Mommy Panda!

betul kata orang...bila dah beranak kecil ni, banyak perkara kena korbankan. masa, tenaga, wang dan macam² lagilah. kalau dulu akan pastikan masa tido cukup 8jam, sekarang kalau dapat more than 4jam dah kira beruntunglah.

cakap pasal tido, baru 2mlm ini Iskandar tido malam. dekat 10hari, Iskandar berjaga malam. huwaaaaaaaa...mata Mommy dah berupa mata panda. saya balik rumah around 1am. normally dia tengah menyusu dengan Tok or Tok tengah nak tidokan dia. Iskandar is smart boy. dia macam tau² je Mommy & Papa dah balik rumah. if tak cepat² amik dia, kami akan dengar la dia melalak. agagaga

bila dah amik dia, dia bukan nak tido. dia nak main² & berborak. haaa...part ni Mommy bagi pada Papa untuk melayan. time dia main² ngan Papa, Mommy tido. then, bila Papa plak nak tido, Mommy plak take over. itulah rutin kami every night since Iskandar berjaga malam. last night dia berjaga malam, Mommy hanya dapat tido less than 3hour!


main sama Papa


mata molat takmo tido

now Iskandar dah tido malam. before tido, dia main² & borak² dulu. riuh gak mulut dia bercerita aktiviti harian. ngeeee then bagi susu baru dia tido. one thing yang saya notice, bila dia tengah tido either dalam buai or atas riba or atas tilam, tak boleh diangkat. sure dia terjaga. kalau diaper dah full pun dia takmo tido. geli agaknya.

ramai kawan² berpesan pada saya supaya bersabar. sekarang masih time dia untuk belajar & adjusting. memang akan ada ketika dia tido siang sahaja, malam berjaga. ada masa nanti dia akan banyak berjaga dari tido. bila sampai waktu nanti, dia akan tahu mana time tido mana time berjaga.

pada saya, semua ini pelajaran baru & paling menarik dalam hidup saya. tak semua merasa menjadi parent. if possible, saya takmo missed setiap detik bersama Iskandar...

Baby Convo!


muka penuh bangga & semangat dalam pangkuan Tok


alamak, nak terjatuh plak topi besar ni

congratulation to Mak Ngah sebab berjaya menggenggam segulung ijazah. Iskandar tumpang happy & menyelit dalam picca convo Mak Ngah. hehehe

Lacey Umbrella

dikesempatan ini saya nak minta maaf sangat² pada para bride2be yang ada email or leave message di FB saya bertanyakan mengenai lacey umbrella ni tempohari. ada yang dapat saya reply, ada yang tidak. maaf sangat² yer.

saya hanya sewakan payung, tidak menjual. saya ada color off-white & peach. untuk color yang lain, ia bergantung pada permintaan.

kepada sesiapa yang berminat nak sewa, details as below:

Rental fee: RM30
Security Deposit: RM50
Duration: 1 week dari hari ambil
Tempat Ambil/Hantar: Ampang (Tesco Ampang / Ampang Point)

Boleh hubungi saya thru email relyza1410@gmail.com OR my FB. insyaALLAH, setiap email/message akan di-reply.
(price has been revise)

nak tengok pic, sila ke sini yer.

60 Day With Him

our little Iskandar already 60 days today. cepat betul masa berlalu. Mommy pun dah back to work for almost 2 weeks. 1st day datang kerja, saya memang rindu sangat pada Iskandar. every hours texted my younger sister asking about Iskandar. to be honest, i cried at office. hahaha nasib kerja seorang diri masa tu. if not, buat malu je!

saya belajar banyak perkara sepanjang 60 hari bersama Iskandar. banyak perkara baru every day yang saya kena tahu mengenai Iskandar. dia juga masih belajar membiasakan diri with this real world. he sleep most of the time. awake if he hungry or yak²/ceng². my little baby ni pembersih orangnya. nak kena cepat² ganti diaper dia. if not, kuatlah dia melalak. agak tak penyabar bila dia nak menyusu. lambat sikit, menangis sampai hilang suara. naik risau saya sebab dia menangis macam dia kesakitan. fuh!

