Berita Utama

holla!

hari ni entry ringkas. nak share ragam Iskandar tiap kali TV tayangkan berita. paling ketara bila time berita utama pukul 8pm tu.


bagus anak Mommy ni. suka tengok berita. sampai terteleng² kepala tu. ihiksss

Last Day of Ramadhan 1432

happy Monday!

insyaALLAh, esok kita semua akan beraya. ramai dah selamat sampai kampung halaman. alhamdullillah. saya akan pulang ke kampung petang nanti. balik ke kampung Ayah di Janda Baik dulu. 1st time Iskandar & Papa beraya sana. ihikssss

hari ni nak share video Iskandar masa dia umur 3 bulan. time mula pandai berborak.


gelap sikit & abaikan suara latar yang mengantuk itu

suara Tok tu wat pengubat rindu bila Iskandar balik duduk Ampang. Iskandar akan tercari² Tok sebab dengar suara tapi orangnya takde. ngeeeee

footnote: time ni baru balik dari klinik

Zakat Fitrah

alhamdullillah!

Papa dah selesaikan tanggungjawab beliau Jumaat lepas. tahun ni, Papa bayar zakat untuk Mommy & Iskandar. last year Iskandar masih dalam peyut Mommy. ngeeee


settle cepat² tak yah pening² kepala dah. kawan² dah selesai bayar zakat fitrah?

1st Iftar with Iskandar

hello sweetie

Ramadhan this year was my 1st Ramadhan as Mommy to my little hero & 2nd Ramadhan as wifey to Hubby Sayang. takde apa yang special sangat except adanya Iskandar. dari berbuka berdua saja, tahun ni berbuka bertiga. ngeeee...

dah nak habis Ramadhan baru nak share cerita 1st time iftar dengan si kenit. 1st time iftar with Iskandar & Papa at Johnny's Restaurant, Jusco AU2. masa tu kami on the way back from PA to Cempaka. teringin nak makan steamboat. nasib AU2 ada Johnny's. sambil tunggu masa berbuka, boleh jalan² cuci mata.

Iskandar very behave masa kat Jusco. duduk diam² dalam stroller. bila tiba time berbuka, dia tidur. bagi chance pada Mommy & Papa berbuka dengan relax. good boy!


dapur Johnny's


tidur lena


Papa Sayang


stroller meriah with all his toys


ni je yang sempat di-snap. yang lain luper

ingat nak makan steamboat lagi. can we Papa????

Brrrrrrrrr Laju²


Iskandar dah dapat skill baru. brrrrr kuat² & laju² till menyembur air liur. pastu anak Mommy jadi amat comot.

footnote: Papa record time ni masa Mommy gi work

Happy Birthday Papa

Happy birthday Papa!

Mommy & Iskandar will love you till our last breath.


semoga Papa sentiasa dirahmati & diberkati ALLAH swt
semoga Papa dikurniakan kesihatan yang baik supaya sihat & gagah untuk menjaga kami berdua
semoaga Papa dipanjangkan usia supaya Iskandar sempat membalas segala jasa Papa
semoga Papa dimurahkan rezeki supaya Mommy & Iskandar boleh beli baju baru selalu :p~
semoga semua impian Papa terlaksana

3 orang tersayang sambut birthday bulan Ogos. hadiah! hadiah! hadiah!

Raya Checklist

gedix okeh sampai nak buat checklist untuk raya.

Papa

[1] Baju Melayu - settled!
[2] Butang baju Melayu - settled! guna yang masa kahwin punya
[3] Songkok - settled! guna yang masa kahwin punya
[4] Baju jalan² - settled!
[5] Jeans - settled!
[6] Kasut - settled! Papa dah ada banyak kasut

Mommy

[1] Baju kurung - settled!
[2] Tudung
[3] Kasut - dah beli 1 pasang
[4] Baju jalan² - dah ada 1 helai
[5] Jeans

Iskandar

[1] Baju Melayu - settled!


[2] Songkok - settled!

[3] Baju jalan² - settled!
[4] Seluar jalan² - settled!
[5] Kasut
[6] Stoking

p/s: apa lagi yang patut saya beli ye

Iftar at Panorama Restaurant

hi dearie

sedar tak sedar, kita dah nak habis puasa. rasa macam baru semalam kita start 1 Ramadhan. cepatnya masa berlalu.

as usual, dah hujung² puasa ni, mulalah plan untuk berbuka beramai² bersama kawan². semalam, saya berbuka sama² kawan office. ihiksss...nak decide tempat punyalah payah. siap buat list tempat berbuka yang menarik. sampaikan Ali Maju Restoren pun masuk dalam list. hahaha...at last, Diela pilih & booked tempat di Panorama Restaurant. berbuka puasa dengan menikmati view KL, cantik bangat! the best part was all of us able to come for iftar. syok!

