Wedding Tips : Penuhi Hajat

saya masih berhutang entry mengenai "Potong Jambul Pengantin". sowie yer kawan². saya tak buat kajian lagi. tak sempat nak berbual bertanya dengan Aki or Wan or Ayah or Mak. ngeeeeeeee

lama plak rasa tak bercerita mengenai wedding. entry kali ni nak share lagi mengenai wedding tips. al-maklum, tak lama lagi cuti sekolah. ramai yang melangsungkan perkahwinan hujung tahun ni. moga² tips yang tak seberapa ni membantu bride2be semua.

seperti yang sedia maklum, time wedding kita nanti memang ramai yang secara suka-hati-tanpa-dipinta memberi pelbagai idea & kritikan. silalah pekakkan telinga, butakan seketika mata hati. agagagagagaga mereka semua hanya mahu melihat anda menjadi bridezilla. trust me!

tak lari juga dengan orang yang berhajat itu, berhajat ini pada wedding kita.

"Nek nak Kak Long berarak naik gajah. Nek berhajat lama dah"
"Mak Long berhajat nak panggil satu kampung datang wedding Kak Ngah yer. sponsor duit minyak boleh?"
"Pak Su nak buat majlis bertunang sekali dengan majlis nikah Kak Chik. Pak Su dah niat lama."
"Opah Ngah nak buat pulut panggang jamu tetamu masa malam nikah Bang Lang. Opah Ngah dah niat, kalau Bang Ngah kahwin nak buat pulut panggang."


ouh!! ada beribu even berjuta hajat, niat & hasrat saudara-mara kita terutamanya ketika kita tengah pening & serabut memikirkan mengenai wedding kita. mana dengan vendor buat hal, dewan tak booking lagi, baju tak siap. haish! macam² hal. kita pun terfikir, kenapa masa wedding kita, mereka nak hajat itu ini? if tak accept, kecik hati pula. bila diterima-pakai, kita pula yang menjeruk rasa. terpaksa amend beberapa perkara especially time & budget.

"mana plak nak cari gajah buat berarak?"
"catering kena tambah makanan. nanti orang kampung tak dapat makan. dah bertambah budget, ada hati nak minta duit minyak plak?"
"nak bertunang masa kita sibuk dupdapdupdap nak bernikah? haish, potong jek!"
"buatlah pulut panggang ke pulut bakar sekalipun. cost jangan minta aku boleh?"


itu kalau diberitahu awal. awal tak awal jugalah. kalau kita dah start planning & prepare a year before & mereka menyampaikan segala hajat a month before, itu dah tak dikira awal. paling hazab, a day before majlis. sengsara tak? bayangkan kawan² dah panggil orang pakaikan inai, suddenly ada yang dah buatkan inai untuk kawan²? dalam hati dah terdetik, kenapalah tak inform awal²? kalau tak, kita dah boleh save duit inai. betul tak? hakhakhak walaupun berapa sangatlah duit inai tu yang nak berkira sangat but it's still money right?

tapi ada juga kes, mereka telah inform awal mengenai hasrat mereka & kita secara baik & berhemah menolak cadangan mereka. dapat pula kategori yang tak mahu accept or hormat keputusan bride yang masih berciri nice. sengaja nak tengok bride bertukar menjadi bridezilla. mereka tetap meneruskan hajat mereka without bride's permission. sedih? kecewa? mereka dengan bijaksana & liciknya merancang untuk meneruskan juga hasrat mereka tanpa izin & pengetahuan bride. what to do that time? one word only, SABAR! nak menangis pun dah tak guna masa tu.

susah nak memuaskan hati semua orang especially hati yang tua. nanti dikatakan kita berlagak or tak hormatkan mereka. jika masih ada masa, be prepare. bertanyalah pada mereka² if ada yang berhajat untuk wedding kita. senang kita nak plan & adjust mana² yang patut. then, remind them again secara baik hati & bersopan-santun supaya tidak menggunapakai "last minute action" walhal kita dah bertanya dari awal lagi. terangkan secara baik mengenai planning kita, setakat mana budget kita. semua orang ada impian masing² untuk wedding sendiri. inform them about this especially for those yang menjadi WP untuk wedding sendiri. insyaALLAH, mereka akan faham.

selebihnya, berdoa & bertawakallah. banyakkan bersabar & ceria selalu. jangan masam masa atas pelamin pula. ihikssss






tepek picca wedding lalu. rindu plak masa² busy dengan wedding preparation. seribu macam rasa. enjoy sangat²!

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009