NICU

holla!

hari ni hari ke-43 pantang which means umur Iskandar pun 43hari juga. sekarang Iskandar dah makin bambam. berat dia masa 1 bulan tempohari dah 4.7kg. betul² membesar dengan jayanya. Iskandar pun dah ambil injection 1 month. menangis sekejap saja. lepas tu cepat² mencari susu.


dalam entry yang lepas, ramai tanya saya kenapa discharge lambat dari hospital. sorry ye kawan² sebab lambat nak bercerita. mood blogging ke laut sungguh. mood nak mengulit Iskandar berapa ditahap maximum. ngaaaaaaaaaaaaaaaaaa

sebenarnya, selepas deliver Iskandar, doc buat further check pada Iskandar. doc found out yang Iskandar bernafas laju dari normal. masa tu, saya tengah tunggu Iskandar nak bersama² ke wad. sekali, Iskandar kena masuk NICU & Mommy ke Wad 4C. pergh! nak menangis pun ada masa tu. terpaksa berpisah plak dengan anak.

saya plak mamai² masa tu. dapat saja katil, terus rest. tidur je maybe sebab kepenatan. terjaga bila nak tiba masa melawat sebab family datang. saya nekad nak jumpa Iskandar tengahari tu sebab tak tau detail kenapa Iskandar kena masuk NICU. tuptap, saya pitam semasa di toilet. maybe sebab kurang darah. so, saya rest lagi till waktu melawat petang.

saya dah segar sedikit petang tu. Hubby Sayang datang then terus ajak jumpa baby. miss him so! masuk NICU, terkejut tengok segala machine yang ada. Iskandar dipasangkan alat pernafasan. nak stabilkan semula pernafasan dia. semasa saya datang tengok tu, pernafasan Iskandar dah OK. untuk 1st time, saya susukan Iskandar. rasa heaven sangat² dapat peluk & bagi susu saya pada dia. touching moment!

esok pagi² lepas doc datang check, cepat² saya ke NICU tengok Iskandar. Iskandar dah berpindah tempat. sudah tidak diletakkan dalam zon kritikal. malam before tu, Iskandar dah tak pakai alat pernafasan. he breathing by his own. segala wayar dibadan & tangan juga dah ditanggalkan. Iskandar jadi good boy. tiap kali saya datang, dia tidur je walau kiri kanan dia bising dengan tangisan & bunyi machine. saya discharge dari Wad 4C then masuk NICU stay sama Iskandar. hari ke-2 Iskandar lahir baru kami dapat tidur bersama².

hari Rabu discharge dari NICU. doc ada bagi penjelasan kenapa Iskandar di NICU. first echo scan at LR, mereka nampak jantung Iskandar a little bit besar. so, they will do echo scan again this coming June. selain tu, pernafasan Iskandar a bit laju dari normal. takut ada jangkitan pada paru². alhamdullillah, takde jangkitan.

itulah ceritanya kenapa kami lambat discharge dari hospital....

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009