Everyday Loving Day

ouh...mood berbunga² & awan berkepul² sekarang ini.


kenal jejaka dalam picca ini? ouh, dialah permata hati pengarang jantung saya. chenta hati saya hingga mati. saya sayang & cinta dia sangat².

terima kasih Allah kerana pinjamkan beliau untuk saya. pemberianMU ini tidak ternilai harganya. akan cuba menjadi yang terbaik buat beliau & anak² beliau.

Sayang, muah3 banyak kali!

I'm 34 weeks Now


picca & info copied from here

cepat betul masa berlalu. sedar tak sedar, dah 34 minggu saya bawa si kecil dalam tummy molat ni. ada lagi 2 minggu before masuk tempoh matang (36 minggu). which means, saya boleh bersalin bila² masa sahaja bila baby dah ready nak tengok dunia indah ini.

"Berat bayi anda sekarang 4.7 paun / 2.2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Dia semakin gempal dan bulat - dia akan memerlukan lapisan-lapisan lemaknya untuk mengaturtepatkan suhu badannya.

Jika sebelum ini anda belum lagi mula bercakap dengan bayi anda, ini adalah masa yang baik untuk memulakannya - pada 35 minggu kehamilan, pendengaran bayi sudah terbentuk dengan sempurna. Jangan pula terasa malu jika anda sudahpun berbual menggunakan cakap pelat bayi. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bayi baru lahir memberi lebih perhatian kepada nada suara yang tinggi.

Jika anda merasa bimbang tentang kemungkinan berlakunya pelahiran pramatang, anda akan bersenang hati untuk mengetahui bahawa 99 peratus daripada bayi yang lahir pada 35 minggu kehamilan boleh hidup di luar rahim - dan majoriti tiada menghadapi masalah yang serius. Walaupun sistem saraf pusat bayi anda masih belum matang sepenuhnya, paru-parunya sudah hampir matang sepenuhnya sekarang.

Ramai wanita mula merasakan sensasi semut-semutan dan kebas di daerah pelvis atau rasa sakit apabila mereka berjalan. Ini mungkin disebabkan sendi-sendi pelvis meregang, sebagai persediaan untuk kelahiran. Jika anda merasakan betul-betul tidak selesa, beritahu doktor anda dan rujuklah tip-tip membantu diri kami."


yup! last week on Thursday, saya pergi scan. berat si kecil ni dah 2.2KG dan semuanya dalam keadaan baik. baby amat aktif masa saya & doctor tengok dia. ihiksss boleh nampak baby tengah genggam tangan comey dia. ouh! saya amat tak sabar nak hug baby.

presenting me at 33 week. sila abaikan muka yang berminyak itu. muka letih lepas kenduri doa selamat. ihikssss

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009