Kegatalan

masa mengandung ni, memang ada seribu macam rasa & perasaan yang akan kita lalui. agak menguji kesabaran mental & fizikal juga. hikhikhik

macam saya. if before pregnant saya memang ada allergy & kulit kegatalan tapi after get pregnant, it getting worst. rashes naik penuh belakang badan. tidur malam tak lena sebab rasa gatal melampau. jumpa doc pun, tak banyak yang boleh dibuat. ubat² tak boleh makan sembarangan. nak tak nak, kenalah bersabar sedikit & berharap after give birth nanti, everything OK.

kalau kata saya tak jaga makan, dah sehabis ketat saya jaga apa yang saya makan, apa yang saya minum. persekitaran saya? dah habis sebotol Dettol saya spray especially katil tapi tak banyak membantu. tengah malam pun saya gigih vacuum segala habuk dalam bilik. udara? itu saya tak boleh nak buat apa. memang out of control!

kawan² ada tips tak? tak dapat hilangkan terus rasa kegatalan ni, at least mengurangkan sudah memadai. naik merah² & sometime pecah darah bila saya garu & gosok kulit² mulus saya ini. agagagaaga

Mommy tak merungut tau baby sayang. Mommy redha & terima segalanya as long as baby sihat kat dalam tummy molat Mommy. yang penting, baby tak dapat sakit yang sama macam Mommy bila lahir nanti.

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009