Babymoon Lagi

hai all!

selama 1 minggu saya sengaja tinggalkan my lovely blog tak ber"hapdet" sebab pergi ber"babymoon" lagi dengan Hubby Sayang. kali ni tak pergi jauh. seberang Tambak Johor sahaja. kali ni saya pergi bertiga sahaja. tak macam masa ke Bandung, reramai.

we all pergi dengan bus. naik dari Bukit Jalil ke Terminal Larkin. alhamdullillah, saya OK sahaja sepanjang perjalanan tu. Mak & Ayah ada juga bising² takut saya sakit pinggang. hehe syukur takde sakit² pinggang or kebas² kaki. sepanjang perjalanan tu hujan. ouh ya. kami naik bus Transnasional yang berharga RM31.20 sehala. hehehe


sampai Terminal Larkin, terus cari cab nak ke Tune Hotel, Danga Bay. senang cari cab kat sana sebab ada banyak. don't worry. kena charge RM17, maybe sebab dah tengah malam. sampai hotel, terus check-in cepat². mata dah tak larat nak buka.

dapat kunci bilik, terus terjah. prepare pakaian untuk esok then cepat² mentidurkan diri. lemau juga badan mengharung perjalanan 4 jam. kena cukup rest untuk aktiviti hari esok. hihihi

muka keletihan & mengantuk


muka tak tau penat

just an intro! haaa babymoon kali ni, baby baru nak masuk 30 weeks. berjalan sungguh. kehkehkeh

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009