Rentetan Kejadian Di Minggu Ke-36

22 Feb 2011
as usual, teman Hubby Sayang ke kedai. kegatalan melampau datang menyerang. plan nak ke klinik sahaja. tapi suddenly fikir, lagi bagus if ke hospital sahaja. maybe they can do something tentang gatal² yang saya alami ini.

12AM 23 Feb 2011
went to hospital. masa OTW tu, kegatalan makin menjadi. elok sampai hospital, hilang segala gatal. ampeh! terus ke LR, PAC Room No. 2. tukar pakai kain pink yang nurse bagi and terus baring atas katil yang disediakan. gementar juga bila dah baring atas tu. macam nak deliver masa tu plak.

nurse datang buat CTG, nak tengok keadaan baby dalam tummy ni. check BP saya juga. alhamdullillah semuanya OK. datang Dr. Darshini to do the VE. OMG! tiba² saya rasa menyesal sebab datang hospital. doc ni agak kasar cara kerja dia. saya berasa agak sakit masa dia check. or maybe saya yang melawan sebab saya keraskan badan and otot² masa doc tengah check. that's why saya merasa sakit. when she said my OS was 2cm, saya tergamam. cepatnya!

sebab rumah saya dekat sahaja dengan hospital, doc lepaskan saya balik. doc cakap, saya dah mula mengalami tanda² bersalin. if mula rasa sakit yang kerap dan kuat, baby movement kurang or ada turun tanda (air or darah), kena cepat² datang ke hospital.

noted that! balik rumah dan tidur dengan nyenyaknya. bangun pagi, spotted the red dot pada pantyliner. erk!

5PM 24 Feb 2011
tengah relax² dalam bilik sambil tengok Hubby Sayang main PS3, suddenly datang sakit yang amat kuat di bahagian perut and pinggang. fuh! cant describe how it feel. sakit sampai saya tak boleh nak bergerak. tegak je bersandar di katil. about 5-10 minutes juga sakit tu datang. then, it's gone. lega!

bersiap² untuk follow Hubby Sayang ke kedai. in case apa² jadi, Hubby Sayang ada sama. atas nasihat kawan², saya ke Klinik Kita. to do scan & VE. cerita pada doc tentang sakit petang tu & lendir darah yang keluar. doc terus suruh pergi hospital sebab tu semua tanda² nak deliver. doc buat scan and said kepala baby dah engaged.

12AM 25 Feb 2011
macam dapat rasa kena admitted, bawa siap² beg pakaian saya & baby. terus ke hospital dan ditempat di bilik yang sama, PAC Room No 2. agagagaga...tukar kain dan baring. buat CTG dan check BP. kali ni Dr Farah yang buat VE. amat lemah lembut even rasa sakit sedikit. bila dia kata 3cm, amatlah terkejut. confirm kena tidur ward.

buat scan untuk tengok kepala baby dan double-checked EDD. they confirmed my EDD was on 24 Mac and baby's head already engaged. one nurse double-check the OS and confirmed 3cm. final decision? i was admitted that night. rasa sakit melampau datang lagi around 3AM that night. kali ni agak lama. tak boleh tidur sebab rindu kat Hubby Sayang. huhuhuhuh

kena tahan ward till 28 Feb. the OS remain same, takde progress. nurse suruh banyakkan berjalan tapi seriously tak tau nak berjalan ke mana dalam ward tu. lainlah kalau jalan² kat Pavi ke, Jusco ke, Sogo ke. hahahah

last² saya minta balik. promise doc yang saya akan cepat² datang hospital bila rasa tanda² nak bersalin. doc bekalkan saya antibiotik sebab urine saya ada sikit infection. doc suspected yang contraction yang saya rasa tu disebabkan kencing kotor itu. chait!

1PM 28 Feb 2011
dibebaskan dari hospital. happy gilosh! terus ke Tesco Ampang pekena KFC dan jejalan kat sana. kata, kena banyakkan berjalan, kan? hehehe

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009