Confinement

holla!

motip tetiba nak title berpantang lak? nope! nope! I'm not expecting for 2nd baby. Iskandar cakap nanti dulu Mommy, Iskandar not ready yet to be Abang Long. kehkehkeh well, I think this will be long entry. no picca. ahakssss

I'm just wonders. nowadays, saya tengok dah ramai mommies yang tak berpantang dalam erti kata berpantang sebenarnya. I'm talking about confinement after giving a birth. my SIL during confinement period, went to Ikea. LOL!

as far as I know, confinement period is 44 days. ada sesiapa yang lebih dari ini ke? in Malay culture, buat sesiapa yang kuat berpegang & mengamalkan pantang-larang orang lama ni, 44 days are strictly DO & DON'T for a lot of things. my family is one of yang strict dengan semua pantang-larang ini. so, my 44 days are very the hazab!

my Mum said (something like this), "orang perempuan bila bersalin banyak yang loose. kena ketatkan skru², fix-kan fius & wayar yang dah tak elok. baru la nanti suami tak fikir nak cari lain. ini belum 40's dah lenguh sana, lenguh sini.". ayat Mak makan dalam okeh. but I do admit what she said totally true. tengok saja Mak. dah 50's tapi maintain macam anak dara. kawan² Mak tak percaya Mak ada anak yang dah seusia "Jubli Emas" macam saya ni. kalau ngedet ngan Mak, sure orang fikir kami adik-beradik. cucu dikatakan anak. LOL!

dari 1st day deliver lagi saya dah start pantang. since stayed at hospital a bit longer, makan minum still makan yang pihak hospital sediakan. bare in mind, pihak hospital tak sediakan makanan untuk orang berpantang ye. mau kena carut "banyak cekadak ko ni kan?". hahaha

so, each time nak makan, saya called Mak. asked whether this & that can eat or not. minum air yang sesuam sajork. no manis², no ice² not even cold drink. buah² yang sejuk pun cannot. tart blueberry kesukaan pun nehi nehi. sadis je bila tengok Mak bawa balik tart² itu. huwaaaaaaaaaa if nak listing down makanan apa yang tak boleh makan, mau jadi berpage² entry ni. will do it in another entry ok. special entry bab makan minum time berpantang.

no mandi air sejuk. kena sesuam gak. socks kena pakai sentiasa. if possible sampai betis or nak over sket, sampai lutut. haaaa jangan dilupa sweater, pakai sentiasa. hahaha rambut ikat seketat²nya & setinggi²nya. elak masuk angin katanya. no naik turun tangga. no duduk bersila, no mencangkung. Mak cakap, lepas 1 year saya lahir baru Mak duduk bersila. erk!!! no kipas kuat² hala ke diri sendiri. semua slow steady & yes, really merimaskan & panas. hazab tak? can uollsss imagine? my house doesn't has aircond except in parent's room. saya berpantang di living hall, dah namanya tak boleh turun naik tangga. tidur bersweater, berselimut segala. stand-fan ON but lajuuuuuu benor, no 1 jek! berkipas tangan tapi tak puas. even ceiling fan pun no 1 jek speed-nya.

pakai bengkung, always! saya pakai bengkung yang jenis panjang tu. sampai lutut labuhnya. terkepit² la eden berjalan. serious rasa ayu giler. Mak yang ikatkan. sometime Hubby Sayang ikatkan kalau dia balik PA. ikat plak seketat²nya, sampai nak duduk, bangun even bernafas pun seksa. hahaha tapi yang best, feeling kurus selim melim bila pakai bengkuk ni. hahahaha

44 hari tu juga bertungku pagi petang. selalunya time pagi, batu tungku tu letak saja atas perut. hahaha mengantuk weyh. Mak kata bertungku elok untuk lancarkan darah & naikkan peranakan. ada la caranya nak tolak² sket guna batu tungku tu. oooo yer, batu tungku tu turun-temurun okeh. dari zaman Mak lagi & now my turn using it.

