Mommy Panda!

betul kata orang...bila dah beranak kecil ni, banyak perkara kena korbankan. masa, tenaga, wang dan macam² lagilah. kalau dulu akan pastikan masa tido cukup 8jam, sekarang kalau dapat more than 4jam dah kira beruntunglah.

cakap pasal tido, baru 2mlm ini Iskandar tido malam. dekat 10hari, Iskandar berjaga malam. huwaaaaaaaa...mata Mommy dah berupa mata panda. saya balik rumah around 1am. normally dia tengah menyusu dengan Tok or Tok tengah nak tidokan dia. Iskandar is smart boy. dia macam tau² je Mommy & Papa dah balik rumah. if tak cepat² amik dia, kami akan dengar la dia melalak. agagaga

bila dah amik dia, dia bukan nak tido. dia nak main² & berborak. haaa...part ni Mommy bagi pada Papa untuk melayan. time dia main² ngan Papa, Mommy tido. then, bila Papa plak nak tido, Mommy plak take over. itulah rutin kami every night since Iskandar berjaga malam. last night dia berjaga malam, Mommy hanya dapat tido less than 3hour!


main sama Papa


mata molat takmo tido

now Iskandar dah tido malam. before tido, dia main² & borak² dulu. riuh gak mulut dia bercerita aktiviti harian. ngeeee then bagi susu baru dia tido. one thing yang saya notice, bila dia tengah tido either dalam buai or atas riba or atas tilam, tak boleh diangkat. sure dia terjaga. kalau diaper dah full pun dia takmo tido. geli agaknya.

ramai kawan² berpesan pada saya supaya bersabar. sekarang masih time dia untuk belajar & adjusting. memang akan ada ketika dia tido siang sahaja, malam berjaga. ada masa nanti dia akan banyak berjaga dari tido. bila sampai waktu nanti, dia akan tahu mana time tido mana time berjaga.

pada saya, semua ini pelajaran baru & paling menarik dalam hidup saya. tak semua merasa menjadi parent. if possible, saya takmo missed setiap detik bersama Iskandar...

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009