Baby Ketuk Mommy

semalam before tidur, terdetik dalam hati "baby tak pernah pun bagi Mommy rasa baby gerak² dalam tummy" sambil tangan usap² tummy molat. ngeeeeeeeee

then, tengah duduk tengok semut (aktiviti ketika tak mengantuk & bazirkan masa tidur berkualiti), saya rasa macam ketukan dari dalam tummy. right part of my lower abdomen. saya terdiam sekejap sebab nak rasa lagi. ketukan tu pun diam. eeh, pandai main² plak. bila sembang² sambil tengok semut, ketukan tu datang lagi.

ihiksss....adakah ketukan dari baby? comey je rasa ia. tak sakit & buat Mommy rasa happy sangat².

tak sabar nak rasa baby's kick plak. awal sangat kot!

Situasi Anak Yang Dah Berkahwin

Situasi 1
berstatus sebagai anak perempuan Tunggal atau Sulung atau Bongsu atau Pertama Yang Berkahwin dalam keluarga Ibu/Ayah sure happy menerima menantu Tunggal atau Sulung atau Bongsu atau Pertama dalam keluarga. selepas berkahwin, si anak perempuan akan mengikut suami.
selama ini, Ibu/Ayah atau juga adik-beradik si anak perempuan sentiasa menaruh harapan & tanggungjawab pada si anak perempuan. bila si anak perempuan telah berkahwin, setiap apa urusan masih diajukan pada si anak perempuan untuk uruskan walaupun urusan kecil & mudah.
si anak perempuan berasa serba-salah bila mana si suami tidak mengizinkan. antara hati Ibu/Ayah dan hati si suami. bagaimanakah???

Situasi 2
Ibu/Ayah rindukan si anak perempuan & juga cucu mereka. sebolehnya mahukan si anak perempuan pulang ke rumah if possible every day. setiap acara Ibu/Ayah, sebolehnya mahukan si anak perempuan join sekali.
sekali lagi si anak perempuan serba-salah. permintaan Ibu/Ayah yang patut dipenuhi atau keputusan si suami yang patut dihormati. bagaimana???

****************************

saya tahu, ada banyak lagi situasi yang ada, yang sering dihadapi oleh si anak perempuan. kesian tak? bila saya fikir²kan semula, memang kesian. diluah mati Mak, ditelan mati Ayah. sepatutnya, semua pihak wajar bekerjasama & saling memahami.

Ibu/Ayah sepatutnya kena faham bahawa anak mereka telah berada di bawah tanggungjawab si suami. dosa/pahala anak mereka bergantung pada keredhaan suami. janganlah keluarkan ayat sampai buat si anak serba-salah. ingat, anak perempuan wajib taat & patuh pada suami dahulu, kemudian ibu/bapa suami & barulah ibu/bapa si anak sendiri. walaupun si anak tinggal bersebelahan dengan rumah Ibu/Ayah tapi, jika si suami tidak mengizinkan, si anak tetap tak boleh pulang ke rumah Ibu/Ayah. berpadalah dengan setiap permintaan Ibu/Ayah pada si anak. walau berat untuk melepaskan si anak, selagi si anak berada dalam keadaan baik & selamat, janganlah dirisaukan.

Si suami pula, janganlah menggunakan kuasa penuh kamu pada si isteri. fahamilah kerinduan & perasaan serba-salah si isteri pada Ibu/Ayah mereka. berfikiran waraslah setiap kali membuat keputusan. jangan berat sebelah. Ibu/Ayah si isteri adalah Ibu/Ayah si suami juga. keputusan semua pada tangan si suami, jangan mendengar kata keputusan dari orang lain.

Si isteri, berpada²lah dengan perasaan rindu itu. memang selama ini kita dibesarkan oleh Ibu/Ayah. once dah decide nak berkahwin bermakna kita bersedia untuk melepaskan diri dari tanggungan Ibu/Ayah & menyerahkannya pada si suami. fahamilah setiap keputusan yang si suami lakukan. jangan pula kerana terlalu taatkan suami, kita melukai hati Ibu/Ayah.

semua ini pendapat peribadi saya sahaja. saya menilai dari apa yang berlaku dalam kehidupan sekeliling kita.

bak kata orang, tarik rambut dalam tepung. tepung tak berselerak, rambut tak putus.

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009