Bila Dah Mula Ber-Shopping

orang tua² pesan, jangan beli barangan baby awal² preggy. depa kata tak elok. nampak excited sangat. dunno laaaa. mungkin ada relevant-nya pesanan orang² tua ni. so, disebabkan pesanan itu, saya menahan keinginan untuk shopping barangan baby masa 1st trimester hari tu.

since sekarang dah masuk bulan akhir 2nd trimester, saya rasa dah tiba masa sesuai nak hunting barangan baby. saya dah mula tak larat nak berjalan sangat. perut molat ni amatlah rasa tegang. dah payah sikit nak bergerak & berjalan laju.

bila dah start shopping barangan baby ni, dah rasa payah nak stop. agagagaga pantang ke mall, mata mula melilau mencari kedai barangan baby. singgah Ampang Point pun sempat masuk Poney (haish, terbayang plak baju comey tu. nyesal tak beli!!). daripada saja nak tengok² & jalan², sure terbeli punyalah. cannot tahanlah. comey sangat!

last Thursday, saya ingat nak jalan² je ke Jusco Maluri. rupanya, saya "langkah kanan" untuk habiskan duit. hihihi ada J-Card Member sale. dapat parking, saya terus melangkah ke baby department eventho tujuan asal nak jalan² sambil beli buah. baby department memang sesak dengan ramai parent & anak kecil. hasil saya ke baby department??? jeng....jeng....jeng...






ada juga beli mittens & booties yang match dengan baju² yang takde mittens & booties sepadan. tengok² juga baju newborn. tak yakin plak nak beli sebab macam kecik sangat. masa adik bongsu saya lahir dulu, takde la kecik macam tu bajunya. hehehe

Hubby Sayang geleng kepala saja tengok saya shopping baju² baby ni. suka baju yang siap ada topi & mittens booties one set tu. ngeeeeeee tak sabar nak tengok baby pakai.

bila cerita pada Mak di Kuantan, Mak marah. Mak kata, nak pergi beli bawa dia. dia takut saya tak tau nak pilih nanti. ihiksss...pandai je Mak bagi excuse. padahal Mak pun excited sama. cucu sulung katakan...

stop dulu beli baju baby. nak kena beli barangan lain pula. tapi, betul ke boleh stop daripada beli baju baby????? comey sangat laaaaaaaa & cannot tahan meh!

Cerita Untuk Baby

baby,

lately ni Mommy kerap rasa sakit² di bahagian bawah perut Mommy. bila bangun dari tidur, memang rasa sakit sangat². rasa tegang & keras je perut Mommy. Mommy risau juga. takut baby ada pape² yang Mommy tak nampak. so, Mommy decide pergi clinic.

doc buat scan lagi. ouh, baby membesar dengan jayanya. memang baby tak duduk diam. baby buat aksi macam² masa doc scan. saja tunjuk bakat yer baby? hehehe doc ada bagitau Mommy, kemungkinan berat baby more than 3KG masa deliver nanti. part lain semua OK. well-developed.

part yang tak berapa nak best-nya, ada sedikit uri Mommy duduk kat bawah, dekat dengan laluan baby nak tengok dunia luar nanti. kepala baby & uri tu berdekatan dengan laluan tu. tu sebab Mommy kerap sakit bahagian bawah perut & rasa tegang semacam. doc kata, 1 bulan dari sekarang Mommy kena datang check lagi kedudukan uri tu. if still at same position, Mommy akan di-refer ke hospital. ouh, Mommy doa moga keadaan akan berubah masa tu.

Mommy dah bagitahu Papa. Papa nampak risau juga. Mommy bagitahu juga Tok Ma di Kuantan. Tok Ma pesan jangan buat kerja berat & banyak berjalan. jangan minum yang manis², takut kena diabetic. pendek kata, Mommy kena banyakkan rehat. insyaALLAH, berkat doa semua, keadaan Mommy akan OK. kita sama² doa yer baby.

doc pun dengan yakin dah nampak gender baby. ihiksss.....

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009