Bilik Bercahaya Pink

saya korek² cari picca bilik panten. tada banyak & yang ada tada menarik. so, saya share yang ini sahaja.


makeup tools CikYip

cadar panten dibeli di Famista, sponsored by lovely Mak & choose by Ayah. katil pula sponsored by Ayah & choose by me. side-lamp bought me at Ikea a day before. gilak! bantal semua tempah buat bantal kekabu oleh lovely Mak. aktiviti melilit kat tiang langsir tu dilakukan oleh kawan² lovely Mak & bunga tu pula dipinjamkkan oleh Cik Maria (kawan Mak).

nanti ada picca lain, saya tepek lagi ok. sebab, saya suka suasana bilik panten ini. bilik bercahaya pink!

Sedikit Tips

morning dearie

saya mahu kongsi sedikit tips untuk bride2b yang tak lama lagi akan berkahwin or mungkin bertunang. untuk mereka yang sentiasa nak tampil cantik menarik da bomb pun boleh apply tips ni nanti.

ini apa yang saya buat sejak awal tahun lagi. FYI, kulit muka saya amat amat amat oily & naik segala macam khazanah. saya geram betul dengan condition kulit muka saya ni tau. Hubby Sayang pun selalu complaint & suggest macam² untuk saya. MIL pun pernah tegur tau. uhuksss malu ai! siapa takmo cantik pada hari bersejarah betul tak? eventho kulit muka saya sekarang tak secantik mana, at least, much more better than last year. serious tak tipu!

apa yang saya buat memula?? saya stop pakai skincare lama. ouh yer. sejak pakai skincare "C", kulit muka saya jadi begini. argh! tertekan gila. beli plak size besar. rugi! rugi! saya guna semula SK2. pakai basic set pun dah memadai. miracle water dia tu betul² miracle tau.

then, saya yang tak pernah buat facial, mula buat facial. before ber-facial di counter SK2, saya ber-facial di 1 saloon di Ampang Park. hati tak berapa nak tenang sebab saloon tu guna produk "Kecantikan Hak Milik Setiap Insan". ihiksss...tapi tak dinafikan, memang ada perubahan. segala harta karun di muka mula dinyah-keluar. muka mula licin sedikit. eceh! lepas dapat tahu SK2 ada buat facial, saya terus maintain ber-facial di sana. hasil? memang tak mengecewakan.

apa yang saya nak tekankan di sini (dah macam bagi ceramah), kawan² yang punya masalah dengan kulit muka, boleh start berusaha lewat² 6 bulan before wedding or apa acara sekalipun. jangan suka hati try skincare, takut make thing worse. play safe, refer to specialist. minta advise.

kawan² boleh start kurangkan makan seafood. trust me, seafood sikit sebanyak buat kulit muka kita naik dengan segala khazanah. paling teruk, ada nanah for those yang berjerawat secara banyak. pastu, kawan² jadikanlah air kosong sebagai minuman ruji kawan². bawa bekalan botol air kosong sentiasa. minum sampai kembung. insyaALLAH, kulit muka yang oily akan kurang berminyak & kulit kawan² akan glowing. makan buah-buahan & sayur-sayuran sentiasa. buat sebagai makanan kudapan.

saya share apa yang saya buat untuk ONE Day kami yang lalu. alhamdullilah, kulit saya tak bermasalah teruk bila tiba hari bersejarah kami.

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009