Tips For Mommies

ada juga sedikit sebanyak tips saya dapat selama 4 hari berada di hospital. saya mahu share dengan semua mommies² di luar sana. mana tahu boleh membantu semua sepanjang tempoh kehamilan & bersalin nanti.

[1] VE process
VE (vaginal examination) ni doc buat nak check bukaan serviks (OS). masa doc or nurse check, try to relax. jangan lawan dengan keraskan badan dan angkat montot. nanti otot² kat bawah tu keras dan doc/nurse akan claim dinding rahim kita masih tebal atau ketat. masa dimasukkan jari tu, tarik nafas dan hembus slowly. relax.

[2] Susu dan kalsium
sila minum susu sepanjang tempoh mengandung. amatlah penting untuk diri mommy dan baby. kalau mommy kurang minum, segala kalsium yang mommy ada akan diserap oleh baby. no wonders kalau mommy rasa kebas jari, sakit tulang, sakit pinggang or segala sakit berkaitan tulang. jangan nanti, gigi pecah masa tengah buat aksi 'push'. silalah minum susu or consume calcium pil dari gynae mommies.

[3] Air selusuh/air zam²/air jampi/air bunga kembang semangkuk/segala air sewaktu dengannya
sebenarnya, air² ni semua sebagai ikhtiar kita untuk memudahkan proses bersalin. jangan pula sampai kita terfikir yang air² inilah membuatkan kita senang bersalin. dah jadi lain tu. seeloknya jangan minum lagi air² ini kalau tak rasa sakit contraction. tak minum pun takpe. air ni akan buatkan kita sakit lebih kerap dan kuat tapi tak membukakan laluan. saya tengok 2,3 mommies yang ada minum air ini. kesian pun ada sebab terpaksa tanggung sakit terlalu lama sebab laluan tak buka till 4cm.
one more thing. kalau ada rendam akar fatimah, bunga kembang semangkuk or sewaktunya, sila rendam dalam bekas yang besar. dalam besen basuhan sayur pun takpe. kononya menurut kata orang² lama, kalau letak dalam bekas kecil, laluan pun terbuka kecil. sama juga dengan sesiapa yang ada minum air zam² ke air jampi ke or sewaktunya. penutup botol tu hendaklah sentiasa dibiarkan terbuka.

[4] Banyak berjalan
yang ini saya tak nafikan. before bukaan saya 3cm tempohari, saya tawaf Lowyatt. within 2 days, dari 2cm ke 3cm. so, sila banyakkan berjalan ye mommies.

[5] Ayat amalan
yang ni pesanan dan tips dari kawan² dan juga makcik saya. elok diamalkan membaca:
a - الفتاح Ya Fattah (Yang Maha Membukakan)
b - الخافض Ya Khafid (Yang Maha Merendahkan/Menjatuhkan)
c - Al-Fatihah
d - Ayatul Qursi
e - Doa zikir mudah bersalin yang saya ambil dari sini
saya amalkan ayat² ini sambil usap² perut. masa buat CTG, if saya rasa baby macam kurang gerakan, saya baca ayat a dan b, alhamdulillah baby elok bergerak² selepas itu. insyaALLAH, kita tawakal sahaja padaNYA.

[6] Timing
bila dah mula rasa sakit, sila tanda waktu mommies rasa sakit. itu lagi mudah kot dari nak ingat. masa ke hospital kelak, doc/nurse akan tanya kekerapan sakit yang mommies rasa. easiest way, sediakan buku nota kecil dan sentiasa note down masa kesakitan melanda. bila mereka tanya, serah saja notebook tu. settle!

[7] Perineal massage
ni juga antara ikhtiar yang boleh dicuba. saya agak segan nak tepek pic ia di sini. one of staff nurse di hospital yang ajar saya tentang ini. nak tahu bagaimana, sila refer artikel ini.

[8] Bantuan suami
ada orang baca ayat² untuk buat air selusuh. jika tak berkesempatan, boleh juga minta suami buat. simple dan mudah sangat². si isteri minum air basuhan tangan suami. bukan lepas hubby makan nasi, dia basuh tangan segala. air bersih laaa. tu boleh kira air selusuh juga. kita usaha sahaja. si suami boleh juga banyakkan bacaan Yassin dan solat hajat semasa di rumah. berkat doa suami orang kata.

rasanya ini sahaja tips yang saya dapat sepanjang berada di hospital. ada yang dari doc, dari nurse, dari Mak, dari Makcik, dari teman² di hospital dan juga dari kawan² yang dah selamat bersalin. kalau ada lagi yang saya baru teringat, saya update kemudian yer...

semoga semuanya berjalan lancar dan selamat. Amin...

1 Comment:

ally said...

anor, thank u for sharing this ya!

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009