara yang kecik??????

Iskandar bukan mau duduk lama² sangat dalam seat dia. bila dah bosan, mulalah meronta², menendang². kaki dia amat kuat okeh! mau terbalik dia bersama² bumbo seat tu. lihatlah gaya² Iskandar dalam bumbo seat dia.


mata ralit tengok TV


I'm melted!


tengah suap makan


btw, bumbo seat ni a little bit expensive kan? kalau ada yang second, better ambil yang second kot. sebab pakai sekejap je nanti. baby kan cepat membesar. melainkan your child jenis tak cepat membesar.

OK-lah! until next entry. gigihlah bekerja buat mereka yang bekerja hari ini. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009