Goodie Bag Nikah

hello sweetie

ingat lagi tak entry ini? kan saya tak jadi nak bagi Yassin & ingin membagi sesuatu yang berciri wangi. OK, mari saya bercerita lagi tentang goodie bag untuk hari nikah saya.

sebelum saya cerita panjang², saya nak share something dengan kawan². FYI, saya suka membuat sesuatu yang ada nilai & makna tersirat. macam mana? saya ambil contoh malam pernikahan saya; PUTIH, CAHAYA & WANGIAN.

pada saya, upacara pernikahan adalah sesuatu yang suci & murni & bersih & putih. hahaha ayat tak boleh blah! but, to be honest, pada sayalah...

ikatan perkahwinan ini adalah permulaan fasa baru bagi kehidupan seorang lelaki & seorang wanita yang sebelumnya bujang. perjalanan baru bagi 2 hamba ALLAH yang akan berkongsi satu kehidupan. seolah seperti bayi yang baru lahir, putih bersih dari segala dosa & noda.

so, saya guna kaler PUTIH sebagai lambang permulaan & perkongsian hidup 2 jiwa ini menjadi satu. eceh! saya guna CAHAYA sebagai simbolik ilmu pengetahuan, sokongan & tunjuk-ajar dari ahli keluarga & teman² mereka untuk 2 jiwa ini bersatu & juga bekalan buat 2 jiwa ini meneruskan kehidupan bersama. while, WANGIAN pula sebagai simbolik perasaan kasih, sayang & cinta dalam hati 2 jiwa ini yang subur mekar mewangi hingga membawa kepada penyatuan mereka & juga simbolik kepada kasih sayang keluarga & rakan² buat mereka.

faham tak? ngeeeeeee, sesekali saya berpuitis syahdu plak kan. tapi betul. siapa yang benar² kenal saya, sure faham sikap saya yang ini. ihikssss

OK. saya allocate 100pcs brown paper bag untuk diberi pada tetamu pada malam nikah. tQ tag dah siap² print & tampal. lubang semua dah siap ditebuk. reben pula saya guna kaler putih. apa yang saya isi?


tQ tag hasil buatan sendiri


tasbih menggantikan Yassin

item yang berciri wangian pula adalah potpouri yang saya tambahkan lagi kewangiannya dengan rose-scented aromatherapy oil. phew! memang wangi giler bilik stor tempat letak goodie bag ini. cousin Hubby Sayang siap cakap "tasbih ko wangi. ko beli katne?". tada beli incik. wangi sebab kena potpouri itu.

semua goodie bag ini habis. lepas majlis baru saya teringat yang saya tak simpan untuk diri sendiri sebagai kenangan. hehehe

Amalan Rasulullah saw Yang Elok Kita Amalkan

hari tu masa saya buat entry ini, si dD gelakkan. oit, ko ingat aku peknen ekkk? hahahaha tunggu saya peknen baru saya amalkan apa yang saya collect. aci tak?

ok ok. saya nak simpan yang ini plak sebagai reference masa hadapan. hehehe beberapa amalan cara hidup sihat Baginda Rasulullah saw yang molek kita amalkan untuk jadi sihat & kuat. ihiksss (macam iklan Milo plak)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1 - Selalu bangun sebelum subuh - Baginda mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh & mengerjakan solat sunat & kemudiannya bersolat subuh secara berjemaah. Hikmahnya ialah mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta menajamkan akal fikiran.

2 - Aktif menjaga kebersihan - Baginda selalu bersih & rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda akan mencuci rambut halus dipipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

3 - Tidak makan berlebihan - Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda; udara, air & makanan. Kebaikan berpuasa yang diwajibkan untuk umat Islam adalah untuk menyeimbangkan kesihatan. Baginda juga selalu berpuasa sunat. Sabda Rasulullah s.a.w “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar & apabila kami makan tidak terlalu banyak (sampai kenyang)”.

4 - Gemar bejalan kaki - Baginda berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad & rumah sahabat. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir liang roma terbuka & peredaran darah menjadi lancar & baik untuk mencegah penyakit jantung.

5 - Tidak pemarah - Marah itu dari syaitan. Oleh itu, segeralah mengambil wuduk & solat 2 rakaat bagi ketenangan & menghilangkan gundah hati. Kekuatan Muslim bukan terletak pada jasad tetapi lebih kepada kekuatan & kebersihan jiwa. Muslim yang baik juga adalah mereka yang mampu mengawal sifat marah kerana itu sebahagian dari cara hidup sihat Rasulullah saw

6 - Optimis dan tidak berputus asa - Sikap optimis akan memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu memperbanyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

7 - Tidak iri hati - Cara hidup sihat Rasulullah seterusnya ialah menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa. Sikap iri hati perlu dihindarkan.

8 - Pemaaf - Sifat yang dituntut bagi mendapatan ketenteraman hati & jiwa. Memaafkan orang lain akan dapat membebaskan diri dari dibelenggu rasa bersalah. Apabila kita marah, sifat marah itu akan melekat dalam hati. Jadilah pemaaf untuk membersihkannya. Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi memberi.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kalau nak sihat & kuat, elok kita amalkan amalan junjungan mulia kita, Rasulullah saw. insyaALLAH, dengan izin-NYA tiada yang mustahil.

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009