Pantang Makan

happy Monday uolllssss

saya happy sebab hari ni off-day saya. hakhakhak (gelak jahat). boleh nak golek² main ngan Iskandar. minggu ni Iskandar tidur awal, so kurang memain ngan Mommy. *sad*

hari ni sambung story kisah berpantang hari tu. sekaligus bayar hutang entry yek. tajuk pantang makan bukan bermaksud "PANTANG NAMPAK APA SAJA SEMUA NAK TELAN" ye. pantang makan here means BIG NO for you to eat or drink, not only during confinement period but also after it.

as storied before, my confinement period really the hazab one. hahaha Mak & Ayah very straight. bab makan minum memang dititikberatkan. makan memang kena ikut time. breakfast around 8am-9am, normally susu Anmum Lacta and roti bakar. then, kena telan telur ayam yang dibawa khas dari kampung yang dicampur madu tualang. telur ayam mentah ye. so, saya fefeeling Siti jap masa menelan tu. erk! nak ngelat, letak madu lebih sket. tak yah hancurkan kuning. pecahkan dalam cawan & minum dengan sekali nafas. haaaaa....ada dekat 2 - 4 minggu makan telur ayam kampung mentah campur madu tualang ni. Ayah cakap untuk bagi tenaga & lancarkan pengaliran darah. then, minum pati ikan haruan. elok untuk baikkan luka.

around 12pm-2pm something, lunch time! semua dah ready atas meja. datang makan je. best tak? cakap laaaa best. ihiksss...Mak akan masak makanan saya menggunakan minyak bijan. I'm not really sure why. tapi setahu saya, memang dari arwah Tok lagi guna minyak bijan untuk masak makanan orang berpantang. lauk peberet, ikan jenahak goreng. pergh! panas² makan sedap wooo. jangan berangan nak tambah nasi ye. memang apa yang Mak sendukkan, banyak tu la makan. air plak, Mak dah siap²kan air halia. kembang-kempis hidung saya menghabiskan air halia tu. elok untuk buang angin dalam badan. sayur pula Mak selalu masakkan lobak putih masak air. letak ikan bilis & halia lebih sikit. kuranglah rasa & bau tak best tu. elok untuk perbanyakkan susu badan & lawaskan kencing. dinner plak around 6pm-8pm. lauk dinner sama ngan lauk lunch.

I did called Mak & asked her more info. Mak cakap, benda² bisa tak boleh makan. contoh, nenas, limau nipis, ikan berduri (keli, ikan jaket, kembung) & sayur² sejuk (pucuk paku, rebung, labu, petola, soohoon, timun). jambu batu pun tak boleh makan. until today, saya tak makan lagi sebab Mak cakap pantang! hari tu termakan rebung & Mak tahu, kena bebel. pastu sampai lak ke pengetahuan Wan saya, kena lecture lagi. adeh! saya terlupa wooo....dah la rebung masak lemak is my favorite. Makcik jiran ada cakap sayur² menjalar pun tak boleh makan. part ni tak pasti sangat sebab Mak masakkan sayur kacang panjang gak untuk saya.

selain air halia, elok gak minum air akar kayu. saya tak minum sebab takde akar kayu yang nak dijadikan minuman. saya minum air ibu kunyit. elok untuk kecutkan rahim & petua orang lama untuk menjarakkan anak. Makcik tukang urut saya pandai buat air ni. sedap sket sebab dia campur gula melaka. takde la kelat tawar sangat air tu.

semua makanan & minuman saya berciri suam & panas. tak best betul. makan sambil berbengkung , berstoking & sometime bersweater. pergh!! ouh ye, saya memang tak makan ayam selama berpantang. takut kena allergic. telur pun tak boleh makan. saya banyak makan limau sunkist tu. konon² sebagai agen pelawas. tak menjadi pun even makan berbiji² limau. ahahahaha

so far, ini yang saya boleh recall. kalau ada apa² lagi, saya share dalam next next next entry. pls note for those yang breast-feed anak, makan minum memang kena jaga. takut anak kembung or allergic. semua kena monitor ye. jangan main balun je. nanti anak jadi mangsa kerakusan Mommy memenuhi selera. kalau ikut orang tua², time berpantang tak elok minum air banyak². hrmmm tak boleh pakai sangat yang ini. maybe tak mau kita kerap ke toilet kot. tapi, you have to drink a lot sebab breast-feed ni memang perlukan air yang banyak.

nah picca Iskandar time pantang. budak kenit ni selalu sedu especially kalau sejuk.


happy working!

0 Comments:

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009