Ombak Di Perut

tajuk tak boleh blah langsung!

sekarang ni, memang kerap rasa baby movement. kadang² ke kiri, kadang² ke kanan. tendangan padu dia jangan cerita laaaa...dia tengah praktis tendang bola kot. mana tidaknya. Papa-nya peminat setia ManU. tiap kali ada game, Mommy-nya akan temankan Papa-nya tonton game ManU. kalau tak game ManU, game team lain pun layankan saja. haish, memang anak Papa baby ni. ihikssss

bila saya rasa movement dia rancak sangat, saya tersenyum. at least saya tahu yang baby saya sihat & aktif dalam ni. makin rancak time tidur malam. selak² juga tengok peyut molat saya ni. boleh nampak ombak² kecil di perut. bergelombang je hasil gerakan baby.

serious, saya tak mampu nak describe apa perasaan saya ketika tengok semua itu. saya bersyukur sangat² kerana diberi peluang melalui & merasai semua ini. tak semua wanita di dunia ini dapat lalui pengalaman begini bukan?

ada juga hajat dihati nak tepek video ombak di perut ni. fikir² semula, haish! malulah.

Dah 6 Bulan

sedar tak sedar, sekarang dah 6 bulan baby temankan Mommy every second. Mommy happy, Mommy sedih, Mommy marah, Mommy kena marah...semuanya baby rasa. sakit hati je kan tiap hari kena marah ngan Bos Mommy tu. kita sabar saja ye baby. dah Mommy kerja dengan orang...

last month, Mommy dah minum air gula. memang tak best langsung! nasib Mommy tak muntah. hari minum air gula tu, Mommy memang kepenatan & mengantuk sangat². Mommy tukar shift dengan kawan Mommy, aunty Dila. Mommy masuk kerja pukul 3 petang. ikutkan hati nak MC saja. tapi Mommy malas nak mengadap Bos & OM Mommy yang kekwat tu. hehehe

alhamdullillah, result OK, normal. tapi, Mommy tetap kena control makan minum Mommy. keturunan Mommy memang ada diabetic. so, sebelum terkena baik kita berjaga². Mommy pun kena pastikan berat Mommy naik 2KG sebulan lepas ni. fuh! Papa gigih suruh Mommy makan tau. bila tak makan, Papa merajuk ngan Mommy nanti.

bila dah 6 bulan ni, Mommy tengok perut Mommy makin molat. tegang je rasanya. Papa selalu kata Mommy gemok. gemok sebab Papa buat. hahaha baju² Mommy banyak tak muat dah. nasib ada beli sikit² maternity cloth. peyut memang dah tak boleh nak cover dah. Papa selalu cakap² ngan baby before tidur. baby dengar tak? bila baby kicking secara jayanya, Mommy rasa ngilu & nak terkencing. Papa akan pujuk² baby nanti. jangan buat Mommy sakit. hehehe sweet sangat moment tu. baby memang aktif menendang. even masa Mommy type entry ni, baby happy guling² kat dalam sambil kicking. sah baby kaki bola nanti, sama macam Papa.

kaki Mommy pun dah start membengkak. bila tidur, Mommy akan make sure kaki Mommy ditinggikan sedikit. Mommy akan cuba elak makanan masin². Mommy takut terkena darah tinggi pula. so far, Mommy larat lagi berjalan². even orang kata jalan macam penguin. hahaha abaikan! janji Mommy masih kuat nak berdiri & berjalan sendiri. boleh shopping banyak² barang baby. ihikssss

kurang dari 4 bulan, baby akan ada depan mata Papa & Mommy. haish, tak sabar rasanya nak hug, nak kiss, nak belai² baby. Mommy sentiasa doa pada ALLAH moga baby lahir dengan sempurna & selamat. sekarang ni, baby kena makan banyak² & bina kekuatan. nanti lahir, baby boleh jadi anak yang sihat & kuat. yang riang & cerdas. yang soleh & pintar....amin...

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009