Goodie Bag 11 June

hi peeps!

nak cerita lagi tentang goodie bag. goodie bag saya ada 2 jenis. 1 untuk hari nikah & 1 lagi untuk hari sanding. masih gunakan brown paper bag. yang beza cuma warna reben & barang dalam paper bag itu. itu saja! hihihihi

saya hanya sediakan around 100pcs goodie bag untuk tetamu yang hadir pada malam nikah. saya berasa, malam nikah nanti hanya ramai saudara-mara kedua-dua belah pihak. buat jemputan yang tak dapat hadir pada hari sanding, ada juga yang saya jemput datang pada hari nikah. ihiksss...

saya memang mencari something yang boleh beri manfaat buat semua, insyaALLAH. at first, nak bagi Yassin. selepas bincang dengan Abang then Mak & Ayah, we canceled it. takut tiada yang menjaga tertib ketika memegang Yassin tersebut. sama² dapat habuan plak nanti. so, we changed to something practical & easy to manage. sebab saya sukakan wangian, mungkin cenderamata tersebut akan disekalikan dengan something yang berciri wangi.

semalam, siap² tampal TQ Tag yang dah di-print. nasib brown paper bag tu dah siap² ditebuk lubangnya. saya masukkan juga cenderamata tersebut siap² dalam paper bag tu. something yang berciri wangi akan dimasukkan kemudian. then, bila para penolong dah sampai, mereka boleh ikat reben secara berjemaah. hehehe

moga cenderamata tak seberapa ini dimanfaatkan semua...

p/s: pic upload nanti siang yer. line very slow tonite

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009