kalau tanya saya, saya memang fail sikit bab membuat penilaian. for me is OK as long as halal & perut boleh terima. the price really affordable. tak sia² Diela pilih tempat cantik ni. suka dengan view waktu malam. luckily, KL amat cerah malam tu.

so, macam biasalah. aktiviti snap sana sini secara sukati. ahahahahaha


the logo


number for reservation


with budak kenit. semput Mommy dukung Iskandar ke atas


Papa


all of us


lena Iskandar dalam pangkuan uncle D


agak luas tapi tak berapa ramai orang time tu


KL view


time ni dah mula sejuk


Nasi Goreng Seafood Cendawan


makan taim


my little family


tumpuan utama majlis


my angel


muka boring sebab kena duduk dalam stroller while Mommy & Papa ate

kat atas tu agak sejuk. if bring along your child, better standby sweater or blanket. kesian budak kecik kesejukan nanti.

Refrigerator & Washing Machine

hello sweetie

semalam hari yang agak memenatkan for my little family especially for my hero kenit. kami keluar dari tengahari & terus terjah kedai elektrik semata² nak cari fridge & washing machine. necessary stuffs for our little crib, at least for me. ihiksss...

Iskandar amat behave semasa di kedai. just merengek minta susu sahaja. yang selebihnya, Iskandar duduk diam² sambil mendengar SA tu bagi explanation about which fridge & washing machine is better.


Iskandar kusyuk memberi tumpuan

lastly, both of us choose 350 Litres Hybrid Plasma Deodorizer, 2 door refrigerator & 7.0kg Circular Air Intake, fully automatic washing machine.

features can be read here


overview can be read here

yeay! insyaALLAH by lunch time, shop will send the items to our little crib.

Happy Birthday Tok

Happy birthday Tok!!

Iskandar doakan Tok dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yang baik. Iskandar sayang Tok. terima kasih Tok sebab jaga Iskandar dari Iskandar kenit sampai Iskandar molat.

Iskandar, Mommy, Papa, Tokwan, Mak Ngah, Pokcik & Mak Chu SAYANG Tok sangat². nanti Iskandar balik PA main² dengan Tok yer.


Iskandar with Tok


Iskandar suka tidur atas riba Tok

muahhhhhh Tok banyak²!!!

His First Shoe

dearie

to be honest, I'm really excited since I have my own child. excited sangat bila beli barang² Iskandar. tak kisah apa² barang pun. even nak beli nail clipper. hahaha betul kata orang. anak sulung ni memang over excited. kawan² ada macam saya tak?

Papa belikan kasut untuk Iskandar last week, 6 day before Iskandar turns 5 month. ihikss...Papa yang pilih. cantik tak?


color yellow yang kadang² nampak lite green




cinonet je bila letak atas tapak tangan

so sekarang, mana² pergi Iskandar mesti pakai kasut tau Sayang...

abaikan time-stamp kat picca tu. baru reset setting digicam

63 Petua

share another petua or some kind of advise I guess for hubby/wifey out there (for me as well). taken from here

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih & sayang 2 insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah & mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi & keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan & pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka; boleh tegur-menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi; tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai & memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati & mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat & diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang & anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. 7 kali puji & 1 teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau & bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku; sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat; bangun tidur, pergi kerja, balik kerja & sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan & ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal & ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan & pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan & pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Elok diamalkan petua ini. semoga rumahtangga kita semua aman damai kekal bahagia hingga akhir hayat. amin...

Iftar at Serai Thai Restaurant

morning darlings

how's your weekend? lepak² rumah sahaja or keluar² shopping baju raya? weekend saya as usual. working at night shift & went out with both hero for shopping. yeay!!! terlebih excited sebab first time beraya bersama Iskandar.

dalam sibuk kerja & shopping raya untuk my little family, saya & adik² sempat plan untuk berbuka puasa bersama² sempena celebrate birthday our parent. bukan selalu kami dapat berkumpul bersama². so, we decided yesterday & we choose Serai Thai Restaurant. we also invited Pakteh's family. meriah betul bila makan ramai² sesekali. kawan² semua sila tingkatkan tahap kesabaran kerana entry ini banyak picca makanan yang sungguh yummeh!


front view


the address


birthday boy & girl


Pakteh's family


our menu

no birthday cake for Mak & Ayah. mereka tak suka makanan manis. kalau ada pun, yang perabihkan adalah kami. the present is OTW. still finalizing which one should we give to both of them. from Hubby Sayang & me, our big present of course Harith Iskandar Umar.

