Scratch

morning all

hero kenit saya tu ada habit yang tak tau bila start & bila akan stop. Iskandar suka sangat garu² kepala & muka dia. sometime nampak macam dia nak korek keluar mata pun ada. hahahaha ganas lak anak Mommy ni.

bila dia buat gitu, mulalah meninggalkan kesan calar-balar di kepala or muka. selalunya di kepala. seolah macam kepala dia gatal sangat. anak Mommy ada kutu ke? dandruff? nanti kita buat hair treatment yer. hehehehe






dahi dah tobek

to avoid more scratch, saya kena potong kuku Iskandar every week. itu pun depends. sometime, 3,4 hari sekali dah kena potong. kena make sure kuku dia sentiasa pendek. kalau tak, makin calar laaa kepala dia. kalau dengan Tokwan, Tokwan suruh dipakaikan mittens. hahahaa Iskandar dah besar la Tokwan. no need to wear mittens anymore.

kuku baby ni cepat grow kan? rasa macam baru sangat² potong pendek kuku Iskandar.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

yeay! hari ini hari raya

hok oloh, mak budak ni. excited bebenor. hahaha...Mommy tolong excited-kan untuk Iskandar. kami berada di rumah Aki saya di Janda Baik. siapa yang ada kat Janda Baik sekarang? jemputlah ke rumah. sila Google alamatnya. hehehe

di kesempatan ini, saya & keluarga ingin mengucapkan:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
maaf zahir & batin

minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki atas segala salah silap, terkasar bahasa, terkeji terkata, termasam muka terdengki terbusuk hati
minta halal makan minum yang terambil terberi
moga Ramadhan & Aidilfitri kali ini bukan yang terakhir untuk kita semua

raya elok². drive hati². senyum selalu!

Story of His Solid Food

hi sweetie

saya agak excited bila Iskandar nak masuk 6m. meaning, Iskandar akan mula makan. akan makan apa yang Mommy makan. kalau Mommy makan KFC, Iskandar akan makan KFC. if Pizza, Iskandar pun makan Pizza. tapi kena blend halus la. agagagaga

kidding! all those thing tak sesuai untuk baby OK. dah tentu saya nak bagi makanan berkhasiat untuk si kenit saya tu. so apa lagi. aktiviti Google-ing segala info pun dilancarkan.

artikel dari SaraKids, mommies seeloknya introduce puree buah-buahan sebagai 1st solid food untuk baby. refer juga artikel² yang la in. they talked about same things. terus saya decided, Iskandar akan makan puree buah dulu baru bubur nasi.

1st puree buah yang saya buat adalah betik. pertama kali Iskandar makan, adalah dalam 5-10 sudu. OK la tu. yang penting saya prepared & feed him. saya cuba lagi bagi puree betik for 2nd time. kali ni agak banyak & kesannya, Iskandar cirit-birit! hahaha

we refer to pediatrician. paed said Iskandar bukan sakit perut or else. perut dia ala² sedang mengalami perubahan. kira macam terkejut. ihiksss...worst part is, bon² Iskandar naik rashes teruk sangat. merah² macam melecet & Iskandar akan menangis setiap kali saya cuci yak² dia. Mommy ikut menangis sama tau!


saya plan nak stop dulu bagi solid food until Iskandar recover from cirit-birit. just give him FM & cerelac yang dibancuh cair sedikit. but, Tok was prepared bubur nasi combined with potato & carrot & ikan bilis. Tok suruh saya blend saja. huwaaaaaaaa...hancus harapan saya nak prepared sendiri his 1st meal. takpe la. redha gitu. Tok nak sediakan untuk cucu 1st dia. malas nak cakap banyak, nanti Tok merajuk. ngeeeeeee tu pun dah ala² merajuk bila saya cakap no need to put salt or sugar into his food. Mak cakap, tak payah nak ikut sangat segala tips or advise yang ada tu. erk!

surprisingly, Iskandar makan hingga habis bubur nasi tu. rashes & cirit-birit Iskandar also gone. alhamdullillah Iskandar takde mengalami masalah nak yak² pun lepas makan. system digestion works normally. ihikssss

saya asyik terlupa nak snap pic Iskandar makan, pic solid food dia. will snap it after this. selain dari bubur nasi with carrot, potato & ikan bilis, Iskandar dah tried bubur nasi with bayam & ikan bilis. Iskandar lebih suka menu bubur nasi with carrot, potato & ikan bilis dari menu yang lagi satu. saya nak pelbagaikan menu after this. excited!

nah saya bagi link yang banyak bagi info berguna berkaitan 1st solid food for our little one:
[1] Checklist to feed our baby here
[2] Introducing solid food here
[3] Baby Food here
[4] First Solid Food here

mind to share with me your experience in preparing 1st solid food to your little one?

