Kedudukan Uri Dalam Kandungan

sejak doc bagitau mengenai kedudukan sedikit daripada uri saya berada di bawah, saya berasa agak risau. tak terfikir nak bertanyakan macam² pada doc masa tu. macam blur & tergamam juga laaa. after talked to my Mum, baru saya sedar sedikit sebanyak bahayanya.

2,3 hari ini, saya banyak tanya pada pakcik Google mengenai ini. kedudukan uri di bawah or medical term-nya placenta praevia. normally, bila dah 28 minggu or more & didapati uri berada di bawah, barulah kita dikatakan berdepan dengan risiko ini. no wonders doc suruh saya datang semula untuk tengok kedudukan uri 1 month from now.


ehsan dari Google

bila refer pada picca di atas, baru saya faham di mana kedudukan uri yang bahaya & tidak. doc ada bagitau, kedudukan uri saya ini berada di tahap II. saya copy paste dari sini untuk pemahaman lanjut kawan² yer.

Placenta praevia adalah kedudukan uri (placenta) yang tidak normal di mana uri terletak berhampiran dengan pintu serviks (os) atau menutupinya terus. Kelas 1, ialah uri berada berhampiran dengan os tetapi tidak menyentuhnya. Kelas 2, uri sudah pun menyentuh os. Kelas 3, uri menutupi sebahagian daripada os dan kelas 4 uri menutupi keseluruhan os.

Manakala, posterior pula adalah kedudukan uri di sebelah belakang uterus berbanding dengan anterior untuk bahagian hadapan.

Risiko mendapat placenta praevia adalah kebarangkalian untuk tidak melahirkan kandungan secara normal iaitu vaginal delivery kerana laluan os iaitu laluan untuk bayi telah tertutup. Dengan kata lain, pembedahan Caesarean section adalah jalan terakhir. Pendarahan juga boleh berlaku kepada uri apabila aktiviti berat, hubungan kelamin dan contraction berlaku. Pendarahan sangat merbahaya kerana ia boleh berlaku dengan cepat dan banyak.


link lain yang ada bincangkan isu berkaitan:
[1] MyPermataHati
[2] BaiBoo
[3] Intim.wordpress

so far, alhamdullillah, saya tidak mengalami pendarahan. setakat sakit di bahagian bawah perut yang mencucuk² & ketegangan melampau. mungkin sebab baby mengeras di dalam.

semoga segalanya baik² sahaja...

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009