pagi petang sapu minyak panas di dahi, badan & betis till tapak kaki before pakai bengkung & socks. untuk elak sejuk & masuk angin. nape laa tak bungkus je ngan wrapping paper tak pun letak dalam bekas kedap udara. confirm tak masuk angin. hahaha kidding! tapi seriously, saya pernah tanya macam² kat Mak till Mak cakap "banyak sangat soalannya,buat jek".

jangan berangan nak mandi lelama. nanti menjerit la Mak tanya "buat apa tu? panjang sangat ke jampinya?" hahaha 44 hari tu juga saya mandi air panas & selang-seli mandi air daun. saya tak sure air daun apa tapi air daun tu akan buat badan rasa segar & wangi. will ask Mak what daun it is later. macam lalang pun ada. erk!

kalau basuh tangan pun tak boleh lama². tak yah tunjuk rajin nak basuh pinggan mangkuk periuk belangga lepas makan yer. letak je dalam sink tu. even kain baju anak pun tak boleh basuh sendiri. Iskandar sampai habis pantang, Mak mandikan. pendek kata, semua kerja rumah tak perlu buat time berpantang. 44 hari juga tak boleh keluar rumah jejak tanah kecuali darurat seperti rumah terbakar. hahaha no la. if ada appointment doctor, dibenarkan keluar menjejakkan kaki ke tanah ye. berkain batik sentiasa. hari ke-45 baru pakai jeans. hahaha

bukan Mak saja yang strict jaga saya masa berpantang. Ayah pun. Ayah gave me his socks sebab my socks semua setakat buku lali. Ayah cakap "kalau bentan, kena start pantang semua dari day 1 eventho dah hari ke-40". see the impact? sanggup ke nak ber'hazab' lagi sekali???

saya takde la strict sangat tapi still follow their orders. macam sweater, bila dah panas sangat², saya tanggalkan saja. tahan telinga sikit la. apa yang saya tahu, bila saya tidur, Mak akan selimutkan saya. haaa I still remember this story. pengalaman Mak masa berpantang lepas lahirkan saya. midnight, Mak curi² keluar dari bilik peng'hazab'an & duduk living hall. duduk berkipas dengan meriahnya. sekali arwah TokWan sedar & datang jerkah Mak. he said "ko nak MATI???". so I know from where all this strict pantang-larang come from. hahhaa

memang rasa amat tak best. but believe me, semua pantang-larang tu untuk hari tua kita & hubungan suami isteri kelak. nampak macam mengarut tapi semua tu berguna. you'll be thankful later when you realize the good of it to yourself, bila rasa sendiri keberkesanannya.

omaigod, seriously panjang saya mengarut kali ni. Iskandar dah 10m baru nak share. hahaha better late then never. takat ni yang saya ingat. will update later bila teringat. sometime, rindu plak nak go thru all the pantang² session ni. best wooo sebab tak yah buat apa² kerja pun. hahahaha

selamat berpantang!

4 Comments:

nizabeba said...

hi dear, thanks for sharing! hehe sy tgh berpantang ni, 34 hari dah..yeayy 10 hari lagi..sy brsalin czer, so sedikit sbyk pantang mybe x bole dibuat kot.. adelah berurut & bertungku ada, tp bhgn perut x usik..bengkung ada gak, tp x kuat2..huhu

♥♥relyza♥♥ said...

hi niza, welcome to the club! ouh..pantang czer lain sket kan. anor normal hari tu. will asked Mak later macam mana Mak pantang czer sebab 3 org anak dia keluar ikut tingkap. ngeeee yang penting pantang makan minum tu tau dear...

~I'M SHOPAHOLIC~ said...

aku dulu kuar ikut tingkap gak.. 6 bln mak aku pantang..

♥♥relyza♥♥ said...

sarah, ko tingkap ek? hehehe tu la. aku lupa plak pd yg bersalin czer ni. pantang is more difficult compared to normal delivery, i guess.

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009