Mommies Talk

holla!

dulu masa zaman bujang/study, perbualan banyak tentang jantan² hot & juga jantan² tak bape nak hot. lepas tu gosip² retis yang glamor & tak berapa nak glamor. tu belum lagi sembang² pasal shopping sana, shopping sini.

bila dah matured sket, perbualan pun matang la kan. cerita pasal career, study, kereta, motor, blablabla. cerita pasal shopping wajib! add-on cerita pasal kahwin. suami/isteri idaman, wedding dream, honeymoon place (erk!), blablabla

bila dah kahwin, perbualan pun berubah lagi. cerita pasal masak apa untuk suami/isteri, surprise present untuk suami/isteri, future plan, rumah, kereta, financial, in laws, blablabla. shopping topic still in the list.

bila dah jadi MOMMY, cerita more about anak! am I right? perkembangan anak, future plan for anak, makan apa, minum apa & serba-serbi tentang anak. tak percaya? try blog-walking blog² ex-bride-to-be. most of them sekarang cerita pasal anak. samalah dengan orang yang buat entry ni haaaaa...hahahaha

seriously, when talking about Iskandar, hilang semua stress. tersenyum sendiri bila teringat keletah dia. korang tak rasa macam tu ke? tak payah tunggu anak sendiri. even bila bercerita pasal anak sedara, cousin or cucu sedara, pun boleh buat korang tersengih²kan? indirectly, when talked about our little one, it helps us to recall all of his/her development. from newborn become toddler, become teenager, become adult. tau² je nanti dah nak bercucu. hahahaha

one thing yang saya perasan. bila bercerita tentang anak ni, ada parent yang jenis tak nak kalah. hmmm how to say ek? as an example, "anak i umur 5 bulan dah jalan tau". OK tipu! ko ingat benih Chucky ke cepat membesar & berjalan? kira OK la dia cakap berjalan. kalau dia cakap dah berlari? pitam sekejap!

plsss jangan sentap² ye. saya menulis based on my real experience. bila cakap pada Hubby Sayang, he said "alaaa (nama dirahsiakan) tu memang. anak dia je yang lebih." pernah sekali semasa di klinik, seorang Mommy ni cerita yang anak² dia umur 9m dah berjalan. ada juga yang tak nak kalah bila cerita berat anak. adeh! tu pun nak compete ke? bila dukung, amatlah ringan anak ko yang ko cakap 20 kg tu, kan!

that's the worst part la. but for me, seronok share perkembangan anak dengan kawan². minta pendapat, minta advise. lain orang, lain knowledge mereka, betul tak? saya buat² tak tau je kalau terjumpa yang jenis seperti di atas. mungkin mereka terlalu excited. biarkanlah....

hi Mommy Nayli!
hi Mommy Armand!
hi Mommy Debot!
hi Mommy Fathiah!
hi Mommy Iqy!
hi semua Mommy!!!!

Remote Duck


ada remote & duck


duck lari. tangkap!!!


makan remote


cermin diri


pokpok remote


makan duck plak. yumyum


remote lagi best


lazatnya!

Pantang Makan

happy Monday uolllssss

saya happy sebab hari ni off-day saya. hakhakhak (gelak jahat). boleh nak golek² main ngan Iskandar. minggu ni Iskandar tidur awal, so kurang memain ngan Mommy. *sad*

hari ni sambung story kisah berpantang hari tu. sekaligus bayar hutang entry yek. tajuk pantang makan bukan bermaksud "PANTANG NAMPAK APA SAJA SEMUA NAK TELAN" ye. pantang makan here means BIG NO for you to eat or drink, not only during confinement period but also after it.

as storied before, my confinement period really the hazab one. hahaha Mak & Ayah very straight. bab makan minum memang dititikberatkan. makan memang kena ikut time. breakfast around 8am-9am, normally susu Anmum Lacta and roti bakar. then, kena telan telur ayam yang dibawa khas dari kampung yang dicampur madu tualang. telur ayam mentah ye. so, saya fefeeling Siti jap masa menelan tu. erk! nak ngelat, letak madu lebih sket. tak yah hancurkan kuning. pecahkan dalam cawan & minum dengan sekali nafas. haaaaa....ada dekat 2 - 4 minggu makan telur ayam kampung mentah campur madu tualang ni. Ayah cakap untuk bagi tenaga & lancarkan pengaliran darah. then, minum pati ikan haruan. elok untuk baikkan luka.

around 12pm-2pm something, lunch time! semua dah ready atas meja. datang makan je. best tak? cakap laaaa best. ihiksss...Mak akan masak makanan saya menggunakan minyak bijan. I'm not really sure why. tapi setahu saya, memang dari arwah Tok lagi guna minyak bijan untuk masak makanan orang berpantang. lauk peberet, ikan jenahak goreng. pergh! panas² makan sedap wooo. jangan berangan nak tambah nasi ye. memang apa yang Mak sendukkan, banyak tu la makan. air plak, Mak dah siap²kan air halia. kembang-kempis hidung saya menghabiskan air halia tu. elok untuk buang angin dalam badan. sayur pula Mak selalu masakkan lobak putih masak air. letak ikan bilis & halia lebih sikit. kuranglah rasa & bau tak best tu. elok untuk perbanyakkan susu badan & lawaskan kencing. dinner plak around 6pm-8pm. lauk dinner sama ngan lauk lunch.

