Antenatal Check

semalam, dengan berbaju baru & feeling² ala princess (haish gedix sungguh birthday girl ni), saya ke KK di Kg Pandan. nasib baik tak ramai orang. terus berasa gumbira. ada harapan settle cepat & boleh balik tidur. agagagag

harapan tinggal harapan!

saya tak berapa suka buat antenatal checkup di KK. tidak sistematik. saya letak buku dulu, tapi panggil orang yang letak kemudian dari saya dahulu. hangin tau tak! haish, takpe². saya perlu banyak bersabar. fuh!fuh!fuh!

nasib baik nurse yang check saya amat berlemah-lembut & bersopan-santun. sejuk hati saya. tiap soalan saya dia jawab dengan penuh hemah. eceh! saya kena datang check lagi next 2 week. start Isnin nanti, saya kena datang untuk check berat, BP & urine. haish! gara² datang KK lepas breakfast. masa timbang, berat naik dengan jayanya. agagaga pandai menyalahkan breakfast.

so far, everything OK. saya tak sabar nak buat details scan Nov nanti. satu yang tak best kat KK, mereka tidak scan kita seperti tiap kali antenatal checkup di swasta. ada fulus, silalah ke swasta yer.

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009