Kerana Delima

hi sweetie

entry ini tiada kaitan dengan kemalangan ngeri yang disebabkan oleh bas ekpress Delima yer. harap maklum. ihikssss walau apapun, takziah kepada semua mangsa & al-Fatihah untuk mereka yang pergi.

semenjak mengandung, alhamdullillah saya tidak mengidamkan sesuatu yang pelik² & susah dicari. awal² dulu, saya teringinkan sup kaki ayam. MIL tersayang buatkan. yummie!!! licin & siap bertambah nasi. hehe kemudian, saya teringinkan nasi lemak masakan Mak saya. adik saya dari Kuantan yang balik ke KL tolong bawakan. agagaga big thx to Abang. hari tu teringin nasi beriyani. terus terjah Tesco Ampang, cari JM Beriyani.

sekarang, bila nak makan malam, saya tak lalu nak makan nasi. goreng² lagi tak boleh. kembang saja tekak ini. ngada² tak? hehehe apa² pun, saya kena makan. sian baby dalam tummy lapar. so, saya decide nak makan buah-buahan. macam² buah yang saya beli buat stok dalam fridge.


ada betik


ada buah pear


kiwi pun ada. sumber vitamin C ok


buah jambu air. sedap makan ngan asam ni


buah lai

tapi yang satu ini, yang saya teringin sangat nak makan, saya tak jumpa lagi. saya mahu buah DELIMA!!!


ini dia rupa buah delima
(semua picca ihsan pakcik Google)

siapa tahu di mana nak cari buah delima? saya gigih ke Tesco Ampang & Jusco Maluri tapi takda jumpa. haish, takmo baby meleleh air liur sebab tak dapat buah delima.

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009