Bercerita Dengan Baby

huish...lama sudah tada hapdet blog. cerita USS tergantung tak sampai ke penghujung. hehe picca dah ada dalam FB. cerita details belum buat lagi. later k. insyaALLAH

lama tak cerita dengan baby dalam peyut molat ini. gerakan baby makin slow sekarang. mungkin space yang tak banyak untuk baby buat tendangan penalti atau tumbukan angin atau juga aksi gimnastik. baby juga dah pandai bergurau & bermain dengan Papa. tiap malam sure Papa akan borak² dengan baby. kalau tak borak, baby pandai merajuk. Papa panggil baby tapi baby tak bagi respond. hehe

Mommy sekarang cepat sangat keletihan. makin nak tiba hari, makin terasa keberatan peyut molat ini. faktor graviti & berat baby kot. selera makan Mommy sederhana sahaja. bengkak kaki dah biasa. ouh ye, Mommy makin diserang kegatalan melampau. Mommy cuba avoid makan ubat. Mommy sapu cream or balm sahaja sambil doa banyak² rasa gatal ini berkurangan. if not, Mommy boleh menangis tau. tapi takpe, semua ni dugaan.

Mommy juga dah tak selesa nak berbaring. ada ke patut, Papa suruh Mommy tidur duduk. hahaha pandai saja Papa buat Mommy ketawa. serious, Mommy tak tahu nak pilih position tidur yang selesa buat Mommy. mengiring ke kiri tak kena, mengiring ke kanan tak selesa. terlentang apatah lagi, boleh sakit pinggang Mommy. yang pasti, Mommy akan pastikan kaki Mommy tinggi sedikit dari kepala semasa tidur. tips nak elak bengkak kaki secara melampau.

alhamdullillah, kenduri doa selamat untuk Mommy & baby dah selamat diadakan Sabtu lepas. kita balik kampung Jumaat malam lepas Papa habis kerja. dalam 1AM kita sampai kampung. ramai juga yang datang masa kenduri. Atuk & Opah pun ada datang dari KL. ramai juga yang sedekah macam² makanan. Papa & Mommy terharu sangat. semoga Allah membalas semua jasa & pertolongan mereka.

sekarang Mommy debar² nak tunggu saat baby "ketuk pintu" untuk keluar. asal Mommy rasa sakit, Papa cepat² nak bawa ke hospital. kalau macam tu, mau berkali² Mommy ulang-alik hospital. baby jangan mengejut sangat "mengetuk pintu" ye. kita buat secara sopan & santun okeh. hikhikhik

OK baby, Mommy bercerita lagi kemudian yer. Mommy dah letih ni. nak berehat pula. baby duduk elok² kat dalam tau. tak sabar dah nak jumpa baby secara live.

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009