teruskan lagi meng'hapdet' tentang ONE day saya & mr X. bukan apa, lepas ONE day nanti, saya minta cuti dari blogging 1wk++. hahaha
alhamdullillah, dah settle acara membeli barang hantaran. kami plan 9-11 dulang. tup tap last week, kami tambah lagi 2. so, it will be 11-13 dulang. hahaha saya plak pening kepala mana nak cari bunga cherry blossom untuk lagi 2 dulang tu. dulu saya beli masa Chinese New Year. kalau korang ada jumpa kat memana tempat yang ada jual, inform saya ekk...
barang² yang kami beli, mostly memang kami suka & pasti pakai. brand, nilai & harga semua tak penting. yang penting, ia berguna selepas itu. bukan takat cantik & mahal atas dulang masa kahwin tapi pastu tak guna. kan dah membazir namanya....
picca? hrmmmm tengah fikir² patut tepek ke tak. tunggulah ekkkk. kalau tak tepek sekarang, saya tepek lepas majlis. tunggu saya habis cuti. ngeeeeeeeeeeeeeee
tengah berkira² nak beli skincare set ke tak...tak pasal² tambah dulang lagi nanti. hahaha
Barang Hantaran
TQ Tag
mari update lagi pasal ONE day
hari cuti ni digunakan sepenuhnya menyiapkan pape patut. hari ni saya potong² TQ Tag yang berjaya diD.I.Y oleh saya sendiri. suka plak berD.I.Y neh. macam addicted plak.
saya yang tak beberapa berbakat dalam menggunakan Photoshop, cuba² membuat sendiri TQ Tag. bila try & error banyak kali, tengok hasil macam comel plak. terus gigih men'design'. chaiyok!
TQ Tag saya ada beberapa versi. ihiksss...biasalah, versi gedik² melampau. tidaklah...saya saja nak pelbagaikan. but, still maintain ikut warna tema yer. tammo nanti nampak carca-marba plak. semua saya print atas sticker paper yang glossy. beri efek kilat² sikit TQ Tag saya ini. kenapa sticker? saya mahu memudahkan para penolong saya semasa sessi bungkus-membungkus & tampal-menampal. motif utama, saya mahukan keselesaan & kesenangan buat para penolong saya. (kena tolong secara ikhlas yer para penolongku)



semua dah siap potong². tunggu para penolong sampai untuk buat & item² gift siap. memang dah macam tongkang pecah rumah saya sekarang.
bare in mind, kalau bride2be out there memilih nak berD.I.Y untuk hari bersejarah kalian, sila pupuk ke tahap infiniti KESABARAN korang. memang betul² menguji weh....
MUA Who Will Make Me Gorgeous
title tak boleh blah!
siapa yang tammo nampak cantik, menarik & da boom masa hari perkahwinan??? tolong bagitahu saya siapa yang taknak...for sure semua nak cantik, betul tak? al-maklum, raja 3hari. ONE day saya & mr X berlangsung 3 hari straight start dari hari nikah, bersanding rumah saya & bertandang. so, betullah raja 3hari..kan, kan?
memula ingatkan dah settle MUA ni. tup tap, last week yang saya meroyan marah² pada YOU tu, terus saya cancel segala dengan dia. yup! saya buat kerja gila dengan cancel perkara² begini dalam masa kurang sebulan dari ONE day kami. saya tak peduli dah. memang nekad.
luckily, my back-up MUA still available pada date² ONE day. thank you ALLAH. DIA datangkan dugaan, DIA juga berikan jalan penyelesaian. so, already book my new MUA. pricing affordable. saya siap minta dia make-up my mom & my 2 sisters tau. i want them to be gorgeous & sweet on my special day.
the best part, both of us siap SMS-ing till late nite. macam² tips dia bagi. advise me to wear lens to make my eyes look bigger. siap advise me to do threading untuk kening & vulu² mukaku. disebabkan kulit saya super duper sensitive including my lips, saya awal² dah demand lipstick that i'm not allergic to is from M.A.C. hahahaha really demanding & gedix punya bride2b. but seriously ok. kalau other brand, my lips akan bengkak & rasa macam pasir². dah try macam² brand tau. nasib tak try Bobby Brown. hahahaha
insyaALLAH, by this week before June, will go for trial make-up with my new MUA. if takde aral, will bring my Mom & Dad also. mereka akan jadi juri nanti. hehehe
nak tahu siapa ke? nak korang teka²-lah. MUA ini pernah di-promote oleh DikNawal kita...





















