Amalan Yang Elok Diikuti

hi dearie

asyik hapdet pasal ONE Day kami saja. simpan sekejap picca² ONE Day ekkk...nanti saya hapdet semula.

saya suka baca mengenai perkara² yang elok diamalkan. pastu nanti, saya lupa kat mana saya baca. then, cari lagi. lupa. cari lagi. hahaha nasib ada Pakcik Google ni. so, untuk elakkan saya cari-lupa-cari-lupa, saya nak simpan kemas² dalam my lovely blog. esok² kalau saya nak baca, saya dah tahu di mana ia. (boleh share dengan kawan² juga)

apa yang saya type ini adalah rumusan saya dari artikel yang saya baca di sini. walaupun bangsa ini bangsa yang kejam, jika amalan mereka boleh mendatangkan manfaat, tidak salah jika kita ikut. as long as tidak melanggar hukum Islam. am I right?

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1 - Si ibu yang mengandung akan sering menyanyi & bermain piano.

2 - Si ibu yang mengandung & si bapa akan membeli buku matematik & menyelesaikan masalah matematik bersama² - melatih otak si bayi, semoga dia menjadi genius apabila dewasa kelak

3 - Si ibu yang mengandung memakan kacang badam & kurma bersama susu sejak awal mengandung. Manakala untuk makanan tengah hari, makanan utama si ibu yang mengandung adalah roti & ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam & berbagai jenis kekacang - daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak & kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan & penumbuhan otak bayi didalam kandungan

5 - Si ibu yang mengandung akan mengambil pil minyak ikan

6 - Campuran daging & ikan tak elok dimakan bersama

7 - Salad & kacang adalah suatu kemestian, terutama badam

8 - Memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama - memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk & lemah & juga payah untuk memahami pelajaran di sekolah

9 - JANGAN MEROKOK - nikotin dalam rokok dapat merosakkan sel utama pada otak manusia & akan melekat pada genes. ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab)

10 - Pemakanan anak-anak dikawal di mana makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever)

11 - Anak-anak kecil dilatih bermain piano dan violin. - bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak & sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan

12 - Selain dari pelajaran, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka & sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, bola keranjang, dart & menembak - sukan ini dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara kerana ia memerlukan konsentrasi yang tinggi

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

insyaALLAH, saya akan cuba amalkan dalam kehidupan saya & keluarga. yang baik datangnya dari ALLAH, yang buruk adalah kekurangan diri ini...

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009