Story of His Solid Food

hi sweetie

saya agak excited bila Iskandar nak masuk 6m. meaning, Iskandar akan mula makan. akan makan apa yang Mommy makan. kalau Mommy makan KFC, Iskandar akan makan KFC. if Pizza, Iskandar pun makan Pizza. tapi kena blend halus la. agagagaga

kidding! all those thing tak sesuai untuk baby OK. dah tentu saya nak bagi makanan berkhasiat untuk si kenit saya tu. so apa lagi. aktiviti Google-ing segala info pun dilancarkan.

artikel dari SaraKids, mommies seeloknya introduce puree buah-buahan sebagai 1st solid food untuk baby. refer juga artikel² yang la in. they talked about same things. terus saya decided, Iskandar akan makan puree buah dulu baru bubur nasi.

1st puree buah yang saya buat adalah betik. pertama kali Iskandar makan, adalah dalam 5-10 sudu. OK la tu. yang penting saya prepared & feed him. saya cuba lagi bagi puree betik for 2nd time. kali ni agak banyak & kesannya, Iskandar cirit-birit! hahaha

we refer to pediatrician. paed said Iskandar bukan sakit perut or else. perut dia ala² sedang mengalami perubahan. kira macam terkejut. ihiksss...worst part is, bon² Iskandar naik rashes teruk sangat. merah² macam melecet & Iskandar akan menangis setiap kali saya cuci yak² dia. Mommy ikut menangis sama tau!


saya plan nak stop dulu bagi solid food until Iskandar recover from cirit-birit. just give him FM & cerelac yang dibancuh cair sedikit. but, Tok was prepared bubur nasi combined with potato & carrot & ikan bilis. Tok suruh saya blend saja. huwaaaaaaaa...hancus harapan saya nak prepared sendiri his 1st meal. takpe la. redha gitu. Tok nak sediakan untuk cucu 1st dia. malas nak cakap banyak, nanti Tok merajuk. ngeeeeeee tu pun dah ala² merajuk bila saya cakap no need to put salt or sugar into his food. Mak cakap, tak payah nak ikut sangat segala tips or advise yang ada tu. erk!

surprisingly, Iskandar makan hingga habis bubur nasi tu. rashes & cirit-birit Iskandar also gone. alhamdullillah Iskandar takde mengalami masalah nak yak² pun lepas makan. system digestion works normally. ihikssss

saya asyik terlupa nak snap pic Iskandar makan, pic solid food dia. will snap it after this. selain dari bubur nasi with carrot, potato & ikan bilis, Iskandar dah tried bubur nasi with bayam & ikan bilis. Iskandar lebih suka menu bubur nasi with carrot, potato & ikan bilis dari menu yang lagi satu. saya nak pelbagaikan menu after this. excited!

nah saya bagi link yang banyak bagi info berguna berkaitan 1st solid food for our little one:
[1] Checklist to feed our baby here
[2] Introducing solid food here
[3] Baby Food here
[4] First Solid Food here

mind to share with me your experience in preparing 1st solid food to your little one?

1 Comment:

Nur Az-Zahra said...

camne nak wat blog cantik macam nie?ajar sikit....

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009