I did called Mak & asked her more info. Mak cakap, benda² bisa tak boleh makan. contoh, nenas, limau nipis, ikan berduri (keli, ikan jaket, kembung) & sayur² sejuk (pucuk paku, rebung, labu, petola, soohoon, timun). jambu batu pun tak boleh makan. until today, saya tak makan lagi sebab Mak cakap pantang! hari tu termakan rebung & Mak tahu, kena bebel. pastu sampai lak ke pengetahuan Wan saya, kena lecture lagi. adeh! saya terlupa wooo....dah la rebung masak lemak is my favorite. Makcik jiran ada cakap sayur² menjalar pun tak boleh makan. part ni tak pasti sangat sebab Mak masakkan sayur kacang panjang gak untuk saya.

selain air halia, elok gak minum air akar kayu. saya tak minum sebab takde akar kayu yang nak dijadikan minuman. saya minum air ibu kunyit. elok untuk kecutkan rahim & petua orang lama untuk menjarakkan anak. Makcik tukang urut saya pandai buat air ni. sedap sket sebab dia campur gula melaka. takde la kelat tawar sangat air tu.

semua makanan & minuman saya berciri suam & panas. tak best betul. makan sambil berbengkung , berstoking & sometime bersweater. pergh!! ouh ye, saya memang tak makan ayam selama berpantang. takut kena allergic. telur pun tak boleh makan. saya banyak makan limau sunkist tu. konon² sebagai agen pelawas. tak menjadi pun even makan berbiji² limau. ahahahaha

so far, ini yang saya boleh recall. kalau ada apa² lagi, saya share dalam next next next entry. pls note for those yang breast-feed anak, makan minum memang kena jaga. takut anak kembung or allergic. semua kena monitor ye. jangan main balun je. nanti anak jadi mangsa kerakusan Mommy memenuhi selera. kalau ikut orang tua², time berpantang tak elok minum air banyak². hrmmm tak boleh pakai sangat yang ini. maybe tak mau kita kerap ke toilet kot. tapi, you have to drink a lot sebab breast-feed ni memang perlukan air yang banyak.

nah picca Iskandar time pantang. budak kenit ni selalu sedu especially kalau sejuk.


happy working!

Army Crawl

hi sweetie

I don't really remember when Iskandar can do this step, army crawl. argh! rasa macam bad mommy sebab tak ingat perkembangan anak sendiri. even tak ingat, saya menyaksikan sendiri Iskandar buat tau. not that bad right?

since dah pandai memanjangkan langkah, habis 1 umah tinggi dia dah jelajah. dari dalam bilik ke living hall. dari living hall ke bilik no 2.


dari living hall or master bedroom ke balcony. agaknya suka tengok reflection muka sendiri kat sliding door tu. menelek muka ler tuh!


erk! scary ok. takut ada masuk paper "Bayi jatuh dari tingkat 23!". jangan buat Mommy & Papa glamour d amour dengan cerita murahan begitu yer Iskandar. ngeeee

favorite spot Iskandar dalam rumah, pagar ke dapur & ceruk living hall.



pagar tu dah jadi mangsa Iskandar test kekuatan gigi² dia. cat tu dah tanggal² dikerjakan Iskandar. haiya! ceruk tu lak berdekatan balcony. pas singgah ceruk tu, lawat balcony lak.

once a week MAX memang kena vacuum & mop. segala benda yang tercapai dek Iskandar akan dilap dengan wet tissue Dettol tu. kekonon menghilangkan kuman dirty² tu. paranoid Mommy!


pagar pun jadi buat tempat bermain

tengoklah, siap berlapik bantal sambil hayun²kan pagar tu. alahai anak....