Baby-led Weaning

holla!

this week entry will be more about my little one, Harith Iskandar Umar. thttp://www.blogger.com/img/blank.gifengah search additional info tentang solid food for 6m baby, saya terjumpa info menarik. kita share sama² ye untuk manfaat kita semua.



Baby-led weaning (often also referred to as BLW) is a method of gradually weaning a baby from a milk diet onto solid foods. It allows a baby to control his solid food intake by self-feeding from the very beginning of the weaning process.

banyak lagi website yang discuss tentang method ni. antara yang saya suka baca; #1 dan #2. boleh juga masuk website ini.

we are trying to give the best to our precious one.

Iskandar & His Sleeping Time

hi dearie

saya paling suka snap picca Iskandar time dia tidur. muka dia nampak so innocent. ahahaha sejuk hati tengok muka Iskandar masa tidur.


teman tidur, si Monkey

L-Sofa Story

hi sweetie

at last, sofa L-shaped kami safely arrived our little crib. tu pun setelah bermacam² amukan kami pada kedai. I will not recommended this furniture store - Yana Furniture - pada kawan². service amat amat amat ampeh!! kedai lain boleh deliver barang 2,3 hari lepas order. tapi, barang saya almost a month baru sampai. tu pun lepas ugut nak ambil duit semula. grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr




ceritanya kesinambungan kisah ini. masa kedai hantar bedroom set, kami dah agreed yang mereka akan hantar sofa after raya. before kami balik KL, just give them a call to remind them about it. OK. Ahad (4Sept2011), saya call kedai dari kampung. mereka cakap, sofa tak sampai lagi dari kilang. sebab kilang cuti raya 1 week. baiklah! Isnin saya call lagi. masih tak sampai dari kilang lagi. OK, saya sabar lagi. Selasa saya saja² call. they said that my sofa already at their store. petang boleh hantar ke rumah. am happy! bergegaslah saya & Hubby Sayang bersiap² & drive back to Ampang. till 5pm, masih tak terima sebarang call dari kedai. saya dah mula hangin. bertambah hangin bila tengok order slip customer di kedai lain. they can deliver the sofa within 3,4 days. wth! saya & Hubby Sayang cannot sabar dah. kami terus ke kedai itu. boleh mereka bagi alasan takde lori nak hantar. driver balik kampung, blablabla.. hey! that's not my problem. saya dah call dari pagi. kenapa tak usaha cari lori untuk hantar sofa tu????? memang teruk tau mereka ni. haish! around 7pm, we decided nak ambil semula duit kami. OTW to there, they called said lorry was available. heh! ada plak lori tu tetiba. agagaggagagaga

nak business tu boleh, tapi jagalah sikit hati customer. apa daaaaaaaaaaaaa. one more info, staff kedai ni macam orang luar. dunno la mamak ke, India ke, Pakistani ke. bila saya dah marah² tu, ada seorang staff dia yang agak chubby agak kurang ajar. jawab phone pun cepat² je dia cut-off. haish!

kalau saya ada lori, saya angkut sendiri sofa tu tau!

4 Action

hi all


golek ke kiri tapi dihalang oleh kusyen Opah


muka kepelikan


dah start dah...


tidur dah


macam tu la Iskandar sejak dah pandai bergolek ni. lasak betul anak bujang Mommy. pasni bila dah merangkak, habis 1 rumah Tok & Opah Iskandar jelajah. hehehehe

He's Turns 6months

hi dearie

my little hero, angel of my heart turns 6month last week. alhamdullillah, Iskandar membesar dengan sihatnya & dengan jayanya. Iskandar anak yang aktif - kuat melompat bila kita dirikan. Iskandar juga anak yang bijak - seolah memahami apa yang orang sekeliling cakap dengan dia. Iskandar juga anak yang manja - semua orang manjakan dia. ihikssss


Mommy being excited nak prepared solid food untuk Iskandar. hari tu, Mommy dah buatkan puree betik. even tak sampai 5 sudu Iskandar makan, tapi Mommy happy! sebab Iskandar makan dari hasil air tangan Mommy. lepas tu Mommy try bagi biskut Rusk perisa oren. Iskandar macam kureng je ngan biskut tu. nanti Mommy buat puree buah lagi yer sayang.

sekarang, Mommy tengah nak list down menu menarik untuk Iskandar. seboleh mungkin, Mommy nak jaga pemakanan Iskandar dari sekarang. makan when it's time. hanya makan yang berkhasiat sahaja.

ouh my God, really miss him right now!