Iskandar suka mandi. if before masuk bath-tub dia menangis beriya², after put him inside, automatically he stop crying. hahaha notty!! baringkan pakai baju, suka sangat pancut Tok or Mommy. almost everyday kena basuh towel. susu kena standby awal² sebab sometime, tak sempat nak berbaju dia dah menangis nak susu. sampai 3 orang kena hadap dia time nak berbaju; sorang bagi susu, sorang pakaikan diaper, seluar or sewaktunya & lagi sorang pakaikan mittens or pujuk² dia.

part tidur pula, Iskandar can easily fall asleep if he direct BF with me. letakkan atas tilam, kejap saja lelapnya. cukuplah sekadar hilangkan mengantuk. lagi satu, dia memang suka dikendong sambil tepuk² montot. dia suka berkepit, maybe dia rasa selesa & selamat with that. nasib baik dia tak cerewet dengan orang. siapa saja yang rajin dukung & kepit dia like that, memang dia akan lena. tapi, bila dialihkan ke tilam dia, sure terjaga & mata bulat terus pandang kami. hahaha...dia tahu trick kami agaknya. that's why Tokwan belikan buai. hope he will sleep much more longer. yeah, it's really work. ingat lagi masa 1st time dia dimasukkan ke dalam buaian. mata dia bulat tengok. mungkin nak kenal tempat apakah itu. then, he slowly sleep. amat² lena & Mommy senang tengok dia tidur lena. mungkin keadaan dalam buaian yang agak terkepit buat dia rasa selesa. sama macam dikepit oleh tangan² kami kot. malam pula, bila saya balik dari kerja & ambil dia dari Tok, dia akan teruskan tidur macam biasa. tak perlu buaian. cukup sekadar saya bagi BF & tepuk² sikit. tidur till Subuh. alhamdullillah, Iskandar tak cerewet untuk tidur malam hari. siang perlukan buaian untuk dia lena till satu tahap tak boleh stop henjut, mulalah dia merengek² dalam buaian tu.

Iskandar tahu biasakan diri dengan situasi. he's really smart baby. while I'm working, he can stay with Tok & his aunt. just when im around, he being so manja. nak berkepit dengan Mommy je. kalau saya suapkan botol, dia tak mahu. he want to direct BF with me. hehe dia tahu bila masa mahu bermanja dengan Mommy. bila dia stay berdua saja dengan saya, dia tak banyak ragam. dia boleh tidur selena²nya which give me time to settle my work or rest. bila saya balik kerja sampai lewat malam, dia tak banyak berjaga malam. dia just menyusu once then sleep until Subuh. betul² before azan Subuh dia akan bangun sekali untuk menyusu then tidur semula around 7am till 8am sebab 8am is his bath time.

time bf plak, dia tak suka orang banyak bersembang. marah if Mommy juga bersembang or tengok TV. dia nak Mommy bercakap dengan dia & tengok dia saja sambil susukan dia. ouh my little honeybunny! Papa cakap Iskandar anak manja. yes he is! si manja kesayangan Mommy & Papa.

so in love with him. walau penat macam mana pun, walau mengantuk sampai tahap tak boleh nak buka mata, walau marah sampai rasa nak pelempang orang...semua tu hilang bila tengok Iskandar. wajah yang amat menenangkan hati Mommy.

Being A Mommy

almost 2 month pegang title Mommy. for the first time, saya sambut Mother's Day. selama ni sambut untuk Mak but this year as Mommy. nothing special, just a kiss from Hubby Sayang. ihiksss...

being a Mommy to our little Iskandar...

[1] tidur jangan harap cukup 8 jam. dapat tidur more than 2 hours kira dah beruntung sangat
[2] fikiran memang sentiasa pada Iskandar. Papa dah jatuh no. 2
[3] emotional...senang sangat nak menangis
[4] hilang rasa letih, penat, marah, mengantuk bila tengok wajah Iskandar
[5] surf Internet looking for baby's stuff. dah tak fikir barangan untuk diri sendiri
[6] try hard spend time sebanyak mungkin dengan Iskandar to cover masa yang terbuang ketika di tempat kerja
[7] terlebih berhati² and fussy
[8] jaga pemakanan sebab nak beri yang terbaik buat Iskandar thru my milk
[9] always try to give the best to Iskandar
[10] tak sanggup langsung nak berpisah dengan Iskandar, nanti mulalah cengeng sebab rindu dia

ikutkan, seribu macam rasa yang saya rasa sejak jadi Mommy kepada Iskandar. semuanya pengalaman indah buat saya sebagai seorang ibu. baru insaf dan sedar segala pengorbanan Mak saya selama membesarkan saya dan adik².

tak mudah menjadi seorang ibu tapi semuanya jadi mudah bila menatap wajah anak²...

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009