special gift for Tokwan & Tok

Mak betul² risau sebab makanan yang Hubby Sayang & me order adalah banyak. Mak takut tak habis & dia dah planned takmo masak untuk sahur. just tapau lauk yang tak habis. end up, Mak kena masak juga untuk sahur sebab semuanya licin dimakan! ngeeeeeeeeeee

kerabu mangga


ayam special Thai


buttered prawn


siakap stim & siakap 3 rasa


ngap taim!


menjeling siapa tu Sayang?


kusyuk makan sampai tak sedar picca di-snap


clear semuanya

amat berpuas hati dengan service & layanan staff mereka. tiptop! orang kata butter prawn is the best but agak kecewa sebab udang tak fresh sangat & tak besar gomok². kalau tak, sure teringat². ihiksss...the price? not to mention here. tapi, tak ternilai dengan kasih sayang Mak & Ayah untuk kami selama ini.

tak sabar nak tunggu raya & berkumpul beramai². cepatlah raya!!!

Pesanan Buat Suami

nice artikel. saya tuju khas buat semua para suami diluar sana (tak terkecuali Hubby Sayang). copy paste sahaja dari sini

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama² terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas². Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik & canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cuci kencing & berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax² sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak & sebagainya. Berbulu mata & sayu hati isteri bila isteri tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong & ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu. kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah isteri memasak yang best² dan mengemas rumah cantik². Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak & isteri cuma masak mee maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sesekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah & bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking saja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. erbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa & saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris². Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya & kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati & perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

renungkanlah & selamat beramal!

Tunggu Mak Di Syurga Ya..

hello dearie

pagi² Ahad ni tengah syok blog-walking, saya terbaca entry yang berjaya buat airmata bergenangan. seriously, naluri sebagai seorang ibu bagai dapat merasai apa yang telah dilalui. terus terkenangkan Iskandar di rumah. tak sabar nak hug & kiss Iskandar.

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terakhir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati.
Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskan air buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.
"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang."Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"Akhirnya, wajah abang 'ditutup'.
Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana .
Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?
Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu.
Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi.
Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.
Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.
26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.
7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan.
Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.
13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa hari ni?"Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.
Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu."Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.Begitulah seterusnya.
Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak pergi,semuanya mak tunaikan!
Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.
Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!
27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital."Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.
5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang."Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilan tak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.
7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.
8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu.Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.Dalam tangis itu, mak katakan pada abang:
"Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi."Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia
9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu.
Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai. Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.
Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan."Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak."Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?"Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap."Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.
"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.
"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!
"Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.
"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!
"Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.
"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...
Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang:
"Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!" Abang, sekarang mak dah dapat jawapanya.
Mengapa mak tidak menangis?
Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.
Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.
Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang.
Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.
Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.
Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang.
Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.
Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

copy paste from here


takziah buat keluarga arwah adik Iqbal Fahreen Hamdan. ada lagi kisah lain. boleh baca di sini

one more, takziah pada Kak Amie sekeluarga atas kehilangan puteri kedua, arwah Damia Aisyah. semoga puteri akak tenang berada di sana.

al-fatihah untuk mereka yang telah pergi. pada kita yang masih hidup ini, hargailah yang masih ada. saya sebagai seorang Mommy tak dapat nak bayangkan bagaimana keadaan saya jika saya kehilangan orang yang saya sayang & cintai.

Hard Rock Baby

hello dearie

sebenarnya entry ni patut up lama dulu. saya yang asyik bertangguh. ditambah dengan kemalasan nak meng-hapdet lovely blog. huhuhuhu

this entry dedicated to dD. big thanks to dD sebab hadiahkan Iskandar baju cute dari Hard Rock Jakarta.


phew! Mommy pun takde baju Hard Rock tau. entry about this ada kat link ini

Uncle D, baju raya untuk Iskandar Umar takde ke? ihikssss

Happy Birthday Ayah

just a short entry dedicated to beloved Father


hari ini, 12-Ogos-2011 Ayah menyambut penambahan usia lagi. Along & adik² serta menantu & cucu tersayang doakan Ayah sentiasa dirahmati & diberkati oleh ALLAH swt setiap masa & juga dipanjangkan usia serta dimurahkan rezeki.

we all love you so much!

last year hadiahkan seorang menantu, this year Along hadiahkan seorang cucu

Bila Tidur Meniarap

hye dearie

saya suka tiarapkan Iskandar semasa tidur. saya tengok, bila dia tidur meniarap, tidur dia lebih lena & lama. Iskandar juga bernafas lebih selesa & takda bunyi² halus.

tapi, bila lama² tidur meniarap, Iskandar mula berposisi seperti dalam picca bawah ni...




gaya tidur paling lena bila Iskandar meniarap.... macam² gaya anak Mommy ni.

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009