Set Tilam

Jumaat lepas, set tilam untuk baby yang Mommy order dari BilikJahit selamat sampai. ouh, Mommy excited sangat² tau. rasa nak buka kotak tu masa tu juga.

tapi, Mommy tak dapat bawa balik rumah hari tu. sebab Mommy kena ke iPerintis buat kerja. nasib baik office mate Mommy offer diri nak hantarkan kotak ke kedai Papa. besar betul box tu. penuh terus seat belakang kereta kawan Mommy.

lepas Papa habis kerja, cepat² balik rumah. Papa angkat box & letak dalam bilik. kerja Mommy plak, membuka box tu. macam budak kecil yang dapat hadiah birthday. ngeeeeeeee

seriously, Mommy puas hati sangat² dengan hasil kerja tangan BilikJahit. berbaloi Mommy beli kain dari Fabric Fanatics. tilam ia amat tebal & baby tak mungkin tenggelam macam Uncle baby masa kecik² dulu. ihikssss.... sedap tidur atas tilam kekabu. selain set tilam, Mommy juga tempah barut untuk baby dari BilikJahit. Mommy dah malas nak fikir siapa nak buatkan. sekali harung satu tempat jek. Mommy requested pada BilikJahit supaya buat barut dengan size yang berbeza. BilikJahit buatkan barut bersize 4.5"x18" untuk 3 keping dan 6"x18" untuk 7 keping. baby kan cepat membesar. nanti cepat sangat tak muat pakai barut yang ada.






Mommy tak sempat nak snap picca barut baby. Mommy dah standby nak cuci. total semua sekali including upah jahit, courier & barut RM257. pada sesiapa yang nak tempah juga, sila ke BilikJahit. Kak Niah, the owner BilikJahit amatlah friendly.

Blueberry Cheese Cake

baru² ni saya amatlah teringin nak makan blueberry cheese cake. ada juga mencari tapi kebanyakannya blueberry cheese tart. tammo! nak cake gak.

penantian itu suatu penyiksaan. betul tak? agagagga at last, dapat juga saya makan blueberry cheese cake. big thanks to Secret Recipe sebab ada provide cake ini.


blueberry ia nampak lazat

saya beli cake ini untuk Kak Ngah & Abang. sempena birthday mereka pada 14 Jan lalu dan 27 Feb yang akan tiba. alang² beli cake, saya tempah ikut flavor yang saya mahu. agagagaga dont marah² yer Kak Ngah & Abang. baby nak makan.

Happy Belated Birthday Mama G


Happy Birthday Papa Boy

sessi makan cake ni berlangsung lepas majlis kenduri doa selamat. ala² desert la lepas lunch. ihikssss both birthday girl & boy dah tua. dah nak jadi auntie & uncle. agagagagaga

3/5 Engaged

macam² yang saya rasa dalam perut sekarang ini. kadang² terasa sakit. kadang² terasa pergerakan perlahan baby. kadang² terasa geli. yang pasti, sakit tu lebih kerap compared dengan rasa yang lain. huhuhu

last check-up dengan KK & scan dengan doctor KK, both bagitau kepala baby dah di bawah. bawah sangat². mereka estimated, baby dah 3/5 engaged. teruja ada, berdebar pun ada. no wonder saya kerap sakit² di bahagian bawah perut. tulang² pelvis dah mula bergerak menyediakan laluan untuk baby. even nak berjalan pun, kaki kanan saya tak boleh nak memijak sangat. saya rasa sakit tersangat pada tulang montot. ihikssss


credits to here

kalau refer pada picca atas ni, kepala baby right now di position -3. adakah baby akan makin menurun after this? agak², bila baby nak keluar ekkk

bila doctor bagitau macam tu, bermulalah sesi menghantar pergi ke office & mengambil pulang dari office oleh Hubby Sayang. saya dah tak mampu nak drive sangat. peyut sangkut pada stereng. agagaga

now, pantang saya mengadu sakit, cepat sahaja Hubby Sayang nak bawa ke hospital. saya yang takut & tammo pergi sebab takut kena tahan wad. Hubby Sayang memang dah tak sabar nak tengok baby. baby plak macam selesa je kat dalam ni. ngehngehngeh

Everyday Loving Day

ouh...mood berbunga² & awan berkepul² sekarang ini.


kenal jejaka dalam picca ini? ouh, dialah permata hati pengarang jantung saya. chenta hati saya hingga mati. saya sayang & cinta dia sangat².

terima kasih Allah kerana pinjamkan beliau untuk saya. pemberianMU ini tidak ternilai harganya. akan cuba menjadi yang terbaik buat beliau & anak² beliau.

Sayang, muah3 banyak kali!