Adik Comel...Kakak Mok

hello peeps!

hari ni nak share video my cousin yang super cute! geram saya tengok dia. dengan gaya cakap & lenggok badan tu. ihikssss


saya record video ni masa 1st raya tempohari. masa tu tengah makan kerepek ke apa ntah. lupa! Iskandar pula tengah tidur. kami pun dok melayan Umaira & Afan.

p/s: abaikan suara² lemak merdu yang melatari video ini. ngeeeeeeeeeeeeee

Cerita Aidilfitri 2011

morning dearie

sudah 14 Syawal hari ni. hari ni baru dapat buat entry baru. lama tau saya cuti raya tahun ni. from 28/8 till 7/9. hahaha memang raya sakan. tambahan pula 1st time beraya dengan Iskandar. happening sangat!

tahun ni beraya rumah kampung saya dahulu. i'm very lucky sebab 2 tahun berturut² beraya side saya dahulu. ihiksss...1st raya di Janda Baik, kampung Ayah. petang raya balik ke Slim River. Raya ke-2 baru pulang ke Sg Lampam, kampung Hubby. kami stay di Sg Lampam 4 malam. saja nak berehat lama di kampung Hubby.


my little family in purple


Papa & Iskandar


Mommy & Iskandar


hero kenit


bersampin till petang tau


big family of Aki with 4/10 of his children


1st cucu TokWan


kesayangan Tok


Moyang with his 1st cicit


menantu & Ayah mertua


raya tahun ni awesome! dapat kenalkan Iskandar pada saudara-mara. seronok collect-kan duit raya untuk Iskandar. Iskandar pun sporting je time beraya. semua orang nak dukung dia. dia pun OK je. tak menangis tak meragam. siap gelak² & main² lagi. alhamdullillah, Iskandar tak takut orang.

Mommy akan simpan baju Melayu & songkok Iskandar. 1st baju Melayu & songkok. kenangan woooo ngan anak pertama. ngeeeeeeeeee sentimental value is there.

raya tahun ni takde langsung snap picca lauk² raya. hahaha camera full with photo Iskandar. tak teringat langsung. alaaa, menu macam biasa je. lemang, rendang ayam or daging, ketupat, ketupat palas, lontong & kuah kacang. wajib ada & surprisingly, saya makan lemang dengan jayanya. makin membolat laaa saya nanti.

siapa ada buat open house? cepat jemput saya!

Lebai Kenit

happy Saturday!

just wanna share my Lebai Kenit. hahaha






semoga Iskandar menjadi anak yang soleh yang sentiasa patuh & taat pada suruhanNYA...amin

Bedroom Set

holla!

dah hari ke-4 kita beraya. dah habis round kawasan? rumah saudara-mara dah habis dijenguk? saya & my little family sekarang berada di kampung Hubby Sayang. ramainya orang. meriah!

ouh ye, nak cerita progress our little crib. Jumaat lepas, bedroom set dah selamat tiba. supposedly ia datang sekali dengan sofa tapi kilang belum siapkan sofa kami. too many order during Raya. to avoid perkara tak diingini di kemudian hari such as sofa tak disiapkan sesempurnanya, kami decide sofa dihantar after raya. tak kisah lewat sedikit janji sofa kami takde cacat cela.


tilam pemberian Mak & almari baju Iskandar. frame ayat hadiah masa kahwin


almari & dressing table + lampu Ikea


nampak tak betapa tinggi rumah kami dari tingkap tu


Hubby Sayang seorang yang pergi ke rumah tinggi kami masa orang furniture datang hantar bedroom set. saya & Iskandar dok diam² di rumah Cempaka. kami berdua pilih bedroom set yang simple sahaja. janji kami bertiga selesa & boleh tidur lena. agagagagga

tak sabar nak masuk rumah tinggi!

Bergolek

hi sweetie

hari ni hari raya ke-3. kawan² dah beraya ke mana? banyak makan lemang, ketupat, dodol & kuih raya? phew....jangan naik balik berat badan plak yer. ihiksss...peringatan untuk semua & juga untuk diri sendiri juga.

cuti hari raya ni, saya penuhkan entry dengan cerita pasal buah hati pengarang jantung saya tu. ada 1 malam dalam bulan puasa lepas, Hubby Sayang letakkan Iskandar bawah play-gym dia. hadiah sempena kelahiran Iskandar dari office. thanks a lot!








pada awalnya, Iskandar ralit tengok mainan yang tergantung tu. so, both of us biarkan dia main diam². bila kami tengok dia semula, dia dah bergolek keluar dari play-gym dia tu. lagi selesa berbaring atas tilam Tok dari baring dalam play-gym tu agaknya.

sejak dah pandai bergolek ni, habis merata dia jelajah. ada 1 Subuh tu, Papa cerita Iskandar dah bergolek ke bawah kerusi Opah. ada 1 kes plak, Iskandar bergolek depan pintu toilet. hahahaha

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009