Kisah 44 hari: Hari 1 - 7

berpantang bagi perempuan yang beranak ni memang mencabar mental & fizikal. saya tak nafikan & kadang² hampir tewas. banyak sangat yang tak boleh dari yang boleh. huhuhu

saya takkan lupa pengalaman berpantang untuk pertama kali ni. memori beb!

Hari ke-1
keluar sahaja dari LR, terus masuk wad. beranak memang meletihkan. saya hanya tidur & berbaring sahaja. makan dah start pantang. makanan yang hospital provide tak semua saya boleh makan. tunggu Mak datang bawa makanan baru saya makan.

Hari ke-2


lebih bertenaga sedikit. berkat tidur kot. Hubby belikan pati ikan haruan. terus start minum untuk pulihkan tenaga. mandi air panas. segar sangat².

Hari ke-3


Discharge dari hospital & balik ke rumah PIL. Mak masakkan ikan bayan bakar. berselera sungguh saya makan. start makan jamu yang dalam set ST.

Hari ke-4


Balik ke rumah parent di PA. start berpantang secara gigih di sini. huhuhuhuhu

Hari ke-5


Start bertungku & berurut. rasa fresh sangat². juga mula mandi air daun. erk...campuran pelbagai jenis daun. ada serai wangi, daun lengkuas, daun pandan & tak ingat lagi dah. nanti update lain k. best mandi air daun ni. badan rasa segar & wangi. ihiksss...Continue makan juga jamu. Mak masakkan ikan jenahak goreng. sedap!!
macam² bancuhan herba disapu dibadan & dahi. rimas bila campuran tu dah kering. bersepah². lepas sapu segala bancuhan tu, kena pakai bengkung plak. erk...terkepit je & seksa nak duduk or berjalan. huhuhuhu stop makan jamu today

Hari ke-6


terus berpantang makan sahaja. aktiviti pantang lain tak dapat dilakukan sebab admitted hospital. baby kena jaundice.

Hari ke-7
Terus aktiviti berpantang except berurut & bertungku. tukang urut tu balik kampung. agagagaga...
kena makan telur ayam kampung mentah yang dicampur dengan madu. pergh! tiba² rasa macam Dato' CT plak bila telan telur ayam mentah. sure merdu suara pasni. ihikssss

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009