Perkembangan minggu ke-37


[1] hati makin berdebar. serasa makin dekat masa untuk melahirkan
[2] hati juga tidak sabar. tak sabar nak mendakap si kecil yang selama 9 bulan++ dikandung dan setia menemani ke sana ke mari
[3] terlebih sensitif. tengok video melahirkan pun boleh menangis. Hubby Sayang tertinggi suara sikit pun dah cebik. hahaha
[4] selera melampau. semua favorite food kalau boleh nak makan before deliver. KFC settle. Kenny Rogers settle. Pizza pun settle. lepas ni nak Javachip, sate kajang, roti boom dan char kueh teow Taman Bunga Raya. hehehe sempat tak??
[5] berjalan semacam king-kong. agagaga dengan berat baby last week 3.06kg plus berat mommy, memang patut saya berjalan seperti itu. hehehe
[6] kesakitan di bahagian lower abdomen makin ketara eventho tak kerap. sekali datang, memang sakit. rasa nak gigit² Hubby Sayang. aci tak? untuk buat tahan sakit. ngeeeeee

Berat bayi anda hampir 6.5 paun / 2.8 kilogram dan panjangnya lebih kurang 20 inci / 50 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Kepala bayi anda sudah memasuki dan merangkumi kaviti pelvis anda - dikelilingi dan dilindungi oleh tulang pelvis anda. Posisi ini memberi lebih ruang kepada kaki dan punggung bayi yang semakin membesar.

Kebanyakan bayi sekarang sudah mempunyai rambut yang lebat, dan sepintal rambutnya adalah antara 1 inci / 2.5 sentimeter panjang. Sebenarnya, sesetengah bayi tidak mempunyai rambut langsung.

Bercakap tentang rambut, hampir semua bulu lanugo yang menyaluti bayi anda dari masa dia 26 minggu sudah hilang, begitu juga sebahagian besar verniks kaseosa, iaitu bahan yang putih yang membalutnya. Bayi anda akan menelan lanugo itu bersama bahan pembalut, dan sekresi-sekresi lain dan menyimpan semua ini dalam ususnya. Ini semua akan menjadi buangan najis pertama bayi, iaitu bahan kehitaman yang bergelar mekonium.


jom layan video ni. so touching!

2 Comments:

Mrs.Qarlista said...

very touchingla vid tu..termeleleh air mate tengok..



btw, take care tauuu.. :)

YaYaNsMuM said...

Hi, salam ziarah...^_^ semoga segalanya berjalan dengan lancar...mesti tak sabar nak tgk baby kan...smoga dia menjadi anak yg sihat dan cerdas,insyaallah...^_^

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009