Memori Terindah - 14 Mac 2011

13 Mac 2011

Lebih kurang 5PM...
Mula berasa sakit dibahagian lower abdomen. sakit yang serupa seperti selalu tapi agak lain macam. mula catitkan masa tiap kali kesakitan tu datang. bila sakit tu datang, saya tak mampu nak berdiri. amat melegakan bila baring dan mengiring ke kiri. really relieve. petang itu juga saya tak mampu follow Hubby Sayang ke kedai. saya berasa risau dengan kesakitan yang melanda tapi tetap bertahan. still tak ke hospital. takut false alarm lagi. motip sangat tetiba hari tu saya berasa amat segan untuk ke hospital. agagagaga

Lebih kurang 8PM...
MIL datang hantar makanan ke bilik. tak sampai 10 sudu pun saya makan. amat tak berselera. Hubby Sayang keep call bertanyakan keadaan semasa. saya tetap berdegil takmo ke hospital lagi. around 8:25PM, kesakitan makin kerap. tiap 5 minit ia datang. tanda lain mula keluar, lendir bercampur darah. saya sambung guling² atas katil sambil BBM ngan kawan bertanya itu ini. Mak & Adeq suruh saya ke hospital. hati saya mula berasa lain macam. seolah makin dekat waktu untuk melihat si kecil dalam tummy ini.

Lebih kurang 9PM...
Saya gigih membasuh tangan baju² saya & Hubby Sayang. kejap² berhenti kerana kesakitan datang. tapi berjaya juga saya sudahkan. saya siap² mandi basuh rambut segala. teringat pesan Mak Long supaya basuh rambut before deliver. ihikssss Hubby Sayang makin risau. tiap masa call bertanya khabar. kami akhirnya decide untuk ke hospital malam itu juga selepas Hubby Sayang habis duty.

11PM++...
Hubby Sayang balik. kali ini kami lebih bersedia untuk ke hospital. saya juga sudah ready untuk segala kemungkinan. saya ingat lagi kata² Hubby Sayang semasa kami otw ke hospital. "Sayang happy sangat sebab nak dapat baby dah tapi kesian pada Nur sebab Nur sakit. tak tau nak happy ke nak sedih.". sampai di hospital, Hubby Sayang uruskan registration segala & kami terus ke Dewan Bersalin di Tingkat 4, Hospital Ampang.


14 Mac 2011

12AM++...
Saya diminta menunggu di bilik TV. aduh! masa ni saya rasa sakit sangat². apa mampu dibuat selain tunggu saja. pas 10minit, nurse datang minta tukar pakai kain pink & masuk ke bilik No 3. masa tengah terbaring menunggu doc datang check, saya boleh dengar staff² di LR tu dengar lagu raya. buang tebiat kot. hahaha...nurse datang pasang CTG. ada contraction berlaku. doc datang check bukaan. dang! 3cm oredi. admitted laaa apa lagi. another doc datang offer me ubat tahan sakit. sempat juga saya tanya kesan² ubat itu. ubat itu akan dicucuk di montot. ia akan membuatkan saya mengantuk & baby juga akan sleepy. mungkin juga masa lahir nanti, baby akan asyik tidur. saya refuse untuk ambil ubat tahan sakit masa tu. saya takmo baby sleepy je nanti. so, malam itu saya akan tidur di hospital. saya sempat SMS Ayah & Mak bagitahu keadaan semasa saya. bila sakit tak tertanggung tu, saya call terus Mak. hehe sempat mengadu nasib dengan Mak time tengah contraction tu. wish her be with me that time. hukhukhuk

4AM...
Saya dah tak tertahan dengan sakit yang datang. hampir² nak ambil ubat tahan sakit tapi Hubby Sayang tak benarkan. Hubby Sayang call & SMS saya untuk tenangkan saya. till 4AM, saya tak tahan sangat² & saya panggil nurse. nurse check bukaan & it's oredi 4cm. saya ingatkan dah nak tolak ke LR tapi ngak. kena tunggu 5cm - 6cm baru ditolak ke LR sebab saya melahirkan anak pertama. aduh! nurse mula masukkan ubat untuk buang air besar. sekejapan saya dah duduk termenung di toilet. hehehe

5:45AM++...
Kali ini sakitnya teramat sangat. saya panggil nurse lagi sekali. nurse check & bukaan dah 6cm - 7cm. confirm tolak ke LR. tapi, boleh plak LR penuh masa tu. minta tunggu 15 minit. aiyoh! sementara nak menunggu ditolak ke LR, saya call Hubby Sayang. saya sempat juga update status di FB, reply comment, layan MSN & berBBM dengan Uchuk. hahaha amat kental. sampai nurse pun naik pelik sebab saya masih boleh berSMS segala eventho bukaan dah 7cm. takde bising² menjerit kesakitan. ihikssss ada seorang patient yang bukaan baru 3cm tapi menjerit² kesakitan seolah dah buka 10cm. bahagian masing² kan?

