Tahniah Malaysia

sebelum cerita panjang², nak wish TAHNIAH buat team bola Malaysia yang berjaya bawa pulang Piala AFF Suzuki tu. habis sudah kemarau 14 tahun Malaysia. rasa yummie bila "harimau" baham "garuda". hikhikhik

saya layan bola with Hubby Sayang di "stadium" de KL City Tomyam. penuh sesak dengan semua penyokong Malaysia. siap ada yang bawa semboyan & bendera Malaysia. bagus betul semangat Malaysia yang ada pada anak² muda ini. kehkehkeh

sempat juga Hubby Sayang snap picca suasana di "stadium" ketika perlawanan tengah berlangsung. memang riuh & meriah especially masa Safee jaringkan gol & time Khairul Fahmi selamatkan gawang Malaysia. tammo ulas panjang². kita layan picca k


aiseh, mata mengantuk dah. ada lagi picca lain tunggu que nak di-upload. nanti sambung yer. ngehngehngeh

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009