Inai Di Jari



saya sebenarnya suka pakai inai. dulu masa duduk di kampung, rajin saya petik daun inai & tumbuk sendiri & pakai secara sendiri. kalau tak merah-pekat-hitam-likat, saya akan pakai lagi. ouh, inai yang tumbuk secara sendiri ada banyak. senang hatilah saya memakainya secara mewah. hihihi

masa ONE Day yang lepas, memang saya telah meng-hire seorang pemakai inai instant. jam 1AM hari Jumaat, mereka sampai. sesat & ada hal yang melewatkan mereka. masa tu juga baru saya tahu yang Wan (nenek saya sebelah Ayah) berhajat nak saya memakai inai daun. dah siap tumbuk & dibawa khas dari kampung. ouh Wan, love you so much! muahmuahmuah

so, pemakai inai instant saya datang semata memakaikan pada saya inai tumbuk. takmo hampakan beliau yang datang dari jauh, saya minta juga inai diukir secara simple pada tapak tangan & kaki.


inai daun & inai instant


inai saya pada hari ke-6

sekarang inai dah makin habis. boleh tak nak pakai lagi? hehehehe

Hantaran Kaler Diraja

hari tu dah cerita tentang hantaran kaler pink. now, saya nak share hantaran kaler diraja. pemberian Hubby Sayang untuk Cutey Wife dia. hehehe


basic makeup set


kasut yang baru 2x dipakai


jam kegemaran


gelang tunang


handbag & wallet yang masih belum pakai


perfume yang wangi sangat & sun-glass


telekung & sejadah

Acik Normah memang tangan seni betullah. nanti boleh joint-venture ngan dD buat bisnes gubah hantaran. hehehe

Malam Nikah

morning dearie

kalau ada yang bertanya pada saya, "apa yang paling diingati masa hari perkahwinan anda?", of cos saya akan jawab "saat dinikahkan oleh Ayah". pastu, saya akan jawab lagi "suasana malam pernikahan". oit! oit! orang tanya 1 soalan saja tapi saya bagi 2 jawapan. hahaha

kenapa saya suka suasana malam pernikahan? sebab apa yang impikan & angankan menjadi kenyataan. seriously, sampai saat ini, saya masih terkenangkan malam pernikahan saya itu.

masa sessi verangan bersama adik-beradik & dD, saya bagitau mereka yang saya impikan malam pernikahan itu dalam suasana suci, bercahaya & wangi. ouh, saya memang sukakan cahaya & wangian. since acara pernikahan diadakan waktu malam, pastinya saya boleh bermain dengan cahaya. yes!!! tQ to Tok Kadi kerana available hanya pada malam hari. hehehehe

kami bincang lagi. saya mahukan cahaya? saya beli lilin. mahu match-kan dengan tema? saya beli lilin kaler merah (pink illek) kat Ikea sehari sebelum Jumaat. kerja giler! saya nak wangi? saya beli potpouri 2KG. sebab nak match-kan dengan tema, saya beli kaler pink & red. hahaha amat giler pink. nak bagi lagi wangi, saya beli rose-scented aromatherapy oil yang saya gaulkan dengan potpouri & titikkan pada bunga di tangga. yummie!! kami perlukan vase? nasib ada kawan dD. dia pinjamkan saya 10 vase comel² & 3 vase yang tinggi². lilin akan diapungkan dalam air kaler pink. mana nak cari pewarna kaler pink???? nasib baik ada baker kita, cik dhiya. dia bawakan 1 botol pewarna pink. hohoho tQ dear! yang selebihnya adalah daya kreativiti dD & para pembantunya.

hasilnya????


close-up sket


my simple table decoration

siapakah yang menjadi ketua dekorasi? diperkenalkan ketua dekorasi & para pembantu beliau. hehehe pembantu tolong nyalakan lilin.




dD lah siapa lagi


Azim, my cousin a.k.a runner & pembantu dD


Abang, my brother a.k.a main runner & pemantau

sebenarnya, semua ini hampir tak menjadi kenyataan. lebih kurang 2PM++, saya jenguk ke luar rumah & terkejut bila tengok mereka membentangkan kain alas meja yang berciri colourful. omaigod! omaigod! saya terus cari lovely Mak & mula memprotes. hahaha berciri bridezilla kan?

saya tukar alas meja itu pada alas meja putih catering lepas tanya pada Kak Suhaila either boleh pakai dulu or not. nasib baik kain alas meja jenis cepat kering bila dibasuh. saya gigih tukar dengan bantuan Kak Ngah. haaaa..inilah sebab saya lewat mandi, makan & makeup. sebolehnya semua perkara saya mahu pantau sendiri supaya mengikut perancangan. ngeeeeeeeee

moral of the story, sila pastikan apa yang anda rancang dimaklumkan pada semua orang. amat penting supaya mereka faham dengan apa yang anda rancang & set-kan. supaya mereka tidak memandai² menokok-tambah or merubah apa yang telah anda rancang. bare in mind, time inilah ramai orang senang hati datang menolong & waktu ini juga ada banyak kepala yang secara sukarela memberi idea yang tak relevan di saat akhir.

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009