6AM++ sehingga bersalin...
Ditolak ke LR. dalam hati segala bacaan saya baca untuk tenangkan fikiran. mengucap segala saya baca. dalam fikiran hanya fikir untuk melahirkan si kecil sahaja. amat tidak sabar nak tatap dia secara live. serious, masa sakit tu datang saya tak tahan sangat². rasa sakit macam period pain tapi lagi sakit. hehe orang kata sakit bersalin sakit no 2 selepas sakit nak mati. wallahu'alam...tengah sakit² tu sempat lagi saya tanya pada nurse dimanakah suami saya. ngeeee....saya nak Hubby Sayang ada bersama saya saat tu juga. doc check bukaan lagi. 7cm. doc kata kena tunggu lagi 3jam untuk buka 10cm. erk! saya sempat cakap tak tahan sakit & tak boleh cepatkan ke? hahaha sementara tunggu Hubby Sayang masuk LR, sempat lagi reply FB, SMS & BBM. agagagaga masa di LR, saya berasa haus sangat². minta air pada nurse tapi cannot meh! huhuhu mereka just masukkan air kat tangan je. mana nak hilang haus tekakku ini.
nurse pecahkan air ketuban. pergh! lepas tu sakit makin kuat & kerap. mereka minta saya mengiring ke kiri untuk cepatkan lagi bukaan. Hubby Sayang dah tolong urut² belakang badan saya. memberi kata semangat segala. haaa...masa ini memang tak boleh nak cucuk ubat tahan sakit dah. mereka beri saya gas. tak ingat apa nama gas tu. memang lalok sekejap & membantu sedikit mengurangkan rasa sakit. tiap kali nurse or doc datang check bukaan (masa ni memang kerap mereka menyeluk), saya tanya tak boleh cepatkan ke? tak boleh tolong saya ke? hehehe...sakit wooooo
part menarik, gas tahan sakit tu habis. kena tunggu jam 8AM baru ada. hangin saya satu badan. habis saya hentak² corong tempat nak sedut gas tu ke katil. hahaha...Hubby Sayang terus menenangkan saya. suruh sabar, suruh kuatkan semangat segala. masa ni, kepala katil pun saya capai & genggam. dah tak cukup tangan Hubby Sayang nak dipegang. ihikssss...
around 7.30AM if tak silap, nurse check & tengok dah 9cm. masa ni saya dah rasa nak push. betul² rasa kepala baby nak keluar. nurse cakap dah boleh push tapi better tunggu 10cm. saya takmo tunggu dah sebab tak sabar & tak tahan sakit dah. saya decide nak push at 9cm. nurse mula pasang penahan kaki & tali. mula standby segala peralatan. Hubby Sayang setia disisi. pegang bahu & support saya untuk push.
masalah negara sungguh kalau hidung tersumbat. ngeee...nafas saya pendek & tak mampu nak push lama² seperti nurse guide. tapi tak putus asa okeh. bila saya dengar Hubby Sayang & nurse cakap dah nampak dahi baby, terus datang 1 semangat dalam diri saya. saya push sehabis mungkin & our little hero keluar. haaa...masa tengah sibuk² nak push tu, saya boleh dengar clear yer nurse itu menggunting itu. konon memberi bantuan supaya baby boleh keluar. pergh!
masa tu, saya rasa macam belon yang penuh air keluar & my tummy suddenly terus leper. lepas nurse potong tali pusat baru dengar suara tangisan baby. nurse angkat baby & tunjuk pada saya. saya berulang kali cakap pada Hubby Sayang..."Sayang, baby kita. baby boy". tak tahu samada nak menangis or apa masa tu. yang pasti, dalam hati rasa lega & bangga sebab berjaya melahirkan seorang lagi umat Rasulullah saw.
nurse bersihkan baby & minta Hubby Sayang azankan baby. lepas settle, Hubby Sayang diminta keluar. saya lihat jelas apa yang nurse tu buat pada baby saya. mereka bersihkan, timbang, ukur panjang, ukur lilit kepala & pakaikan baju. then, mereka letakkan baby dalam tempat baby tu. tak tahu apa nama tapi saya boleh nampak baby dari tempat saya baring.
lepas baby keluar tu, ada doc pelatih ni bagi tahu nak jab saya ubat kecutkan rahim. saya ingat lagi apa saya cakap pada dia.."Buatlah apa² pun doc. saya tak kisah dah". masa tu dalam fikiran hanya fikir baby. then, doc yang sama berusaha nak keluarkan uri. masa ni saya nak marah gak sebab buat saya tumpah darah banyak. bila sister datang buat, sekejap je uri tu keluar. sampai 2 orang doc pelatih godek² kat bawah tu untuk keluarkan uri. haish!
ouh yer, if tak silap saya, masa saya tengah gigih nak membuat aksi pushing tu, saya sempat terdengar staff di LR huru-hara sebab ada husband patient bilik sebelah pengsan ke pitam. mungkin tak tahan tengok darah kot. sempat juga dengar jeritan push & tangisan baby dari bilik lain. huhuhu...gigih memasang telinga time² sakit plak.
nurse yang sambut baby datang lagi sekali. kali ni nak menjahit. masa ni sempat terfikirkan gas tahan sakit tu. terus saya ambil sedut. nasib baik dah ada. baby masih di hujung katil. tak nampak apa aksi dia. cuma tanya pada nurse & nurse bagitahu baby tengah terkebil² matanya. ihiksss...comey! sambil menjahit & saya sendiri lalok², saya berbual² dengan nurse. macam² yang kami bualkan. tuptap dah selesai tugasan menjahit dia. hehehehe then, mereka provide saya milo panas dengan apa ntah makanan tu, saya lupa. untuk bagi tenaga kot. minum je mampu, makan tak lalu.

panjang lebar plak cerita pengalaman bersalin saya. ikutkan ada lagi sambungan ni. later laaaa saya type. entry ni pun ambil masa berhari² nak siapkan. time baby tidur je saya boleh relax sikit. ihiksss...

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009