Set Tilam

Jumaat lepas, set tilam untuk baby yang Mommy order dari BilikJahit selamat sampai. ouh, Mommy excited sangat² tau. rasa nak buka kotak tu masa tu juga.

tapi, Mommy tak dapat bawa balik rumah hari tu. sebab Mommy kena ke iPerintis buat kerja. nasib baik office mate Mommy offer diri nak hantarkan kotak ke kedai Papa. besar betul box tu. penuh terus seat belakang kereta kawan Mommy.

lepas Papa habis kerja, cepat² balik rumah. Papa angkat box & letak dalam bilik. kerja Mommy plak, membuka box tu. macam budak kecil yang dapat hadiah birthday. ngeeeeeeee

seriously, Mommy puas hati sangat² dengan hasil kerja tangan BilikJahit. berbaloi Mommy beli kain dari Fabric Fanatics. tilam ia amat tebal & baby tak mungkin tenggelam macam Uncle baby masa kecik² dulu. ihikssss.... sedap tidur atas tilam kekabu. selain set tilam, Mommy juga tempah barut untuk baby dari BilikJahit. Mommy dah malas nak fikir siapa nak buatkan. sekali harung satu tempat jek. Mommy requested pada BilikJahit supaya buat barut dengan size yang berbeza. BilikJahit buatkan barut bersize 4.5"x18" untuk 3 keping dan 6"x18" untuk 7 keping. baby kan cepat membesar. nanti cepat sangat tak muat pakai barut yang ada.






Mommy tak sempat nak snap picca barut baby. Mommy dah standby nak cuci. total semua sekali including upah jahit, courier & barut RM257. pada sesiapa yang nak tempah juga, sila ke BilikJahit. Kak Niah, the owner BilikJahit amatlah friendly.

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009