60 Day With Him

our little Iskandar already 60 days today. cepat betul masa berlalu. Mommy pun dah back to work for almost 2 weeks. 1st day datang kerja, saya memang rindu sangat pada Iskandar. every hours texted my younger sister asking about Iskandar. to be honest, i cried at office. hahaha nasib kerja seorang diri masa tu. if not, buat malu je!

saya belajar banyak perkara sepanjang 60 hari bersama Iskandar. banyak perkara baru every day yang saya kena tahu mengenai Iskandar. dia juga masih belajar membiasakan diri with this real world. he sleep most of the time. awake if he hungry or yak²/ceng². my little baby ni pembersih orangnya. nak kena cepat² ganti diaper dia. if not, kuatlah dia melalak. agak tak penyabar bila dia nak menyusu. lambat sikit, menangis sampai hilang suara. naik risau saya sebab dia menangis macam dia kesakitan. fuh!

Iskandar suka mandi. if before masuk bath-tub dia menangis beriya², after put him inside, automatically he stop crying. hahaha notty!! baringkan pakai baju, suka sangat pancut Tok or Mommy. almost everyday kena basuh towel. susu kena standby awal² sebab sometime, tak sempat nak berbaju dia dah menangis nak susu. sampai 3 orang kena hadap dia time nak berbaju; sorang bagi susu, sorang pakaikan diaper, seluar or sewaktunya & lagi sorang pakaikan mittens or pujuk² dia.

part tidur pula, Iskandar can easily fall asleep if he direct BF with me. letakkan atas tilam, kejap saja lelapnya. cukuplah sekadar hilangkan mengantuk. lagi satu, dia memang suka dikendong sambil tepuk² montot. dia suka berkepit, maybe dia rasa selesa & selamat with that. nasib baik dia tak cerewet dengan orang. siapa saja yang rajin dukung & kepit dia like that, memang dia akan lena. tapi, bila dialihkan ke tilam dia, sure terjaga & mata bulat terus pandang kami. hahaha...dia tahu trick kami agaknya. that's why Tokwan belikan buai. hope he will sleep much more longer. yeah, it's really work. ingat lagi masa 1st time dia dimasukkan ke dalam buaian. mata dia bulat tengok. mungkin nak kenal tempat apakah itu. then, he slowly sleep. amat² lena & Mommy senang tengok dia tidur lena. mungkin keadaan dalam buaian yang agak terkepit buat dia rasa selesa. sama macam dikepit oleh tangan² kami kot. malam pula, bila saya balik dari kerja & ambil dia dari Tok, dia akan teruskan tidur macam biasa. tak perlu buaian. cukup sekadar saya bagi BF & tepuk² sikit. tidur till Subuh. alhamdullillah, Iskandar tak cerewet untuk tidur malam hari. siang perlukan buaian untuk dia lena till satu tahap tak boleh stop henjut, mulalah dia merengek² dalam buaian tu.

Iskandar tahu biasakan diri dengan situasi. he's really smart baby. while I'm working, he can stay with Tok & his aunt. just when im around, he being so manja. nak berkepit dengan Mommy je. kalau saya suapkan botol, dia tak mahu. he want to direct BF with me. hehe dia tahu bila masa mahu bermanja dengan Mommy. bila dia stay berdua saja dengan saya, dia tak banyak ragam. dia boleh tidur selena²nya which give me time to settle my work or rest. bila saya balik kerja sampai lewat malam, dia tak banyak berjaga malam. dia just menyusu once then sleep until Subuh. betul² before azan Subuh dia akan bangun sekali untuk menyusu then tidur semula around 7am till 8am sebab 8am is his bath time.

time bf plak, dia tak suka orang banyak bersembang. marah if Mommy juga bersembang or tengok TV. dia nak Mommy bercakap dengan dia & tengok dia saja sambil susukan dia. ouh my little honeybunny! Papa cakap Iskandar anak manja. yes he is! si manja kesayangan Mommy & Papa.

so in love with him. walau penat macam mana pun, walau mengantuk sampai tahap tak boleh nak buka mata, walau marah sampai rasa nak pelempang orang...semua tu hilang bila tengok Iskandar. wajah yang amat menenangkan hati Mommy.

0 Comments:

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009