Dialog Parent To Be

Bakal Bapa: Meh nak dengar bunyi baby (sambil letakkan kepala ke perut isterinya)

Bakal Ibu sambil berbaring diam & bertanya: Ada dengar tak?

Bakal Bapa: Syuhhhh...diam² jangan cakap.

Bakal Ibu pun mendiamkan diri sambil bernafas teragak².

Bakal Bapa mengangkatkan kepala sambil berkata: Ada dengar dugdugdug pastu diam. tak tau la bunyi perut awak or bunyi air.

Bakal Ibu: Ntah² tu la bunyi heartbeat baby.

Bakal Bapa: Nanti kita beli stetoskop nak? Senang sket nak dengar bunyi baby.


Bakal Ibu tengok Bakal Bapa tercengang then ketawa terbahak². Suamiku nak jadi doctor plak.

Yummy Choc Cake

awal² puasa hari tu, saya teringin sangat² nak makan kek chocolate yang moist & penuh dengan chocolate chip. jenuh saya cari sana sini. siap minta orang belikan di Jalan TAR. hahaha


akhirnya, saya dapat juga. siap 2 bekas lagi. tengah malam buta drive ke SA semata² nak ambil choc-cake ini. hahaha puas hati! tengah berkira² nak order banyak untuk raya.

kat mana nak cari laksa yang sedap ekkkkk??? teringin plak!

Seleraku Ke Laut

morning sweetie

mood sekarang adalah MALAS. hahaha semua menda MALAS sampai Hubby Sayang pelik dengan Cutey Wife dia ini. adakah kerana pembawakan budak kecik dalam tummy ni? (sian baby plak yang dipersalahkan)

macam mana puasa saya? so far OK cuma selera saya betul² ke laut! walau macam mana saya paksa diri untuk makan, tak sampai suku pun nasi yang akan saya jamah. saya cuba makan makanan lain. sama juga. bayangkan, saya berbuka dengan 2 biji kurma & segelas air mangga or air masak. then, around 11PM baru berasa lapar & cuba untuk makan nasi but suku pun tak habis. then how???

saya risau sangat². takut jejaskan kesihatan & perkembangan serta pembesaran budak kecik dalam ni. air masak memang banyak saya minum. sometime sampai 2 botol. kesannya, berulang-alik ke toilet. agagagagaga

saya tak tahu patut buat macam mana lagi. saya takut bila memaksa diri, lastly keluar semua yang saya makan. sama macam tak makan. makanan favorite pun saya dah tak berselera. makan Kenny Rogers pun tak habis. amatlah membazir. ishk...iskh...ishk...

tolong saya kawan², bagitahu apa yang perlu saya buat. kalau ada apa² tips berguna, sila bagitahu yer. rasa tertekan pula...

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009