Patchi ooo Patchi

hello sweetie

semakin dekat ONE day kami, makin saya rasa berdebar². ada juga rasa teruja. saya juga makin rasa bersemangat untuk menyiapkan semua preparation yang telah berbulan² saya buat & rancangkan. ouh...moga semuanya dipermudahkan ALLAH & berjalan seperti yang dirancang...amin.

semalam, saya ke Mid Valley. booking facial di sana & membeli-belah. saya makin jatuh cinta dengan membeli-belah. hahaha dD siap pesan pada saya, bila saya menjadi ibu mengandung, sila mengidamkan Gucci Sukey or Coach or LV or sewaktunya janji SHOPPING! ini semua gara² topik pasal mengidam di Hot fm. hahaha ada ke ibu mengandung mengidam macam tu? erk, harus kopak lakiku...

kami singgah ke Patchi. i love chocolate so much!!!


pandangan dari luar

FYI, mereka ada menyediakan khidmat deco untuk hantaran Patchi anda. RM40 sahaja charge-nya. berbaloi². sila bawa bekas dulang yang anda gunakan. ataupun, boleh beli yang telah siap digubah. seriously, amat cantik & worth it.




sila hubungi number tertera untuk sebarang pertanyaan

saya beli 100gram sahaja semalam. nak testing. kalau beli sekarang, saya tak rasa akan jadi hantaran. for sure, jadi habuan perut saya. hahahaha




banyak ni 100gram

tengah timbang-tara lagi ni. Godiva halal tak?

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009