Confinement

holla!

motip tetiba nak title berpantang lak? nope! nope! I'm not expecting for 2nd baby. Iskandar cakap nanti dulu Mommy, Iskandar not ready yet to be Abang Long. kehkehkeh well, I think this will be long entry. no picca. ahakssss

I'm just wonders. nowadays, saya tengok dah ramai mommies yang tak berpantang dalam erti kata berpantang sebenarnya. I'm talking about confinement after giving a birth. my SIL during confinement period, went to Ikea. LOL!

as far as I know, confinement period is 44 days. ada sesiapa yang lebih dari ini ke? in Malay culture, buat sesiapa yang kuat berpegang & mengamalkan pantang-larang orang lama ni, 44 days are strictly DO & DON'T for a lot of things. my family is one of yang strict dengan semua pantang-larang ini. so, my 44 days are very the hazab!

my Mum said (something like this), "orang perempuan bila bersalin banyak yang loose. kena ketatkan skru², fix-kan fius & wayar yang dah tak elok. baru la nanti suami tak fikir nak cari lain. ini belum 40's dah lenguh sana, lenguh sini.". ayat Mak makan dalam okeh. but I do admit what she said totally true. tengok saja Mak. dah 50's tapi maintain macam anak dara. kawan² Mak tak percaya Mak ada anak yang dah seusia "Jubli Emas" macam saya ni. kalau ngedet ngan Mak, sure orang fikir kami adik-beradik. cucu dikatakan anak. LOL!

dari 1st day deliver lagi saya dah start pantang. since stayed at hospital a bit longer, makan minum still makan yang pihak hospital sediakan. bare in mind, pihak hospital tak sediakan makanan untuk orang berpantang ye. mau kena carut "banyak cekadak ko ni kan?". hahaha

so, each time nak makan, saya called Mak. asked whether this & that can eat or not. minum air yang sesuam sajork. no manis², no ice² not even cold drink. buah² yang sejuk pun cannot. tart blueberry kesukaan pun nehi nehi. sadis je bila tengok Mak bawa balik tart² itu. huwaaaaaaaaaa if nak listing down makanan apa yang tak boleh makan, mau jadi berpage² entry ni. will do it in another entry ok. special entry bab makan minum time berpantang.

no mandi air sejuk. kena sesuam gak. socks kena pakai sentiasa. if possible sampai betis or nak over sket, sampai lutut. haaaa jangan dilupa sweater, pakai sentiasa. hahaha rambut ikat seketat²nya & setinggi²nya. elak masuk angin katanya. no naik turun tangga. no duduk bersila, no mencangkung. Mak cakap, lepas 1 year saya lahir baru Mak duduk bersila. erk!!! no kipas kuat² hala ke diri sendiri. semua slow steady & yes, really merimaskan & panas. hazab tak? can uollsss imagine? my house doesn't has aircond except in parent's room. saya berpantang di living hall, dah namanya tak boleh turun naik tangga. tidur bersweater, berselimut segala. stand-fan ON but lajuuuuuu benor, no 1 jek! berkipas tangan tapi tak puas. even ceiling fan pun no 1 jek speed-nya.

pakai bengkung, always! saya pakai bengkung yang jenis panjang tu. sampai lutut labuhnya. terkepit² la eden berjalan. serious rasa ayu giler. Mak yang ikatkan. sometime Hubby Sayang ikatkan kalau dia balik PA. ikat plak seketat²nya, sampai nak duduk, bangun even bernafas pun seksa. hahaha tapi yang best, feeling kurus selim melim bila pakai bengkuk ni. hahahaha

44 hari tu juga bertungku pagi petang. selalunya time pagi, batu tungku tu letak saja atas perut. hahaha mengantuk weyh. Mak kata bertungku elok untuk lancarkan darah & naikkan peranakan. ada la caranya nak tolak² sket guna batu tungku tu. oooo yer, batu tungku tu turun-temurun okeh. dari zaman Mak lagi & now my turn using it.

pagi petang sapu minyak panas di dahi, badan & betis till tapak kaki before pakai bengkung & socks. untuk elak sejuk & masuk angin. nape laa tak bungkus je ngan wrapping paper tak pun letak dalam bekas kedap udara. confirm tak masuk angin. hahaha kidding! tapi seriously, saya pernah tanya macam² kat Mak till Mak cakap "banyak sangat soalannya,buat jek".

jangan berangan nak mandi lelama. nanti menjerit la Mak tanya "buat apa tu? panjang sangat ke jampinya?" hahaha 44 hari tu juga saya mandi air panas & selang-seli mandi air daun. saya tak sure air daun apa tapi air daun tu akan buat badan rasa segar & wangi. will ask Mak what daun it is later. macam lalang pun ada. erk!

kalau basuh tangan pun tak boleh lama². tak yah tunjuk rajin nak basuh pinggan mangkuk periuk belangga lepas makan yer. letak je dalam sink tu. even kain baju anak pun tak boleh basuh sendiri. Iskandar sampai habis pantang, Mak mandikan. pendek kata, semua kerja rumah tak perlu buat time berpantang. 44 hari juga tak boleh keluar rumah jejak tanah kecuali darurat seperti rumah terbakar. hahaha no la. if ada appointment doctor, dibenarkan keluar menjejakkan kaki ke tanah ye. berkain batik sentiasa. hari ke-45 baru pakai jeans. hahaha

bukan Mak saja yang strict jaga saya masa berpantang. Ayah pun. Ayah gave me his socks sebab my socks semua setakat buku lali. Ayah cakap "kalau bentan, kena start pantang semua dari day 1 eventho dah hari ke-40". see the impact? sanggup ke nak ber'hazab' lagi sekali???

