Kain & Tilam

asal balik ke rumah lepas teman Hubby Sayang di kedai, sure saya on lappy & on wireless. lepas check email & FB, terus surf website yang jual barangan baby. kesannya? saya sure jatuh chenta & rasa nak beli terus!

kali ini dengan pengetahuan Hubby Sayang, saya dah beli kain untuk buat tilam baby & juga bayar deposit tempahan tilam baby. dah banyak kali tertangguh, akhirnya hampir selesai juga. insyaALLAH, jika tiada aral, hujung bulan ni sampailah set tilam yang ditempah. haish, tak sabar plak!


ouh yer! untuk pengetahuan kawan², kain tu saya beli di sini. senang deal dengan Kelly ni. baik je melayan saya yang banyak kerenah ni. kehkehkeh...thanks a lot for the discount.

tilam pula saya hantar tempah nun jauh di selatan. baca review dari orang lain, semuanya positif! so, saya tak teragak² nak hantar tempah di sini. kemungkinan besar juga, saya akan tempah barut baby di tempat yang sama. tengah tunggu confirmation saja dari akak itu sebab saya request nak buat barut yang different size. banyak songeh tak? hehehe

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009