I'm 34 weeks Now


picca & info copied from here

cepat betul masa berlalu. sedar tak sedar, dah 34 minggu saya bawa si kecil dalam tummy molat ni. ada lagi 2 minggu before masuk tempoh matang (36 minggu). which means, saya boleh bersalin bila² masa sahaja bila baby dah ready nak tengok dunia indah ini.

"Berat bayi anda sekarang 4.7 paun / 2.2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Dia semakin gempal dan bulat - dia akan memerlukan lapisan-lapisan lemaknya untuk mengaturtepatkan suhu badannya.

Jika sebelum ini anda belum lagi mula bercakap dengan bayi anda, ini adalah masa yang baik untuk memulakannya - pada 35 minggu kehamilan, pendengaran bayi sudah terbentuk dengan sempurna. Jangan pula terasa malu jika anda sudahpun berbual menggunakan cakap pelat bayi. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bayi baru lahir memberi lebih perhatian kepada nada suara yang tinggi.

Jika anda merasa bimbang tentang kemungkinan berlakunya pelahiran pramatang, anda akan bersenang hati untuk mengetahui bahawa 99 peratus daripada bayi yang lahir pada 35 minggu kehamilan boleh hidup di luar rahim - dan majoriti tiada menghadapi masalah yang serius. Walaupun sistem saraf pusat bayi anda masih belum matang sepenuhnya, paru-parunya sudah hampir matang sepenuhnya sekarang.

Ramai wanita mula merasakan sensasi semut-semutan dan kebas di daerah pelvis atau rasa sakit apabila mereka berjalan. Ini mungkin disebabkan sendi-sendi pelvis meregang, sebagai persediaan untuk kelahiran. Jika anda merasakan betul-betul tidak selesa, beritahu doktor anda dan rujuklah tip-tip membantu diri kami."


yup! last week on Thursday, saya pergi scan. berat si kecil ni dah 2.2KG dan semuanya dalam keadaan baik. baby amat aktif masa saya & doctor tengok dia. ihiksss boleh nampak baby tengah genggam tangan comey dia. ouh! saya amat tak sabar nak hug baby.

presenting me at 33 week. sila abaikan muka yang berminyak itu. muka letih lepas kenduri doa selamat. ihikssss

Bercerita Dengan Baby

huish...lama sudah tada hapdet blog. cerita USS tergantung tak sampai ke penghujung. hehe picca dah ada dalam FB. cerita details belum buat lagi. later k. insyaALLAH

lama tak cerita dengan baby dalam peyut molat ini. gerakan baby makin slow sekarang. mungkin space yang tak banyak untuk baby buat tendangan penalti atau tumbukan angin atau juga aksi gimnastik. baby juga dah pandai bergurau & bermain dengan Papa. tiap malam sure Papa akan borak² dengan baby. kalau tak borak, baby pandai merajuk. Papa panggil baby tapi baby tak bagi respond. hehe

Mommy sekarang cepat sangat keletihan. makin nak tiba hari, makin terasa keberatan peyut molat ini. faktor graviti & berat baby kot. selera makan Mommy sederhana sahaja. bengkak kaki dah biasa. ouh ye, Mommy makin diserang kegatalan melampau. Mommy cuba avoid makan ubat. Mommy sapu cream or balm sahaja sambil doa banyak² rasa gatal ini berkurangan. if not, Mommy boleh menangis tau. tapi takpe, semua ni dugaan.

Mommy juga dah tak selesa nak berbaring. ada ke patut, Papa suruh Mommy tidur duduk. hahaha pandai saja Papa buat Mommy ketawa. serious, Mommy tak tahu nak pilih position tidur yang selesa buat Mommy. mengiring ke kiri tak kena, mengiring ke kanan tak selesa. terlentang apatah lagi, boleh sakit pinggang Mommy. yang pasti, Mommy akan pastikan kaki Mommy tinggi sedikit dari kepala semasa tidur. tips nak elak bengkak kaki secara melampau.

alhamdullillah, kenduri doa selamat untuk Mommy & baby dah selamat diadakan Sabtu lepas. kita balik kampung Jumaat malam lepas Papa habis kerja. dalam 1AM kita sampai kampung. ramai juga yang datang masa kenduri. Atuk & Opah pun ada datang dari KL. ramai juga yang sedekah macam² makanan. Papa & Mommy terharu sangat. semoga Allah membalas semua jasa & pertolongan mereka.

sekarang Mommy debar² nak tunggu saat baby "ketuk pintu" untuk keluar. asal Mommy rasa sakit, Papa cepat² nak bawa ke hospital. kalau macam tu, mau berkali² Mommy ulang-alik hospital. baby jangan mengejut sangat "mengetuk pintu" ye. kita buat secara sopan & santun okeh. hikhikhik

OK baby, Mommy bercerita lagi kemudian yer. Mommy dah letih ni. nak berehat pula. baby duduk elok² kat dalam tau. tak sabar dah nak jumpa baby secara live.

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009