Perkembangan minggu ke-37


[1] hati makin berdebar. serasa makin dekat masa untuk melahirkan
[2] hati juga tidak sabar. tak sabar nak mendakap si kecil yang selama 9 bulan++ dikandung dan setia menemani ke sana ke mari
[3] terlebih sensitif. tengok video melahirkan pun boleh menangis. Hubby Sayang tertinggi suara sikit pun dah cebik. hahaha
[4] selera melampau. semua favorite food kalau boleh nak makan before deliver. KFC settle. Kenny Rogers settle. Pizza pun settle. lepas ni nak Javachip, sate kajang, roti boom dan char kueh teow Taman Bunga Raya. hehehe sempat tak??
[5] berjalan semacam king-kong. agagaga dengan berat baby last week 3.06kg plus berat mommy, memang patut saya berjalan seperti itu. hehehe
[6] kesakitan di bahagian lower abdomen makin ketara eventho tak kerap. sekali datang, memang sakit. rasa nak gigit² Hubby Sayang. aci tak? untuk buat tahan sakit. ngeeeeee

Berat bayi anda hampir 6.5 paun / 2.8 kilogram dan panjangnya lebih kurang 20 inci / 50 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Kepala bayi anda sudah memasuki dan merangkumi kaviti pelvis anda - dikelilingi dan dilindungi oleh tulang pelvis anda. Posisi ini memberi lebih ruang kepada kaki dan punggung bayi yang semakin membesar.

Kebanyakan bayi sekarang sudah mempunyai rambut yang lebat, dan sepintal rambutnya adalah antara 1 inci / 2.5 sentimeter panjang. Sebenarnya, sesetengah bayi tidak mempunyai rambut langsung.

Bercakap tentang rambut, hampir semua bulu lanugo yang menyaluti bayi anda dari masa dia 26 minggu sudah hilang, begitu juga sebahagian besar verniks kaseosa, iaitu bahan yang putih yang membalutnya. Bayi anda akan menelan lanugo itu bersama bahan pembalut, dan sekresi-sekresi lain dan menyimpan semua ini dalam ususnya. Ini semua akan menjadi buangan najis pertama bayi, iaitu bahan kehitaman yang bergelar mekonium.


jom layan video ni. so touching!

Ragam di Hospital

selama 4 malam saya tidur di hospital, pelbagai ragam ibu dan bakal ibu yang saya lihat. sakit nak bersalin ni berbeza untuk setiap orang. ada yang sakit, ada yang tidak. ada yang menangis, ada yang tenang.

1st day saya di hospital, patient yang duduk di katil sebelah kanan saya seorang warga asing. Myanmar rasanya. tak faham langsung bahasa Melayu. memang masalah komunikasi sungguh antara dia dengan doc/nurse. dah 3 hari admitted & laluan masih tak buka. induce sampai 3 kali & laluan terbuka hingga 2cm sahaja. doc nak operate, dia tak mahu. mereka ini berdepan dengan masalah kewangan. warga asing yang admitted di hospital kerajaan, kurang² kena standby RM2K if kena operate. kesian dia. at last, if tak silap saya, dia kena operate juga. sebab dah overdue sangat².

setentang dengan katil Myanmar tadi, ada seorang kakak ni. Melayu kita. sama juga kes dengan Myanmar tadi. tapi kakak ni amat cool dan relax. 3 kali induce, laluan tetap tak terbuka. langsung takde rasa sakit. masih senyum² ketawa lagi tiap kali family dia datang. kakak ni pergi operate dulu a day before Myanmar tu.

malam ke-3 saya di hospital, ramai patient baru masuk. saya kategorikan mereka manja. haish, rimas saja dengar mereka menangis² segala. hehehe bukan nak cakap apa yer. saya pun nanti tak tahu bagaimana keadaannya. ada seorang warga asing katil sebelah kiri saya. tak pasti warga mana. tapi memang tak faham Malay langsung. bukaan baru 2cm tapi melalak macam kepala baby dah nak keluar. kami semua yang stay kat situ semua tak boleh tidur. duduk terjaga disebabkan kebisingan dia. sikit² nurse datang cek bukaan. still 2cm. tiap kali contraction datang, dia akan bising menyebut "oooo lela...oooo lela" sambil pushing. nurse dah kata jangan push pun dia buat tak tahu. end up, bukaan dia 4cm. saya amat lega sebab tahu dia akan disorong masuk ke LR then saya boleh tidur aman damai selepas itu. agagagaa

tapi, dia sempat lagi buat drama. nurse dah dudukkan dia atas wheel chair. at same time, ada 2 orang patient yang laluan dah 4 cm. nurse nak tolak mereka dulu dan minta dia turun dulu. immediately dia buat bising semula. jerit² sakit dengan lela segala. saya seriously nak tergelak. padahal before that, elok saja dia duduk diam. agagagag dramatic sungguh. terus nurse tolak dia & another patient yang dah pecah waterbag.

patient lagi seorang tu, muda lagi. saya teka dia beranak sulung. amat cool eventho bukaan dah 4cm. less than an hour, bukaan dah 8cm. cepat² nurse tolak ke LR. dia takde bising dan menangis segala. semoga dia dan baby sihat sentiasa.

malam tu, ada seorang lagi patient. saya kira dia ni memang manja. sikit² panggil nurse. minta itu ini sampai nurse cakap, kalau di hospital swasta bolehlah awak minta macam². ngeeeeee dalam sejam, ada la 2,3 kali dia minta nurse cek bukaan. akhirrnya, subuh tu bukaan dia dah 4cm. tolak juga ke LR. yang tak berapa best, she called her husband to inform about that. dia marah² plak. aiyak! minta simpanglah saya bersikap macam tu masa tengah sakit nanti.

ouh yer...ada juga patient yang amat peramah. sampai tak terlarat saya nak layan dia berborak. ada juga yang seolah nak mengambil kesempatan. nak discharge from hospital, ada hati nak loan saya. aiyoyo...ingat saya ni banker ke? beriya² SMS-ing saya, minta saya pujuk Hubby Sayang. tak koser!

tu la antara ragam yang kekal dalam ingatan saya. hahaha ada yang kelakar, ada yang kasihan. yang kasihan, nak tolong tak boleh. mereka sahaja yang boleh tolong diri mereka sendiri. macam awal² saya katakan, sakit bersalin ni berbeza untuk setiap orang. bahagian masing².

just to remind to all mommies, kalau admitted, sila jaga barangan berharga. normally kita bawa hand-phone sahaja. wallet, IC, jewelry semua tinggal pada hubby. hand-phone tu yang kena jaga especially yang pakai jenis canggih² dan mahal tu.

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009