saya takde la strict sangat tapi still follow their orders. macam sweater, bila dah panas sangat², saya tanggalkan saja. tahan telinga sikit la. apa yang saya tahu, bila saya tidur, Mak akan selimutkan saya. haaa I still remember this story. pengalaman Mak masa berpantang lepas lahirkan saya. midnight, Mak curi² keluar dari bilik peng'hazab'an & duduk living hall. duduk berkipas dengan meriahnya. sekali arwah TokWan sedar & datang jerkah Mak. he said "ko nak MATI???". so I know from where all this strict pantang-larang come from. hahhaa

memang rasa amat tak best. but believe me, semua pantang-larang tu untuk hari tua kita & hubungan suami isteri kelak. nampak macam mengarut tapi semua tu berguna. you'll be thankful later when you realize the good of it to yourself, bila rasa sendiri keberkesanannya.

omaigod, seriously panjang saya mengarut kali ni. Iskandar dah 10m baru nak share. hahaha better late then never. takat ni yang saya ingat. will update later bila teringat. sometime, rindu plak nak go thru all the pantang² session ni. best wooo sebab tak yah buat apa² kerja pun. hahahaha

selamat berpantang!

1 to 10


1 months
baru pas bersiram


2 months
gaya rappers!


3 months
baru balik klinik time ni


4 months
senyum simpul


5 months
ada gaya wakil rakyat tak?


6 months
sengih!


7 months
playing with Mommy


8 months
geram nak ambik BB


8 months
termenung


9 months
favorite position, duduk atas perut Mommy


9 months
his own playground


10 months
McD BTHO


10 months
latest picca

apa perubahan ketara Iskandar sepanjang 10 months ni? Mommy nampak Iskandar makin cerah! hehehe

Wajah Kesayangan Beta


macho habis!


muka ketat


muka baru bangun tidur


muka gangster!

orang lain buat wordless Wednesday, saya plak tepek² pic. aci kan?

New Year Holiday

hi dearie

haish! tenggelam timbul lak entry dari saya. takde cerita tentang diri sendiri, keluarga apatah lagi update perkembangan hero kenit saya. so sorry! mood ke laut betul walhal banyak je cerita nak share. kehkehkeh

my little family & I started our new year with family holiday. kami ke Swiss-Garden Golf Resort & Spa Damai Laut, Lumut. phew! panjang betul namanya. ngeee.... overall our holiday was so-so. enjoy spending time with Hubby Sayang & my kenit. yang tak best, sampai lambat sebab cuti tak approve eventho AL mencukupi. so kena bertolak after work. arrived there at 12 mid-night. grrrr....habis 1 hari just like that!

this is the first holiday for Iskandar. nampak dia excited sangat² sampaikan kena paksa tidur. hahaha berguling² atas katil, ketawa² and playing with his toys. ye...saya kena angkut toys favorite Iskandar ke mana² pergi. just nak buatkan dia leka.

tak nak cerita panjang. kita layan picca okeh?


view from our room


skodeng orang mandi


Selat Dinding


balcony orang sebelah


restaurant tepian pantai


Mommy & Iskandar


Papa & Iskandar at Lumut Jetty


1st day breakfast


breakfast budak kenit


last day breakfast

banyak sangat picca. continue later. see ya!

Little Tooth






hasil kerja Papa Iskandar. hahaha Iskandar now dah ada 4 batang gigi. 3 atas, 1 bawah. Papa & Mommy dah rasa gigitan kasih sayang dari Iskandar. nak test gigi dia kuat ke tak agaknya.

lutut Mommy pun Iskandar nak baham!

Iskandar with Tok & TokWan


pandai buat 'peace'


intan payung kesayangan Tok & TokWan

okeh, rambut Iskandar pacak!

Welcome 2012

HAPPY NEW YEAR 2012


di mana kawan² berada sekarang? Dataran Merdeka? Masjid Negara? Rumah jiran? Atas katil tengah berdengkur?

saya? saya celebrate new year di rumah bersama si kenit, Iskandar. tengok fireworks dari umah tinggi. clean & clear view.

My pray for this new year, hope 2012 will bring more happiness, good health and sustenance for my little family, my family and Hubby Sayang's family. Amin.

Let bygone be bygone. Buka buku baru dengan azam & semangat baru. Teruskan usaha meningkatkan prestasi diri & mencapai segala impian. erk! dah macam wakil rakyat plak.

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009